Cari
Back
Perbendaharaan  
Lebih Perkhidmatan  
Perbankan Islam  
Promosi Terkini  
BizChannel@CIMB  
Corporate Cards Online  
Permohonan Tersimpan Diambil Semula-i  
Pusat Bantuan Pelanggan  
You're viewing:
Perbankan Perniagaan
Other Sites
Perniagaan Seharian
Deposit & Pelaburan
Kad
Pengurusan Wang
Penyelesaian Perniagaan
Penyelesaian
Kewangan Perdagangan
Pembiayaan
Insurans / Takaful
Lebih Perkhidmatan
Perbankan Islam
Bantuan & Sokongan
Kadar & Caj
Keselamatan & Penipuan
logo
MY - BM

 

CIMB GreenBizReadyTM ialah ekosistem kelestarian sehenti kami yang direka untuk memperkasakan perjalanan pelanggan kami melalui inisiatif berikut: 

 

  • Menyediakan latihan percuma dan pembinaan kapasiti mengenai topik berkaitan kelestarian.
  • Menawarkan akses kepada templat dan platform berasaskan web untuk mengukur impak dan memantau perjalanan mereka
  • Menghubungkan kepada penyedia perkhidmatan kelestarian untuk membantu mereka melaksanakan rancangan peralihan.
  • Menghubungkan kepada penyedia khidmat nasihat dan pensijilan untuk meningkatkan prospek perniagaan mereka melalui piawaian yang betul.
  • Menyediakan pembiayaan untuk peralihan kelestarian ke arah matlamat sifar bersih mereka.
  • Menyokong rangkaian hijau, pemadanan perniagaan, acara, dan penglibatan untuk mempercepatkan peralihan bagi semua pelanggan CIMB.

 

Untuk menerokai faedah-faedah di atas dan banyak lagi, hubungi kami di bizready@cimb.com

Penyelesaian Kewangan dan Lain-lain

Sokongan khas daripada CIMB! 

Kami boleh membantu mempercepatkan peralihan anda ke arah masa depan yang lebih lestari melalui pelbagai produk, perkhidmatan dan penyelesaian yang kami tawarkan.

  • Dapatkan akses kepada perkhidmatan seperti produk deposit, pembiayaan dan pelbagai lagi seperti CIMB@Work untuk perniagaan anda.
  • Pembiayaan Berkaitan Kelestarian (SLF) pertama di pasaran yang memberi ganjaran rebat ke atas pembiayaan anda semasa peralihan!

Templat & Peralatan Hijau

Masuk, Semak dan Lapor Impak Positif anda! 

Langkah mudah kini lebih senang dan sahih:

  • Masukkan data penggunaan tenaga dan bahan api menggunakan platform berasaskan web yang ringkas dan mesra pengguna.
  • Dapatkan laporan yang berstruktur dan sahih mengenai pengurusan karbon perniagaan anda!

Penyedia Perkhidmatan Hijau

Melangkah ke Arah Kehijauan!

Hubungi rakan strategik kami untuk membincangkan dan melaksanakan rancangan peralihan untuk perniagaan anda.

  • Mulakan dengan asas - mengadaptasi Tenaga Boleh Diperbaharui, (contohnya solar) dan gabungkan dengan Kecekapan Tenaga, (contohnya penyejuk, boiler, pencahayaan, dan lain-lain) untuk menyahkarbon dengan serta-merta.
  • Nikmati penjimatan segera, tetapkan kos berubah perniagaan anda, dan dapatkan manfaat insentif cukai! 

Latihan & Pembangunan Kapasiti Hijau

Ke arah kelestarian, dengan cara bijak!

Dapatkan pengetahuan dan kebolehan yang diperlukan untuk membina masa depan perniagaan yang lestari melalui latihan dan pembangunan kapasiti.

  • Ambil manfaat daripada program percuma ini untuk pemahaman holistik tentang gambaran besar ESG.
  • Sertai inisiatif-inisiatif agensi kerajaan dan tampil kehadapan dalam pembangunan pasaran!

Rangkaian Hijau

Kekal Hijau dan terus kekal berhubung!

Berhubung dengan rakan strategik ekosistem kami untuk rangkaian, kerjasama, dan akses kepada inisiatif kelestarian CIMB untuk masa depan sifar bersih.

  • Meliputi pelbagai sektor dan skop, kami akan hubungkan anda untuk terokai pelbagai kemungkinan.
  • Padanan perniagaan, pelunag ekonomi kitaran, acara, kerjasama dan banyak lagi!

Pensijilan & Khidmat Nasihat Hijau

Menuju kelestarian Hijau atau terus ketinggalan!

Berhubung dengan rakan strategik kami untuk memperkuasakan perniagaan anda dengan pelbagai pensijilan hijau & standard industri yang komprehensif, serta untuk memperlengkapkan anda dengan instrumen dan pengetahuan kelestarian global.

