Basic Package

Pakej Asas

Penyelesaian tanpa kos, tanpa ciri tambahan yang tidak diperlukan untuk membolehkan perniagaan kecil menerima bayaran menerusi DuitNow QR. Sesuai bagi Pemilik Tunggal & Perkongsian (dengan 1-2 kedai).

Pakej yang disediakan:

DuitNow QR Statik merupakan kod QR di mana pelanggan anda boleh memasukkan nilai bayaran selepas mengimbas kod QR anda. Kod QR ini hanya mengandungi maklumat tentang butiran akaun anda.

 

DuitNow QR ialah piawaian QR Kebangsaan Malaysia yang diasaskan oleh PayNet di bawah Rangkai Kerja Pemindahan Kredit Saling Boleh Kendali (ICTF). 

  Pakej Asas
Kelayakan

Anda mesti mempunyai Akaun Semasa/-i Perniagaan CIMB untuk memohon Penyelesaian Peniaga.

 

Jika anda tidak mempunyai Akaun Semasa/-i Perniagaan CIMB, sila kunjungi mana-mana cawangan kami untuk membuka akaun.

Klik sini untuk maklumat lanjut.

Kesesuaian Sesuai untuk perniagaan yang mempunyai1 hingga 2 cawangan 
Dokumen Diperlukan

1) Borang Permohonan Peniaga

 

2) Pendaftaran Perniagaan (untuk Malaysia Timur, NGO & Persatuan sahaja) 

Kaedah Pembayaran Diterima

Kad Kredit/-i, Akaun Semasa/-i, Akaun Simpanan/-i (CASA/-i) dan e-Wallet

Harga (Kadar Diskaun Peniaga)

CASA dan e-Wallet : 0%

Kad Kredit : 0.35% (Kadar Promosi 0% sehingga 30 Jun 2025)

Had Penerimaan Bayaran Harian

Tiada had
Penjelasan

Untuk transaksi yang dilakukan sebelum jam 8 malam, anda akan menerima bayaran ke dalam Akaun Semasa/-i Perniagaan CIMB dalam hari perniagaan berikutnya.

 

Untuk transaksi yang dilakukan selepas jam 8 malam, anda akan menerima bayaran selepas dua (2) hari perniagaan.

  • Untuk pelanggan dengan aplikasi CIMB Clicks, anda boleh menerima bayaran menerusi P2P QR. Klik di sini untuk maklumat lanjut. 
  • Klik di sini untuk menyemak senarai penuh bank dan e-Dompet DuitNow QR yang turut serta.

Bagaimana untuk memohon?

   

Notis Penting:

Sila baca dan fahami terma dan syarat perkhidmatan sebelum anda membuat keputusan untuk memohon dan jika anda tidak memahami mana-mana terma dan syarat, anda boleh mendapatkan penerangan daripada pihak Bank.

 
Untuk pemohon tanpa BizChannel@CIMB.
 
Langkah 2

Kemukakan Borang Permohonan Peniaga yang lengkap diisi dan dokumen yang diperlukan ke cawangan CIMB berdekatan anda.

Langkah 3

Pemohon yang berjaya akan dimaklumkan melalui surat. 

 
Bagi pemohon dengan BizChannel@CIMB. (*Penandatangan Tunggal atau Salah Satu Penandatangan Sah bagi Akaun Semasa/-i Perniagaan CIMB) 
 
Langkah 2

Orang Yang Diberi Kuasa*, sila hubungi 1300 88 8828 untuk memohon.