Cari
Back
Perbendaharaan  
Lebih Perkhidmatan  
Perbankan Islam  
Promosi Terkini  
OCTO Biz  
BizChannel@CIMB  
Corporate Cards Online  
Permohonan Tersimpan Diambil Semula-i  
Pusat Bantuan Pelanggan  
Cari Kami  
You're viewing:
Perbankan Perniagaan
Other Sites
Perniagaan Seharian
Deposit & Pelaburan
Kad
Pengurusan Wang
Penyelesaian Perniagaan
Penyelesaian
Kewangan Perdagangan
Pembiayaan
Insurans / Takaful
Lebih Perkhidmatan
Perbankan Islam
Bantuan & Sokongan
Kadar & Caj
Keselamatan & Penipuan
logo
MY - BM

Manfaat & Keistimewaan

  • Pulangan Lebih Tinggi

    Simpan duit anda dan perolehi pulangan lebih tinggi untuk perniagaan anda.

  • Pilihan Tempoh Matang dari 1 hingga 60 bulan

    Nikmati fleksibiliti memilih tempoh matang di antara 1 hingga 60 bulan dan kadar faedahnya.

  • Pengeluaran Separa

    Buat pengeluaran dalam gandaan RM1,000 sambil mengekalkan kadar faedah pratentu pada baki yang tinggal.

Kelayakan

Sah untuk perusahaan perniagaan beroperasi di Malaysia

  • Deposit permulaan minimum RM5,000 untuk 1 bulan.
  • Deposit permulaan minimum RM1,000 untuk 2 bulan ke atas.

 

Dilindungi oleh PIDM setakat RM250,000 bagi setiap pendeposit. Untuk lihat brosur PIDM, klik di sini.

Fi & Caj

Untuk senarai fi dan caj penuh, klik di sini.

Nota Penting

Faedah dibayar pada tempoh matang. Faedah interim dibayar setiap 6 bulan untuk tempoh lebih dari 12 bulan. Pengeluaran minimum RM1,000 dan dalam gandaan RM1,000 dibenarkan untuk nombor akaun sama (sah untuk Simpanan Tetap baru atau deperbaharui bermula 18 Januari 2015).  

 

Penarikan balik/Pengeluaran sebelum matang dibenarkan tetapi amaun akan tertakluk pada syarat berikut:

 

1. Untuk penempatan FD atau pembaharuan dari 1 November 2018 dan seterusnya:

 

  • Tiada faedah akan dibayar untuk mana-mana pengeluaran amaun penuh atau separa* sebelum tamat tempoh.

 

2. Untuk penempatan FD atau pembaharuan sebelum 1 November 2018:

 

  • FD untuk tempoh 1 hingga 3 bulan
    Tiada faedah akan dibayar untuk mana-mana pengeluaran amaun penuh atau separa* sebelum tamat tempoh.

 

  • FD untuk tempoh 4 bulan ke atas
    Sebelum tamat 3 bulan
    Tiada faedah akan dibayar untuk mana-mana pengeluaran amaun penuh atau separa*.

    Selepas tamat 3 bulan
    Untuk mana-mana pengeluaran amaun penuh atau separa*, separuh faedah dari kadar kontrak akan dibayar untuk amaun pengeluaran bagi setiap bulan yang tamat.

 

*Untuk pengeluaran separa, faedah akan dibayar ke atas baki amaun mengikut kadar kontrak.