Perniagaan anda boleh dipertingkat ke tahap Industri 4.0 bila anda melabur dalam automasi, digitalisasi dan pemodenan dengan bantuan daripada skim pembiayaan terjamin oleh Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan Berhad (SJPP).
Ciri-ciri & Manfaat
Ciri-ciri & Manfaat
Jaminan Kerajaan
Fi Jaminan Yang Rendah
Amaun Pembiayaan
Tempoh Pembiayaan Yang Panjang
Pelbagai Kemudahan Pembiayaan
Dapatkan amaun pinjaman dengan jaminan 80% daripada kerajaan. Jaminan akan berkuat kuasa sehingga pengakhiran tempoh.
Fi jaminan serendah 0.75% setahun, dibayar pada awal ulangtahun pembiayaan
Dapatkan pembiayaan sehingga RM10 juta.
Nikmati tempoh pembiayaan selama 15 tahun, atau sehingga 31 Disember 2035, mana-mana yang terdahulu.
Skim ini sah untuk pelbagai kemudahan seperti Pinjaman Berjangka, Overdraf dan Pembiayaan Perdagangan.
Kelayakan & Syarat
Sah untuk PKS dalam semua sektor dengan saham sekurang-kurangnya 51% dipegang dan dikawal oleh warganegara Malaysia
PKS mesti berdaftar di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956; atau Akta Syarikat 1965 atau 2016; atau Akta Perkongsian Liabiliti Terhad 2012; atau penguatkuasa tempatan dan pejabat daerah Sabah dan Sarawak; atau badan berkanun yang membekalkan perkhidmatan profesional
Syarikat mesti dikategorikan sebagai PKS oleh SME Corporation Malaysia dan diiktiraf oleh National Entrepreneur and SME Development Council
Kemudahan hendaklah hanya digunakan untuk modal kerja dan/atau perbelanjaan modal untuk kemudahan baru atau tambahan. Kemudahan tidak boleh digunakan untuk pembiayaan semula kemudahan sedia ada yang diberikan oleh CIMB Bank Berhad atau lain-lain bank
Tersedia dari 1 Februari 2020 sehingga tarik tamat tempoh jaminan pada 31 Disember 2035, atau apabila had skim RM3 bilion digunakan sepenuhnya, mana-mana yang terdahulu
Amaun pembiayaan minimum RM100,000.00 dan amaun pembiayaan maksimum RM10 juta
Tempoh pembiayaan sehingga 15 tahun atau sehingga 31 Disember 2035, mana-mana yang terdahulu
Fi jaminan 0.75% setahun perlu dibayar terlebih dahulu
Sah untuk syarikat SME berorientasi eksport dengan perolehan sekurang-kurangnya 50% untuk eksport akan menikmati 2% rebat di atas kadar faedah/ keuntungan yang dikenakan oleh institusi kewangan. Rebat SJPP sah sehingga Mei 2022. Sila layari www.sjpp.com.my untuk butiran lanjut mengenai rebat