Saya telah mengaktifkan Lock OCTO Biz ID tetapi sekarang saya ingin membukanya. Bagaimana caranya, dan berapa lama masa yang diperlukan untuk membuka sekatan ini?

Untuk membuka atau mengangkat sekatan akaun OCTO Biz, ikuti langkah-langkah berikut:

 

Langkah 1: Muat turun surat Upliftment OCTO Biz dari Laman Web Rasmi OCTO Biz (di bawah Muat Turun Utama).

Langkah 2: Isi semua maklumat yang diperlukan dan dapatkan tandatangan dari Penandatangan Yang Diberi Kuasa.

Langkah 3: Selepas melengkapkan maklumat pada surat, sila pergi ke cawangan CIMB terdekat untuk bantuan lanjut.

 

Nota:

Proses pembukaan semula Lock OCTO Biz ID akan mengambil sekurang-kurangnya 5 hari bekerja.

Anda akan menerima e-mel automatik sebaik sahaja proses pembukaan semula selesai.

Mencari Lebih Banyak Soalan?

Mahukan Maklumat Lanjut?

Contact Us

Hubungi Kami

Tempatan: 1300 888 828 
Luar Negara: +603 2297 3000

Isnin hingga Jumaat dari 8.00 pagi hingga 7.00 petang, Sabtu dari 8.00 pagi hingga 5.00 petang (tidak termasuk cuti umum)