Cari
Back
Pembiayaan  
 
Pinjaman Peribadi Cash Plus
Nikmati pinjaman peribadi tanpa cagaran dan penjamin, dan tempoh pembayaran balik sehingga 5 tahun untuk memenuhi impian anda. Mohon sekarang!
Kiriman Wang  
CIMB@Work  
Sustainability at CIMB  
Perkhidmatan Perbankan Islamik  
Pengurusan Harta Islamik  
Pelaburan  
Promosi Terkini  
CIMB Deals  
Aplikasi CIMB OCTO  
CIMB Clicks  
CIMB Partner Pay Solution  
DuitNow QR  
Diperibadikan Untuk Anda  
Pusat Bantuan Pelanggan  
You're viewing:
Perbankan Peribadi
Other Sites
Perbankan Seharian Anda
Akaun
Kad
Pembiayaan
Lebih Perkhidmatan
Pengurusan Kekayaan
Insurans/Takaful
Bantuan & Sokongan
Kadar & Caj
Kalkulator
Keselamatan & Penipuan
logo
MY - BM

Semak Imbas Kad Debit

{{primaryFilter.title}}

Maklumat Lanjut

 

Apakah itu kad debit?

 

Kad debit ialah kad pembayaran mudah yang dihubungkan dengan Akaun Semasa, Akaun Simpanan atau Akaun Pelaburan (tidak termasuk Akaun Pelaburan Berjangka-i) anda. Apabila anda membuat pembelian dengan kad debit, bayaran akan ditolak secara automatik daripada akaun anda.

 

Anda boleh menggunakan kad debit untuk membuat pembelian dalam talian, dalam kedai dan membuat pengeluaran daripada ATM dengan mudah.

 

 

Bolehkah saya menggunakan kad debit saya di luar negara?

 

Ya. Kebanyakan kad debit di Malaysia diiktiraf di peringkat global dan boleh digunakan di luar negara, menjadikannya pilihan pembayaran yang mudah dan selamat di luar negara.

 

Walau bagaimanapun, dinasihati untuk mengambil langkah-langkah di bawah sebelum membuat pembayaran di luar negara:

 

  • Maklumkan bank anda: Maklumkan bank anda sebelum perjalanan anda untuk memastikan kad debit anda berfungsi dengan lancar di luar negara.

 

  • Semak penerimaan antarabangsa: Kebanyakan kad debit seperti Visa dan Mastercard diiktiraf secara meluas di seluruh dunia, tetapi semak dengan bank anda juga.

 

  • Fi dan caj: Sahkan dengan bank anda fi dan caj yang berkaitan apabila menggunakan kad debit anda di luar negara.

 

 

Apakah kelebihan Kad Debit CIMB?

 

Di CIMB, kad debit kami menawarkan pelbagai manfaat untuk pengalaman perbankan yang lebih lancar dan menyeronokkan. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai faedah dan ciri-ciri kad debit CIMB, semak imbas penyenaraian produk di atas dan pilih produk kad debit pilihan anda. Sebagai alternatif, anda boleh memilih daripada senarai di bawah:

 

 

 

Bagaimanakah saya boleh memohon kad debit CIMB?

 

Kad debit CIMB layak kepada pemegang Akaun Semasa, Akaun Simpanan ataupun Akaun Pelaburan (tidak termasuk Akaun Pelaburan Berjangka-i) CIMB Bank atau CIMB Islamic. Untuk maklumat lanjut, sila layari halaman produk individu di atas. 

 

Nikmati kemudahan menerima kad debit anda dihantar ke rumah apabila anda membuka Akaun Semasa/Simpanan/-i terpilih atau DURIAN-i secara dalam talian. Klik di sini untuk maklumat lanjut.