Manfaat & Keistimewaan

Transaksi Luar Negara
Transaksi Luar Negara
Fleksibiliti
Ambil Kawalan
Tawaran Eksklusif

Permudahkan Transaksi Luar Negara dengan Kad Debit-i CIMB Anda

Untuk membuat pembelian di luar negara, sila aktifkan fungsi Perbelanjaan dan Pengeluaran Luar Negara melalui mana-mana ATM CIMB, CIMB Clicks (melalui versi web), mana-mana cawangan CIMB di seluruh negara, atau hubungi kami untuk mendapatkan bantuan.

 

Ikuti panduan mudah berikut! Aktifkan Fungsi Penggunaan Luar Negara melalui:

·         CIMB Clicks

Langkah 1: Log masuk ke CIMB Clicks.

Langkah 2:  Pilih “Services” dan klik pada “Overseas Spends & Withdrawal”.

Langkah 3: Klik dan pilih nombor kad anda.

Langkah 4: Pilih “Change Status To”, pilih pilihan anda, dan klik “Submit”.

Langkah 5: Sahkan transaksi melalui secureTAC.

Langkah 6: Kad anda kini berjaya diaktifkan untuk penggunaan luar negara.

 

·         CIMB ATM

Langkah 1: Masukkan Kad Debit CIMB Anda.

Langkah 2: Masukkan PIN Kad Debit Anda.

Langkah 3: Kembali ke Menu Utama.

Langkah 4: Pilih Lain-lain.

Langkah 5: Pilih Kad ATM/Debit/Kredit Berkaitan.

Langkah 6: Pilih Perkhidmatan ATM Luar Negara.

Langkah 7: Pilih pilihan anda dan klik Teruskan.

Langkah 8: Masukkan nombor kad pengenalan baru anda untuk mengesahkan.

Langkah 9: Kad anda kini berjaya diaktifkan untuk penggunaan luar negara.

 

Rujuk FAQ di sini untuk butiran penuh

Kelayakan

Individu berumur 12 tahun ke atas dan memegang Akaun Semasa atau Akaun Simpanan CIMB Islamic. Individu berumur 18 tahun ke atas dan memegang Akaun Semasa, Akaun Simpanan atau Akaun Pelaburan Mudarabah IA (tidak termasuk Pelaburan Berjangka-i) CIMB Islamic.

Keperluan

Jika anda berumur di antara 12 dan bawah 18 tahun, ibu bapa atau penjaga yang sah perlu hadir bersama untuk menandatangan surat perlindungan bagi pengeluaran kad debit.