Faedah dibayar pada tempoh matang. Faedah interim dibayar setiap 6 bulan untuk tempoh lebih dari 12 bulan. Pengeluaran minimum RM1,000 dan dalam gandaan RM1,000 dibenarkan untuk nombor akaun sama (sah untuk Simpanan Tetap baru atau deperbaharui bermula 18 Januari 2015).
Penarikan balik/Pengeluaran sebelum matang dibenarkan tetapi amaun akan tertakluk pada syarat berikut:
1. Untuk penempatan FD atau pembaharuan dari 1 November 2018 dan seterusnya:
- Tiada faedah akan dibayar untuk mana-mana pengeluaran amaun penuh atau separa* sebelum tamat tempoh.
2. Untuk penempatan FD atau pembaharuan sebelum 1 November 2018:
- FD untuk tempoh 1 hingga 3 bulan
Tiada faedah akan dibayar untuk mana-mana pengeluaran amaun penuh atau separa* sebelum tamat tempoh.
- FD untuk tempoh 4 bulan ke atas
Sebelum tamat 3 bulan
Tiada faedah akan dibayar untuk mana-mana pengeluaran amaun penuh atau separa*.
Selepas tamat 3 bulan
Untuk mana-mana pengeluaran amaun penuh atau separa*, separuh faedah dari kadar kontrak akan dibayar untuk amaun pengeluaran bagi setiap bulan yang tamat.
*Untuk pengeluaran separa, faedah akan dibayar ke atas baki amaun mengikut kadar kontrak.