Cari
Back
Perbendaharaan  
Lebih Perkhidmatan  
Perbankan Islam  
Promosi Terkini  
BizChannel@CIMB  
Corporate Cards Online  
Permohonan Tersimpan Diambil Semula-i  
Pusat Bantuan Pelanggan  
You're viewing:
Perbankan Perniagaan
Other Sites
Perniagaan Seharian
Deposit & Pelaburan
Kad
Pengurusan Wang
Penyelesaian Perniagaan
Penyelesaian
Kewangan Perdagangan
Pembiayaan
Insurans / Takaful
Lebih Perkhidmatan
Perbankan Islam
Bantuan & Sokongan
Kadar & Caj
Keselamatan & Penipuan
logo
MY - BM

Sebagai pemilik perniagaan, pengurusan perbelanjaan adalah asam garam adat berniaga. Semuanya berkisar tentang menyeimbangkan keuntungan dan kos overhed seperti sewa, insurans dan bekalan.

 

Sebab itulah sangat penting untuk menyimpan rekod yang tepat tentang perbelanjaan - lagi banyak anda tahu, lagi bagus cara pengawalan bajet anda. Melalui maklumat ini, anda boleh ketahui di mana untuk mengurangkan kos atau melabur untuk mengekalkan perniagaan.

 

Salah satu cara untuk mengesan dan mengurus perbelanjaan perniagaan adalah melalui kad kredit perniagaan. Ini cara-caranya:

Kesan Perbelanjaan Anda Secara Mudah

Kad kredit memberikan laporan terperinci, membolehkan anda melihat perbelanjaan perniagaan dengan sekilas pandang. Dengan gambaran keseluruhan berkenaan gaya perbelanjaan dan tabiat perniagaan, anda boleh melihat bahagian tertentu di mana penjimatan boleh dibuat, dan juga memberikan idea untuk peluang yang boleh dikembangkan.

 

Jika anda mempunyai beberapa pekerja menggunakan kad kredit, penyatuan untuk semua perbelanjaan dapat dipermudahkan dengan penggunaan dengan laporan perbelanjaan berpusat yang menunjukkan semua perbelanjaan dalam satu penyata, sekaligus menjimatkan masa pemprosesan.

 

Dengan CIMB SME BusinessCard, anda boleh melihat perbelanjaan kad korporat secara mudah dalam satu tempat, dan memuat turun data yang diperlukan. Ia juga membenarkan anda mengurus dan mengemas kini akaun kad, dan menukar had perbelanjaan. 

Kawal Perbelanjaan

Dengan kad kredit korporat, setiap seorang daripada beberapa pekerja anda boleh mempunyai had perbelanjaan masing-masing, supaya anda boleh mengawal perbelanjaan perniagaan sambil tetap membenarkan pekerja membeli apa yang diperlukan untuk perniagaan.

 

Kad kredit juga memberikan fleksibiliti aliran tunai, bermakna jika perniagaan anda perlu membuat pembelian bersaiz besar, anda tidak perlu mengambil pinjaman/pembiayaan atau menggunakan dana peribadi. Kad Perniagaan Platinum CIMB diterima secara global, jadi anda boleh membuat pembelian di luar negara tanpa perlu risau sama ada pembayaran akan diterima atau tidak.

 

Dengan Purchasing Card CIMB (Virtual), anda juga boleh mengautomasikan pembayaran dan mengulas perbelanjaan melalui saluran yang selamat. Ia disatukan secara lancar ke dalam sistem perolehan dan mengemaskan proses pembayaran.

Asingkan Perbelanjaan Perniagaan dan Peribadi

Sama ada anda pemilik perniagaan kecil atau mengendalikan syarikat besar, mengasingkan perbelanjaan perniagaan dan peribadi memudahkan anda mengurus perbelanjaan dan juga memudahkan pengakaunan dan pencukaian.

 

Kad kredit korporat membolehkan anda membeli apa yang diperlukan untuk perniagaan tanpa perlu menggunakan dana peribadi. Ia juga bermaksud anda atau pekerja tidak perlu membayar menggunakan wang sendiri dan kemudian menunggu untuk dibayar semula.



Pengurusan perbelanjaan perniagaan boleh dibantu menggunakan kad kredit korporat dan memudahkan pencarian peluang bagi pengembangan perniagaan anda. Pastikan anda melakukan kaji selidik untuk mendapatkan kad kredit yang bersesuaian dengan keperluan perniagaan. Jika anda masih ragu-ragu, anda sentiasa boleh berhubung dengan pengurus perhubungan kami atau kunjungi ke mana-mana cawangan CIMB untuk mendapatkan maklumat lanjut.

 

Artikel ini dibawa kepada anda oleh CIMB sebagai salah satu usaha berterusan untuk meningkatkan tahap peka kewangan di kalangan rakyat Malaysia. Pengetahuan dan pemahaman kewangan adalah kunci dalam membuat keputusan kewangan yang bermakna dan tepat, sekaligus menambah baik kesejahteraan kita semua. Tujuan ini juga selaras dengan niat CIMB untuk memberi peningkatan kepada pelanggan dan masyarakat.