Cari
Back
Kiriman Wang  
CIMB@Work  
Perkhidmatan Perbankan Islamik  
Pelaburan  
Promosi Terkini  
CIMB Deals  
Aplikasi CIMB OCTO  
CIMB Clicks  
CIMB Partner Pay Solution  
DuitNow QR  
Tailoring Your Unique Financial Journey  
Pusat Bantuan Pelanggan  
You're viewing:
Perbankan Peribadi
Other Sites
Perbankan Seharian Anda
Akaun
Kad
Pembiayaan
Lebih Perkhidmatan
Perbankan Islamik
Pengurusan Kekayaan
Insurans/Takaful
Bantuan & Sokongan
Kadar & Caj
Kalkulator
Keselamatan & Penipuan
logo
MY - BM

Di CIMB, kami komited untuk menyediakan penyelesaian perbankan peribadi yang memenuhi keperluan anda. Sama ada anda mengharapkan pengalaman perbankan yang lancar atau memerlukan sokongan pada setiap langkah, kami sedia membantu. Kenali program istimewa yang disediakan khusus untuk anda.

Program Istimewa Perbankan Peribadi CIMB untuk Memantapkan Kewangan Anda

Terima peringatan untuk bayaran lazim anda

Gambar di atas adalah untuk tujuan ilustrasi sahaja

Notifikasi Segera Mata Bonus – Kad Kredit CIMB e

Gambar di atas adalah untuk tujuan ilustrasi sahaja

Pengesahan Pembayaran Pinjaman/Pembiayaan CIMB

Gambar di atas adalah untuk tujuan ilustrasi sahaja

Peringatan Pembayaran Kad Kredit/-i CIMB

Gambar di atas adalah untuk tujuan ilustrasi sahaja


Ketahui lebih lanjut tentang program personalisasi kami

 

Peringatan Pelepasan Cukai

 

Rumusan Transaksi yang layak untuk Pelepasan Cukai

 

Dapatkan rumusan tahunan transaksi Kad Debit CIMB anda yang berpotensi untuk pelepasan cukai. Ia akan dihantar ke e-mel anda yang berdaftar dengan pihak bank pada bulan Februari/Mac sebelum tarikh akhir pemfailan cukai.

 

Transaksi anda akan dikategorikan seperti berikut untuk memudahkan proses pemfailan cukai:

  1. Gaya Hidup, Peralatan dan Aktiviti Sukan
  2. Perubatan
  3. Insurans/Takaful
  4. Pendidikan dan Penjagaan Kanak-kanak
  5. Pertubuhan Amal

 

Nota:

  • Kriteria dan/atau kategori pelepasan cukai ditentukan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan tertakluk pada perubahan dari semasa ke semasa.
  • Transaksi yang berpotensi untuk pelepasan cukai dikenal pasti dengan menggunakan gabungan analitik data dan pengesanan kata kunci. Walaupun kaedah ini direka untuk mengenal pasti transaksi yang layak dengan berkesan, namun terdapat kemungkinan bahawa transaksi yang layak mungkin tidak termasuk dalam rumusan dan transaksi dalam rumusan mungkin tidak layak untuk pelepasan cukai.

 

Peringatan Pembayaran yang Terlepas

 

Terima peringatan untuk bayaran lazim anda

 

Peringatan yang dipersonalisasikan untuk pembayaran bil, pindahan dana, pembayaran kad kredit, dan ansuran pinjaman/pembiayaan akan dihantar apabila kami mengesan bahawa anda mungkin terlepas pembayaran lazim anda kepada pengebil, bank, atau pemindahan dana kepada orang tersayang.

 

Transaksi dikenal pasti menggunakan gabungan analisis data dan pengesanan kata kunci berdasarkan sejarah pembayaran anda.

 

Peringatan Tamat Tempoh Kad Debit

Peringatan Tamat Tempoh Kad Debit

 

Terima notifikasi tepat pada masanya sebelum Kad Debit CIMB anda tamat tempoh, memberikan anda masa yang mencukupi untuk merancang dan memperbaharui kad anda. Peringatan ini menyatakan nombor kad yang akan tamat tempoh dan tarikh luputnya untuk kemudahan anda.

 

Makluman Transaksi & Panduan

 

Pemantauan dan Sokongan Transaksi

 

Elakkan kesulitan dengan menerima makluman segera apabila transaksi Kad Debit CIMB anda tidak berjaya kerana dana yang tidak mencukupi atau jika fungsi perbelanjaan luar negara dinyahaktifkan, berserta langkah-langkah untuk menyelesaikannya.

 

Selain itu, terima panduan untuk mengaktifkan transaksi dalam talian/tanpa sentuh, menyimpan butiran pembayaran dalam talian dengan selamat, dan menetapkan pembayaran automatik apabila anda memperbaharui atau menggantikan kad anda.

