Pelaburan Unit Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB)
Dapatkan lebih banyak hasil daripada pelaburan anda dengan Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) melalui CIMB Clicks atau di mana-mana Mesin Teler Automatik (ATM) CIMB
Maksimumkan pelaburan masa depan anda dengan pulangan dividen menarik daripada Unit Amanah ASNB.
Permulaan Pelaburan Yang Rendah dan Berkemampuan
Anda boleh melabur serendah RM1 melalui CIMB Clicks atau RM100 melalui Mesin Teler Automatik (ATM) pada kadar yuran berpatutan dengan hanya RM1.00 bagi setiap transaksi.
Mudah
Melabur dengan mudah pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja melalui CIMB Clicks atau lebih dari 1,700 Mesin Teler Automatik (ATM) CIMB di seluruh negara.
Transaksi Segera melalui Mesin Teler Automatik (ATM)
Lakukan transaksi ASNB segera di mesin Teler Automatik (ATM) CIMB berdekatan anda hari ini. Masukkan Kad CIMB Debit Mastercard anda dan pilih "ASNB" untuk perkhidmatan Pelaburan dan Semakan Baki ASNB.
Unit Amanah ASNB yang disediakan melalui CIMB Clicks dan mesin Teler Automatik (ATM) CIMB