Bayaran untuk keuntungan daripada FD-i yang diperolehi oleh Peserta yang Layak akan dikreditkan ke dalam Akaun Semasa Perniagaan-i (BCA-i) atau Akaun Semasa Perniagaan (BCA). Jika Peserta yang Layak tidak mempunyai BCA-i atau BCA, Perserta yang Layak dikehendaki membuka BCA-i.
Apa-apa perletakan deposit bagi tujuan Kempen ini haruslah merupakan dana baharu sahaja yang didepositkan dengan CIMB.
“Kadar Promosi” untuk perletakkan dalam FD-i ini tertakluk kepada satu (1) kitaran sahaja.
Untuk pengeluaran separa atau penuh FD-i sebarang tempoh sebelum penamatan tempoh deposit, tiada keuntungan akan dibayar bagi amaun yang dikeluarkan. Untuk pengeluaran separa, keuntungan akan dibayar berdasarkan kadar kontrak untuk amaun yang tidak dikeluarkan sahaja, setelah tempoh deposit tamat.
Ahli PIDM. Dilindungi oleh PIDM setakat RM250,000 bagi setiap pendeposit. Untuk melihat brosur PIDM, klik di sini.
Anda akan masuk ke laman web pihak ketiga & penggunaan Polisi Privasi Kumpulan CIMB akan dihentikan.
Pautan ini disediakan hanya untuk kemudahan anda dan tidak akan dianggap atau diertikan sebagai sokongan atau pengesahan laman web yang dipautkan atau kandungannya oleh Kumpulan CIMB.
Kumpulan CIMB tidak memberikan jaminan mengenai status pautan ini atau maklumat yang terkandung dalam laman web yang anda akan akses.