Cari
Back
Perbendaharaan  
Lebih Perkhidmatan  
Perbankan Islam  
Promosi Terkini  
OCTO Biz  
BizChannel@CIMB  
Corporate Cards Online  
Permohonan Tersimpan Diambil Semula-i  
Pusat Bantuan Pelanggan  
Cari Kami  
You're viewing:
Perbankan Perniagaan
Other Sites
Perniagaan Seharian
Deposit & Pelaburan
Kad
Pengurusan Wang
Penyelesaian Perniagaan
Penyelesaian
Kewangan Perdagangan
Pembiayaan
Insurans / Takaful
Lebih Perkhidmatan
Perbankan Islam
Bantuan & Sokongan
Kadar & Caj
Keselamatan & Penipuan
logo
MY - BM

Pengguna sedia ada?

Log masuk ke OCTO Biz

MAKLUMAN PENTING

Kami akan memindahkan pengguna sedia ada BizChannel@CIMB ke OCTO Biz secara berperingkat. 

 

Anda akan menerima makluman melalui e-mel berdaftar anda dengan Bank apabila tiba giliran anda untuk menikmati OCTO Biz yang serba baharu.

Tentang OCTO Biz

 

OCTO Biz ialah platform perbankan digital baharu CIMB yang direka khusus untuk memenuhi keperluan perniagaan yang berkembang pesat. Platform ini menawarkan keselamatan yang lebih kukuh untuk ketenangan minda tanpa menjejaskan kebolehgunaan dan kemudahan. OCTO Biz memudahkan pengurusan kewangan anda, supaya anda boleh fokus kepada perkara yang lebih penting—mengembangkan perniagaan anda bersama CIMB.

Pakej & Permohonan

 

OCTO Biz menawarkan tiga jenis pakej perkhidmatan perbankan dalam talian untuk memenuhi keperluan perniagaan anda yang unik.

Panduan Log Masuk Kali Pertama

 

Muat turun dan pasang aplikasi mudah alih OCTO Biz dari Google Play Store dan Apple App Store.

Soalan Lazim

 

Ketahui lebih lanjut mengenai OCTO Biz.

Ciri-ciri & Faedah

Terokai Perkhidmatan di OCTO Biz

Akaun

 

  • Penyata Bank: Akses penyata bank terperinci pada bila-bila masa, yang membolehkan anda menyemak dan memuat turun sejarah transaksi untuk penjejakan kewangan yang lebih efisien.
  • Ringkasan Akaun: Dapatkan gambaran keseluruhan aktiviti akaun, baki, dan transaksi terkini anda dengan mudah.
  • Gambaran Keseluruhan Pembiayaan: Urus pembiayaan anda dengan lebih mudah melalui paparan yang jelas tentang butiran pinjaman, jadual pembayaran balik, dan baki tertunggak.

Pembayaran

 

Dengan OCTO Biz, pengurusan pembayaran menjadi lancar dan cekap. Nikmati kemudahan pemindahan segera ke akaun CIMB anda sendiri atau akaun lain, serta gunakan Interbank GIRO untuk pemindahan antara bank yang menjimatkan kos. Lakukan transaksi dengan cepat dan mudah menggunakan DuitNow, hanya dengan nombor telefon bimbit, ID, BRN, dan banyak lagi. Tambahan pula, automasikan pembayaran tetap anda dengan ciri Pembayaran Berulang untuk memastikan transaksi dilakukan tepat pada waktunya tanpa kerumitan. Ciri-ciri tambahan akan datang: Pembayaran Pukal, Pemindahan Telegrafik, FX, FPX, dan lain-lain.

Personalisasi Papan Pemuka

 

Alami perbankan yang diperibadikan dengan Personalisasi Papan Pemuka OCTO Biz. Sesuaikan papan pemuka anda untuk memaparkan maklumat penting seperti baki akaun, transaksi, dan ringkasan, mengikut keperluan anda. Dengan ciri ini, pengurusan kewangan anda menjadi lebih intuitif, cekap, dan selaras dengan keperluan perniagaan anda.

Maklumat Pakej dan Permohonan

Pakej LITE

Yuran Langganan*

Tiada yuran bulanan (dikecualikan)

OTP (Kata Laluan Sekali)

Token Mudah Alih

Bilangan Pengguna

5 Pengguna sahaja

Had Transaksi Pilihan

RM100,000 sehari

Syarat Pengesahan Transaksi

Mana-mana 1 Pemberi Kuasa boleh meluluskan

Untuk maklumat lanjut

Rujuk jadual di bawah

*Tertakluk kepada Terma & Syarat

Perkhidmatan Tersedia untuk Pakej LITE

Bayaran Bil

Pemindahan Dana Tunggal

(DuitNow, Interbank Giro (IBG) dan Pemindahan dalam CIMB)

Bayar ke Pembiayaan CIMB dan Kad Korporat Sendiri

Muat Turun Utama

Soalan Lazim

Notis Penting

 

OCTO Biz tersedia kepada pengguna sedia ada BizChannel@CIMB kami, dan kami sedang memindahkan pelanggan secara berperingkat. Kami akan menjemput pengguna sedia ada BizChannel@CIMB melalui e-mel untuk mencuba OCTO Biz yang serba baharu.

Bagaimana cara untuk memohon OCTO Biz?

Anda perlu mempunyai akaun Perniagaan CIMB sedia ada sebelum anda boleh mendaftar untuk OCTO Biz.

 

Kami kini sedang memindahkan pelanggan secara berperingkat. Untuk sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi kami di sini dan kami akan memberikan maklum balas dalam tempoh 5 hari bekerja.

Bagaimana untuk log masuk kali pertama?

Muat Turun Utama

Soalan Lazim

Apakah item yang diperlukan semasa log masuk kali pertama?

FTL (juga dikenali sebagai Log Masuk Kali Pertama) ialah proses yang diperlukan semasa mengakses OCTO Biz untuk kali pertama. Proses ini hanya boleh dilakukan melalui aplikasi mudah alih.

 

Item yang diperlukan untuk proses FTL:

  1. ID Syarikat dan ID Pengguna.
  2. Sistem Operasi Mudah Alih minimum Android 10.0 atau Apple iOS 14.
  3. Pastikan peranti mudah alih tidak melalui proses rooting atau jailbreak.
  4. Muat turun Aplikasi Mudah Alih OCTO Biz dari Google Play Store (Android) atau Apple App Store (Apple).

 

Nota: Anda perlu menunggu selama 12 jam selepas selesai Log Masuk Kali Pertama sebelum boleh mengakses akaun perniagaan anda di OCTO Biz. Anda disarankan merancang transaksi perniagaan anda lebih awal.

Soalan Lazim

Terma & Syarat

Muat Turun Utama

 

Nota: Sila ikuti templat surat tanpa mengubah format.

Mahukan Maklumat Lanjut?

Hubungi Kami

Tempatan: 1300 888 828 
Luar Negara: +603 2297 3000

Isnin hingga Jumaat dari 8.00 pagi hingga 7.00 petang, Sabtu dari 8.00 pagi hingga 5.00 petang (tidak termasuk cuti umum)