 

Keperluan Lain

 

Panduan untuk melengkapkan penetapan Kad Debit

 

Pemegang Kad Debit CIMB baharu akan menerima panduan komprehensif yang disediakan untuk memudahkan aktiviti perbankan

harian dan membantu anda menggunakan perkhidmatan kami dengan mudah. Panduan ini merangkumi langkah-langkah penting tetapi 

tidak terhad kepada:

 

  • Pengaktifan Kad Debit
  • Penukaran had perbelanjaan
  • Pengaktifan transaksi dalam talian/tanpa sentuh
  • Pengaktifan perbelanjaan luar negara

Sambutan hari jadi yang mesra kepada pelanggan CIMB

 

Terima ucapan hari jadi yang dipersonalisasikan serta tawaran CIMB yang khas untuk anda nikmati pada hari istimewa anda.

Peringatan bulanan untuk menyemak e-Penyata bulanan anda

 

Terima notifikasi bulanan apabila e-Penyata anda tersedia di CIMB Clicks. Selain menyemak penyata akaun sehingga 18 bulan dalam

talian, anda juga boleh muat turun dan simpan penyata dengan mudah.

 

Notifikasi Mata Bonus

 

Notifikasi segera mengenai Mata Bonus yang diperolehi¹

 

Dapatkan notifikasi segera tentang ganjaran yang anda perolehi apabila anda menggunakan Kad Kredit CIMB anda.

Terpakai untuk transaksi pertama pada setiap bulan untuk Kad Kredit CIMB World Mastercard, Kad Kredit CIMB Travel Platinum, Kad Kredit CIMB Travel World dan Kad Kredit CIMB e.

 

Notifikasi Pulangan Tunai

Makluman segera mengenai Rebat Tunai Kad Kredit¹

 

Dapatkan notifikasi segera tentang ganjaran yang mungkin anda perolehi apabila anda menggunakan Kad Kredit/-i CIMB anda.

Terpakai untuk transaksi pertama setiap bulan untuk Kad Kredit Platinum Rebat Tunai CIMB dan Kad Kredit CIMB PETRONAS Visa Platinum-i.

 

Peringatan Pelepasan Cukai

 

Rumusan Transaksi yang layak untuk Pelepasan Cukai

 

Dapatkan rumusan tahunan transaksi Kad Kredit/-i CIMB anda yang berpotensi untuk pelepasan cukai. Ia akan dihantar ke e-mel

anda yang berdaftar dengan pihak bank pada bulan Februari/Mac sebelum tarikh akhir pemfailan cukai.

 

Transaksi anda akan dikategorikan seperti berikut untuk memudahkan proses pemfailan cukai:

  1. Gaya Hidup, Peralatan dan Aktiviti Sukan
  2. Perubatan
  3. Insurans/Takaful
  4. Pendidikan dan Penjagaan Kanak-kanak
  5. Pertubuhan Amal

 

Nota:

  • Kriteria dan/atau kategori pelepasan cukai ditentukan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan tertakluk pada perubahan dari semasa ke semasa.
  • Transaksi yang berpotensi untuk pelepasan cukai dikenal pasti dengan menggunakan gabungan analitik data dan pengesanan kata kunci. Walaupun kaedah ini direka untuk mengenal pasti transaksi yang layak dengan berkesan, namun terdapat kemungkinan bahawa transaksi yang layak mungkin tidak termasuk dalam rumusan dan transaksi dalam rumusan mungkin tidak layak untuk pelepasan cukai.

 

Panduan Keperluan

Panduan pengaktifan untuk melengkapkan penetapan Kad Kredit

 

Pemegang Kad Kredit/-i CIMB baharu akan menerima panduan untuk menetapkan dan memaksimumkan faedah kad. Panduan

ini merangkumi langkah-langkah penting untuk memastikan penggunaan yang lancar, termasuk tetapi tidak terhad kepada:

  • Pengaktifan Kad Kredit
  • Memautkan Kad Kredit ke Aplikasi Mudah Alih
  • Paparan e-penyata
  • Penjadualan Transaksi

Panduan Pencegahan Penipuan

 

Terima panduan komprehensif untuk melindungi daripada “scam” dan penipuan, membantu anda sentiasa berwaspada dan melindungi diri anda dengan berkesan.

 

Notifikasi Pembayaran Kad Kredit

Pengesahan pembayaran Kad Kredit yang diterima pada hari berikutnya

 

Terima notifikasi pembayaran kad kredit anda melalui e-mel yang didaftarkan dengan bank sebaik sahaja bank menerima bayaran kad kredit anda.