  • Dapatkan kelebihan daya saing di pasaran global, terutamanya jika anda mengeksport ke EU, berurusan dengan MNC atau PLC.
  • Manfaatkan inisiatif, insentif dan program-program rakan strategik kami untuk merealisasikan potensi perniagaan anda sepenuhnya.

Instrumen:

CIMB ESG Simplified Playbook for SMEs

Playbook ini adalah panduan ringkas untuk membantu anda memahami asas ESG, menilai kesiapsiagaan ESG anda sendiri, mengambil tindakan pada perkara-perkara penting, dan mengambil peluang memanfaatkan insentif / penyelesaian / kewangan lestari yang ada untuk meningkatkan perjalanan ESG anda.

Low Carbon Operating System (LCOS)

Low Carbon Operating System (LCOS) merupakan platform berasaskan web yang mesra pengguna dan kos efektif, yang direka khusus untuk syarikat mengukur dan menguruskan emisi gas rumah hijau (GHG) mereka dengan mudah. LCOS memudahkan proses memasukkan data asas seperti penggunaan elektrik dan bahan api untuk mengukur emisi anda. Selain itu, data tersebut boleh disahkan untuk digunakan bagi pelbagai tujuan seperti kelayakan rebat bagi Pembiayaan Berkaitan Kelestarian. 

Simplified ESG Disclosure (SEDG)

Simplfied ESG Disclosure (SEDG) untuk PKS dalam Rantaian Bekalan menggabungkan dan mempermudahkan rangka kerja ESG global dan tempatan yang kompleks untuk meningkatkan ketersediaan data dan maklumat ESG oleh PKS. Ia terdiri daripada 35 pendedahan keutamaan yang sejajar dengan garis panduan kelestarian tempatan dan global, dibahagikan kepada Tahap Asas, Pertengahan, dan Lanjutan, untuk memenuhi tahap kematangan kelestarian yang berbeza bagi setiap PKS.

Rakan Strategik kami:

Buysolar 

Buysolar ialah peneraju pasaran atas talian sehenti di Malaysia bagi pemasangan solar; bertujuan untuk menghubungkan pembeli dan pembekal solar dengan mudah. Terdapat pelbagai solusi di buySolar seperti sebut harga, pilihan pembekal, servis pemasangan, penyelenggaraan, perkhidmatan selepas jualan, serta pemantauan atas talian.

Malaysia Association of Energy Service Companies (MAESCO)

MAESCO adalah sebuah Pertubuhan Syarikat Syarikat Perkhidmatan Tenaga di Malaysia, yang terdiri daripada lebih 60 syarikat. Fokus utama ahli syarikat adalah untuk menyediakan perkhidmatan dan kepakaran kecekapan tenaga kepada pengguna akhir dari semua sektor. Perkhidmatan yang disediakan termasuk Audit Tenaga, 'Energy Performance Contracting (EPC)' dengan pilihan tanpa kos perbelanjaan modal dari pelanggan dan menyediakan teknologi terbaik untuk aplikasi Komersial dan Industri. Perkhidmatan 'Measurement and Verification' (M&V) juga turut ditawarkan. 

Earthworm Foundation

Earthworm Foundation adalah organisasi pertubuhan bukan untung global yang berorientasikan impak, dan bekerja di lapangan bertujuan untuk mencipta penyelesaian berskala supaya alam sekitar dan manusia boleh berkembang. Di lapangan, kami mencipta, menguji, dan mempertingkatkan skala cara-cara baru pengeluaran dan menjalankan perniagaan.

Kontraktor Solar

Berhubung dengan Kejuruteraan, Perolehan, Kontraktor Pembinaan (EPCC) Solar di bawah secara langsung untuk menangani sebarang pertanyaan anda, mendapatkan sebut harga, dan lain-lain untuk keperluan solar panel anda!

Rakan Strategik kami:

SME Corporation Malaysia

 SME Corporation Malaysia (SME Corp. Malaysia) merupakan agensi penyelaras pusat (CCA) di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) yang menyelaras pelaksanaan program pembangunan untuk perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) dalam semua Kementerian dan agensi. Ia bertindak sebagai pusat rujukan untuk penyelidikan dan penyebaran data mengenai PMKS dan usahawan, serta menyediakan khidmat nasihat perniagaan untuk PMKS dan usahawan di seluruh negara.

Malaysian Green Technology and Climate Change Corporation (MGTC) 

MGTC (di bawah bidang tugas Kementerian Alam Sekitar & Air) merupakan pemegang taruh utama di dalam ekosistem alam sekitar dan teknologi hijau. Tumpuan MGTC adalah kepada 3 bidang utama, iaitu Insentif dan Pensijilan Hijau, Khidmat Bimbingan dan Pembangunan Kapasiti Hijau (seperti Pengurus Tenaga Profesional, Pengurus Tenaga Elektrik Berdaftar, dsb,) serta Promosi dan Pelaburan Hijau.

