CIMB Islamic Bank adalah francais perbankan dan perkhidmatan kewangan Islam di bawah Kumpulan CIMB, dengan rangkaian produk dan perkhidmatan Syariah yang inovatif. Kami menawarkan pembiayaan, sukuk, perbankan pelaburan, perbankan transaksi, banca-takaful dan perkhidmatan sekuriti untuk pelanggan individu, komersial, korporat dan institusi di seluruh ASEAN.
Pengurusan Harta Islamik
Penyelesaian kewangan Islam & kesejahteraan rohani anda
Melindungi dan menjaga orang tersayang di dunia dan di akhirat.
CIMB terus mengukuhkan komitmennya terhadap pemerkasaan komuniti melalui CIMB Harapan Ramadan 2025 - inisiatif terbesar yang dilaksanakan setakat ini di bawah program tersebut. Dengan sumbangan melebihi RM2.2 juta, inisiatif ini telah memberi manfaat kepada lebih 40,000 penerima di 109 lokasi di seluruh negara, termasuk di Sabah dan Sarawak.
Program ini berjaya dilaksanakan hasil kerjasama lebih 800 kakitangan CIMB yang komited dari ibu pejabat dan cawangan, serta diterajui oleh CIMB Islamic dan CIMB Foundation dengan sokongan Islamic Relief Malaysia dan Yayasan Belia Malaysia. Inisiatif ini menunjukkan komitmen CIMB dalam memperkukuhkan kesejahteraan pelanggan dan masyarakat melalui penglibatan yang bermakna dan inklusif.
Bagi memperluaskan impaknya, CIMB juga menganjurkan CIMB Harapan Ramadan Berkat Bersama, sebuah program keusahawanan yang berlangsung di jambatan MRT antara Muzium Negara dan KL Sentral dari 10 hingga 14 Mac 2025. Bazar ini menyediakan peluang kepada alumni program keusahawanan CIMB untuk menjana pendapatan tambahan menjelang Hari Raya Aidilfitri, sekaligus membantu mereka dalam perjalanan menuju pemerkasaan ekonomi.
Selain itu, kepimpinan tertinggi CIMB turut melibatkan diri secara langsung dengan komuniti melalui majlis berbuka puasa yang diadakan di bawah Program Satu Kampung Satu Pemimpin. Program ini memberi peluang kepada para pemimpin dan wakil-wakil PPR untuk berbincang mengenai cabaran yang dihadapi oleh komuniti setempat, serta membantu merangka program masa depan yang akan membawa impak positif yang berpanjangan dan bermakna.
Program Satu Pemimpin Satu Kampung
CIMB telah melancarkan Program Satu Pemimpin Satu Kampung (Santuni MADANI), sebuah inisiatif pemerkasaan komuniti yang dijangka memberi manfaat kepada 9,000 penduduk di empat lokasi Projek Perumahan Rakyat (PPR) sekitar Lembah Klang - iaitu PPR Pinggiran Bukit Jalil, PPR Lembah Subang, Perumahan Awam Seri Selangor, dan PPR Seri Alam.
Dengan komitmen sebanyak RM3.6 juta selama dua tahun, program ini bertujuan untuk memberi impak yang bermakna melalui peningkatan kemahiran, pendidikan, serta pembangunan sumber pendapatan yang mampan.
Program ini telah dirasmikan di PPR Pinggiran Bukit Jalil 2 oleh Menteri Kewangan I, YB Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan. Majlis turut diserikan dengan kehadiran tetamu kehormat termasuk Dato’ Seri TPr (Dr.) Maimunah Mohd Sharif, Datuk Bandar Kuala Lumpur; Tan Sri Mohd Nasir Ahmad, Pengerusi Kumpulan CIMB; Novan Amirudin, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan CIMB; Gurdip Singh Sidhu, Ketua Pegawai Eksekutif CIMB Malaysia dan CIMB Bank Berhad; serta Ahmad Shahriman Mohd Shariff, Ketua Pegawai Eksekutif CIMB Islamic Bank Berhad.