Peringatan Pembayaran Kad Kredit Akan Datang

 

Peringatan berguna yang meringkaskan pembayaran Kad Kredit/-i CIMB anda yang akan datang, memastikan anda tidak terlepas tarikh akhir pembayaran!

 

Notifikasi Pembayaran Pinjaman/Pembiayaan

Pengesahan bayaran pinjaman/pembiayaan yang diterima pada hari berikutnya

 

Terima notifikasi pembayaran melalui e-mel yang didaftarkan dengan bank sebaik sahaja bank menerima bayaran yang dibuat ke akaun pinjaman/pembiayaan anda.

Peringatan Pembayaran Pinjaman/Pembiayaan Akan Datang

 

Peringatan yang meringkaskan pembayaran Pinjaman/Pembiayaan CIMB anda yang akan datang, memastikan anda tidak terlepas tarikh akhir pembayaran!

 

Nota:

Rumusan hanya meliputi bayaran ansuran bulanan untuk:

 

(i) Pinjaman/Pembiayaan Hartanah di mana pinjaman/pembiayaan telah disalurkan sepenuhnya (tidak termasuk pinjaman/pembiayaan di bawah penyaluran progresif);

(ii) Pembiayaan Kenderaan;

(iii) Pembiayaan Peribadi (tidak termasuk kemudahan overdraf) dan

(iv) Pembiayaan ASB.

 

Notifikasi Pengaktifan & Penyaluran

Maklumat komprehensif yang disediakan untuk memperkenalkan perkhidmatan kami, serta notifikasi mengenai pelepasan pinjaman/pembiayaan hartanah anda

 

Anda akan menerima notifikasi panduan lengkap langkah demi langkah mengenai perkhidmatan pinjaman/pembiayaan kami.

Selain itu, anda akan dimaklumkan segara apabila pinjaman/pembiayaan yang anda mohon disalurkan kepada anda.

 

Notifikasi Status Permohonan

Status terbaharu untuk permohonan Pembiayaan Kenderaan anda

 

Terima notifikasi untuk memastikan anda sentiasa dimaklumkan tentang status permohonan anda.


 

Video Perbankan Peribadi CIMB

 

CIMB Personalised Banking Video

 

Nota Penting

 

  1. Transaksi yang dinyatakan dalam notifikasi, rumusan transaksi, dan/atau peringatan bertujuan sebagai rujukan sahaja. Sesetengah transaksi dikenal pasti menggunakan gabungan analisis data dan pengesanan kata kunci. Ia mungkin bukan senarai lengkap transaksi anda dan tidak dimaksudkan sebagai Mata Bonus/rebat tunai terakhir anda yang diperolehi, dan juga tidak boleh digunakan sebagai pengganti invois rasmi, resit atau untuk menggantikan penyata bulanan anda. Jika terdapat sebarang percanggahan atau ketidakselarasan, sila rujuk penyata bank bulanan anda.
  2. CIMB Bank Berhad dan CIMB Islamic Bank Berhad tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian, kerosakan, penalti, denda, caj, tindakan, tuntutan dan/atau pertikaian (“Liabiliti”) akibat daripada penggunaan/pergantungan secara langsung atau tidak langsung rumusan transaksi dan/atau notifikasi dan/atau peringatan.
  3. CIMB Bank Berhad dan CIMB Islamic Bank Berhad tidak membuat sebarang pernyataan atau jaminan berkenaan dengan ketepatan rumusan transaksi dan/atau notifikasi dan/atau peringatan. Pelanggan bertanggungjawab ke atas pembayaran yang mereka pilih untuk dilakukan selepas menerima rumusan transaksi dan/atau notifikasi dan/atau peringatan.

 

Mohon Sekarang!

 

  • Kad Debit CIMB, sila layari halaman produk individu untuk mengetahui lebih lanjut. Anda boleh merujuk senarai Kad Debit CIMB kami. Klik di sini
  • Kad Kredit/-i CIMB, sila layari halaman produk individu untuk mengetahui lebih lanjut. Klik di sini.
  • Akaun Semasa/Simpanan/-i, sila layari Akaun CIMB. Klik di sini.
  • Pinjaman/Pembiayaan Hartanah CIMB, sila layari halaman produk individu untuk mengetahui lebih lanjut. Anda boleh merujuk senarai Pinjaman/Pembiayaan Hartanah kami. Klik di sini.
  • Pembiayaan Kenderaan CIMB, sila layari halaman produk individu untuk mengetahui lebih lanjut. Anda boleh merujuk senarai Pembiayaan Kenderaan kami. Klik di sini.
  • Pinjaman/Pembiayaan Peribadi CIMB atau Pembiayaan ASB, sila layari halaman produk individu untuk mengetahui lebih lanjut. Anda boleh merujuk senarai Pinjaman Peribadi/Pembiayaan kami. Klik di sini.

 

 

Ahli PIDM.