Malaysia External Trade Development Corporation (MATRADE) 

MATRADE adalah agensi promosi perdagangan kebangsaan Malaysia di bawah MITI - dan diberi mandat dengan misi untuk memacu perdagangan antarabangsa negara melalui pembangunan pengeksport Malaysia dan aktiviti promosi eksport.

IMPACTO

IMPACTO merupakan penasihat dan rakan kongsi kelestarian eksklusif CIMB. Mereka berunding dengan perniagaan mengenai intervensi strategik untuk mewujudkan kesan positif kepada ekonomi, alam sekitar dan sosial impak. Mereka juga bercita-cita untuk menyokong kebanyakan PKS dalam perjalanan mereka untuk membentuk perusahaan yang berdaya tahan, berdaya saing dan mampan pada masa akan datang. IMPACTO komited untuk mereka bentuk dan menyampaikan program kelestarian 1 tahun yang dibuat khusus (melalui kejurulatihan dan pemindahan pengetahuan) untuk PKS yang layak bagi menolong membina perniagaan yang mampan untuk masa hadapan.

Rakan Strategik kami:

Aerodyne Group (Aerodyne) 

Aerodyne Group adalah syarikat DT3 (Drone Tech, Data Tech & Digital Transformation) dan penyedia penyelesaian perusahaan berasaskan dron menggunakan AI sebagai teknologi. Ia disenaraikan #2 oleh Drone Industry Insights (DII) & beroperasi di 35 negara. Visi Aerodyne adalah untuk menjadikan ekonomi dron menjadi kenyataan di mana dron pintar secara autonomi akan menguruskan kehidupan seharian untuk manusia dengan memastikan makanan & kelestarian alam sekitar, menguruskan infrastruktur kritikal & mewujudkan bentuk mobiliti mampan yang baru.

Hextar Biogas BEE

Hextar Biogas BEE (HBEE) adalah penyedia penyelesaian biogas terkemuka yang menawarkan perkhidmatan kejuruteraan komprehensif untuk pengeluaran Biogas daripada Efluen kilang minyak sawit (POME).Perkhidmatan kami termasuk kajian kemungkinan, reka bentuk dan pembinaan loji biogas, perundingan mengenai pengeluaran dan operasi menaik taraf biogas. Dengan kepakaran kami dalam teknologi biogas, HBEE menyediakan penyelesaian tersuai yang cekap, menjadikan sisa POME sebagai sumber tenaga boleh diperbaharui yang bernilai.

Mentari Alam EKO (M) Sdn Bhd (MAEKO)

MAEKO berbangga di atas kejayaan mencipta teknologi inovasi yang canggih di rantau ASEAN dalam kaedah pengkomposan yang merupakan satu penyelesaian  untuk pelbagai perniagaan dan perumahan dalam menangani isu sisa makanan. Teknologi yang telah dipatenkan ini telah diaplikasi dalam penghasilan mesin kompos MAEKO yang terdiri dari pelbagai kapasiti. Mesin kompos ini  boleh digunakan dalam mana-mana industri untuk menukarkan sisa makanan kepada baja bagi kegunaan penghasilan makanan masa hadapan.

Rakan Strategik kami:

Malaysian Investment Development Authority (MIDA)

MIDA adalah agensi promosi dan pembangunan pelaburan utama Kerajaan di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) untuk menyelaras dan menggalakkan pelaburan ke dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan di Malaysia. Beribu pejabat di Kuala Lumpur Sentral, MIDA mempunyai 12 pejabat wilayah dan 20 pejabat luar negara. Bagi mengukuhkan lagi perkembangan industri Teknologi Hijau di Malaysia, Kerajaan telah melanjutkan pemberian insentif iaitu Elaun Cukai Pelaburan (GITA) untuk pembelian aset teknologi hijau dan Pengecualian Cukai Pendapatan (GITE) untuk penyedia perkhidmatan dan sistem teknologi hijau sehingga tahun 2023.

SIRIM 

SIRIM Berhad, anak syarikat Kerajaan Malaysia di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri adalah organisasi peneraju bagi penyelesaian teknologi dan kualiti yang memberi tumpuan kepada Penyelidikan Perindustrian, Pembangunan Teknologi dan Pengkomersilan; Pensijilan, Pengujian dan Pemeriksaan; Pengukuran dan Penentukuran; Latihan; Penyelidikan dan Pembangunan Standard; Keusahawanan berasaskan Teknologi; dan Perundingan Reka bentuk. Antara perkhidmatan yang disediakan adalah Pensijilan Eko-Label, MSPO; RSPO; Pengujian Kecekapan Tenaga; Penyelesaian Tenaga Solar; Pengurusan Tenaga; Pengurusan Alam Sekitar; Pemeriksaan Enjin Diesel Hijau, Taman Perindustrian ECO; Hutan Mampan; Pembungkusan Green-Blue dan sebagainya.

