Cari
Back
Perbendaharaan  
Lebih Perkhidmatan  
Perbankan Islam  
Promosi Terkini  
OCTO Biz  
BizChannel@CIMB  
Corporate Cards Online  
Permohonan Tersimpan Diambil Semula-i  
Pusat Bantuan Pelanggan  
Cari Kami  
You're viewing:
Perbankan Perniagaan
Other Sites
Perniagaan Seharian
Deposit & Pelaburan
Kad
Pengurusan Wang
Penyelesaian Perniagaan
Penyelesaian
Kewangan Perdagangan
Pembiayaan
Insurans / Takaful
Lebih Perkhidmatan
Perbankan Islam
Bantuan & Sokongan
Kadar & Caj
Keselamatan & Penipuan
logo
MY - BM

Manfaat & Keistimewaan

Pasaran Wang

Pasukan Pasaran Wang kami menawarkan pelbagai pilihan produk untuk pelabur syarikat dan institusi, serta pendeposit untuk membantu menjana pulangan dari dana mereka.

  • Short-Term Money Market Deposit (STMMD)

    STMMD adalah penempatan dana yang memberikan pelanggan peluang untuk memperolehi faedah dari dana jangka pendek mereka. Pengiraan faedah adalah berdasarkan pengiraan tempoh sebenar / 365 hari.

     

    Dilindungi oleh PIDM setakat RM 250,000 bagi setiap pendeposit.

     

    Sila klik di sini untuk Terma & Syarat STMMD.

  • Instrumen Deposit Boleh Niaga (NID)

    Kami juga mengeluarkan NID yang boleh didagang dalam pasaran. Klien boleh menjual NID untuk mendapatkan kecairan.


    Tidak dilindungi oleh PIDM.

  • Perjanjian Belian Semula (REPO) dan Perjanjian Belian Semula PLUS (REPO PLUS)

    REPO dan REPO PLUS adalah pilihan pelaburan alternatif untuk dana lebihan milik klien. Tempoh REPO terpendek ialah satu hari dan semua dana klien dilindungi daripada keselamatan sandaran.

     

    Tidak dilindungi oleh PIDM.

  • Sekuriti Jangka Pendek

    Kami menawarkan harga-harga untuk Bil Perbendaharaan Kerajaan Malaysia, Nota Monetari Bank Negara, Bil Perbendaharaan Kerajaan Malaysia Islamik dan sekuriti jangka pendek lain, tertakluk pada ketersediaan sekuriti dalam Bank dan dalam pasaran.


Hanya Deposit Pasaran Wang Jangka Pendek (STMMD) dilindungi oleh PIDM setakat RM250,000 bagi setiap pendeposit.

Pasaran Wang Islamik

Pasukan Pasaran Wang kami menawarkan pelbagai pilihan produk islamik untuk pelabur syarikat dan institusi, serta pendeposit untuk membantu menjana pulangan dari dana mereka.

  • Deposit Komoditi Murabahah-i

    Produk deposit berkonsepkan Komoditi Murabahah di mana pelanggan dibenarkan untuk menetapkan kadar keuntungan tetap bagi MYR atau mata wang asing terlebih dahulu Pelanggan melantik CIMB Islamic sebagai wakeel (ejen) untuk membeli dan menjual komoditi untuk memudahkan transaksi deposit.

     

    Dilindungi oleh PIDM setakat RM250,000 bagi setiap pendeposit.

     

    Sila klik di sini untuk Terma & Syarat CMD-i.

  • Sijil Hutang Boleh Niaga Islam (NIDC)

    Kami juga mengeluarkan NIDC yang boleh didagang dalam pasaran. Klien boleh menjual NID untuk mendapatkan kecairan.

     

    Tidak dilindungi oleh PIDM.

  • Komoditi Murabahah Bercagar (CCM)

    Komoditi Murabahah Bercagar (CCM) ialah repo (perjanjian pembelian semula) patuh Shariah, yang menggabungkan deposit murabahah dan cagaran menggunakan sekuriti patuh Shariah. Ia merupakan pilihan pelaburan alternatif untuk lebihan dana pelanggan. Tempoh CCM terpendek ialah satu hari.

     

    Tidak dilindungi oleh PIDM.

  • Sekuriti Jangka Pendek Islamik

    Kami menawarkan harga-harga untuk Bil Perbendaharaan Kerajaan Malaysia Islamik, Nota Monetari Bank Negara-i, dan sekuriti jangka pendek islamik lain, tertakluk pada ketersediaan sekuriti dalam Bank dan dalam pasaran.


Hanya Deposit Komoditi Murabahah-i dilindungi oleh PIDM setakat RM250,000 bagi setiap pendeposit.

Mahukan Maklumat Lanjut?

Hubungi Kami

Tempatan: 1300 888 828 
Luar Negara: +603 2297 3000

Isnin hingga Jumaat dari 8.00 pagi hingga 7.00 petang, Sabtu dari 8.00 pagi hingga 5.00 petang (tidak termasuk cuti umum)