Pembiayaan untuk barangan dan peralatan perindustrian yang anda mahu miliki, termasuk penaikan taraf sebagai sebahagian daripada pengembangan perniagaan, tanpa perlu membayar jumlah wang muka yang besar
Ciri-ciri & Manfaat
Ciri-ciri & Manfaat
Had Menyeluruh
Pembaharuan Tanpa Caj
Margin Pembiayaan Yang Tinggi
Pembayaran Online Mudah
Kos Pentadbiran Minimum
Fleksibel
Perjanjian spesifik dengan had menyeluruh berbanding had spesifik meliputi jentera atau peralatan.
Dapatkan tempoh penggunaan selama setahun, dan perbaharui tanpa apa-apa caj untuk bahagian yang tidak digunakan.
Nikmati kadar kompetitif dan pembiayaan margin sehingga 100%.
Buat pembayaran secara mudah melalui mana-mana cawangan CIMB Bank seluruh negara atau melalui perbankan online.
Bayar fi minimum untuk pentadbiran dan dokumentasi.
Nikmati fleksibiliti untuk membuat pembayaran bulanan berasaskan sama ada kadar tetap atau kadar terapung.
Apakah maksud Sewa Beli Perindustrian?
Sewa Beli Perindustrian merupakan kemudahan yang memberi pembiayaan untuk anda mendapatkan peralatan atau jentera yang tidak tersenarai dalam jadual pertama Akta Sewa Beli 1967 untuk tujuan perniagaan dan/atau perindustrian.
Kelayakan
Sah untuk syarikat, syarikat koperasi, badan kerajaan dan agensi yang disenarai swasta dan awam
Nota: Tertakluk pada terma dan syarat.
Jenis Peralatan
Anda boleh dapatkan pembiayaan untuk kenderaan komersial, sistem komputer dan peralatan berkaitan IT, kilang dan jentera, peralatan pembinaan, peralatan pengendalian bahan, peralatan berkaitan pelancongan eko, peralatan berkaitan perkhidmatan kesihatan, peralatan berkaitan tenaga, peralatan berkaitan minyak dan gas, dan peralatan pejabat.