TNBX

TNBX adalah anak syarikat milik penuh TNB yang memberi tumpuan kepada penyelesaian 'di luar meter'. Ini dilakukan dengan menyediakan penyelesaian pusat sehenti kepada pelanggan seperti Perjanjian Bekalan - Tenaga Boleh Diperbaharui (SARE) untuk solar, Sijil Tenaga Boleh Diperbaharui (REC), Smart Green Home, dan sebagainya. REC adalah tawaran unik, di mana ia berdaftar dengan “I-REC Standard” yang diiktiraf di peringkat antarabangsa. REC adalah cara yang mudah / kos efektif bagi syarikat-syarikat untuk mencapai matlamat kemampanan mereka.

Private Financing Advisory Network (PFAN) 

PFAN (Rangkaian Penasihat Pembiayaan Swasta) adalah rangkaian global pakar pembiayaan tenaga bersih dan iklim yang bertujuan untuk merapatkan jurang antara usahawan & projek yang berkaitan dengan pelabur sektor swasta & institusi kewangan, dengan menyediakan perkhidmatan kejurulatihan dan khidmat nasihat. Ia dihoskan oleh Pertubuhan Pembangunan Perindustrian PBB (UNIDO) dengan kerjasama Perkongsian Tenaga Boleh Diperbaharui dan Kecekapan Tenaga (REEEP).

MyHIJAU

Malaysian Green Technology and Climate Change Centre (MGTC) dipertanggungjawabkan untuk menguruskan Skim Pengiktirafan MyHIJAU Mark dan Direktori Hijau. MyHIJAU Mark merupakan satu skim pengiktirafan hijau rasmi Malaysia yang diluluskan oleh Kerajaan di mana ia menyenaraikan produk dan perkhidmatan hijau yang telah disijilkan serta memenuhi standard alam sekitar tempatan atau antarabangsa di bawah satu logo.

Liputan

Sila klik untuk melihat paparan berita mengenai inisiatif-inisiatif kami. 

Kenyataan Akhbar

CIMB mendapat penyertaan SME Corp. Malaysia dalam Program GreenBizReady; melancarkan ESG Playbook untuk PKS.

Kenyataan Akhbar

CIMB menambah baik usul GreenBizReady dengan program Pembiayaan Berkaitan Kelestarian bernilai RM3 bilion baharu untuk PKS.

Kenyataan Akhbar

CIMB melancarkan GreenBizReady, penyelesaian kelestarian sehenti untuk PKS.

Kenyataan Akhbar

CIMB berbesar hati kerana telah membantu Salcon Berhad dalam perjalanan kelestariannya melalui CIMB GreenBizReady.

Kenyataan Akhbar

GreenBizReady CIMB memenangi "Penyelesaian PKS Terbaik – Malaysia" di The Asset Triple A Islamic Finance Awards 2022.

Kenyataan Akhbar

CIMB memperuntukkan pembiayaan sebanyak RM100 juta melalui kemudahan peralihan rendah karbon untuk mempercepatkan penerapan amalan lestari di kalangan perniagaan.

Kenyataan Akhbar

CIMB mengukuhkan komitmen kami dalam menyokong usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dalam kumpulan B40 melalui program CIMB MicroBiz Ready.

Kenyataan Akhbar

CIMB melancarkan program Perbendaharaan Berkaitan Kelestarian, diterajui Farm Fresh Berhad dan Sunway Berhad sebagai pelanggan perintis.

Kenyataan Akhbar

CIMB Islamic dan MTT Shipping memeterai program Perbendaharaan Berkaitan Kelestarian patuh Shariah.

Add ons:

Campaigns

Take part in our programmes designed to empower you through your Green and Sustainable journey.

Kelestarian

 

Misi Kelestarian Kami

Di CIMB, kemampanan merupakan salah satu pangsi strategi FORWARD23 kami. Ini bermakna, kami komited, dari sisi tujuan dan perancangan, untuk menunjukkan kepimpinan kemampanan sambil mengimbangi pertumbuhan dan tanggungjawab.

 

Sebagai bank universal terkemuka, matlamat kami adalah untuk mencapai integrasi alam sekitar, eknomi dan sosial (EES) pada semua aspek perniagaan kami. Kami juga melaburkan sumber tenaga dan bekerjasama dengan pihak berkepentingan kami untuk mewujudkan impak positif bersih kepada masyarakat dan alam sekitar.