Cari
Back
Pembiayaan  
 
Pinjaman Peribadi Cash Plus
Nikmati pinjaman peribadi tanpa cagaran dan penjamin, dan tempoh pembayaran balik sehingga 5 tahun untuk memenuhi impian anda. Mohon sekarang!
Kiriman Wang  
CIMB@Work  
Sustainability at CIMB  
Perkhidmatan Perbankan Islamik  
Pengurusan Harta Islamik  
Promosi Terkini  
CIMB Deals  
Aplikasi CIMB OCTO  
CIMB Clicks  
CIMB Partner Pay Solution  
DuitNow QR  
Diperibadikan Untuk Anda  
Pusat Bantuan Pelanggan  
Cari Kami  
Extra Care daripada CIMB  
You're viewing:
Perbankan Peribadi
Other Sites
Perbankan Seharian Anda
Akaun
Kad
Pembiayaan
Lebih Perkhidmatan
Pengurusan Kekayaan
Investments
Insurans/Takaful
Bantuan & Sokongan
Kadar & Caj
Kalkulator
Keselamatan & Penipuan
logo
MY - BM

Kami komited untuk memberikan perhatian dan sokongan tambahan kepada mereka yang memerlukan, termasuk warga emas, individu kurang upaya atau mereka yang menghadapi masalah kewangan. Klik butang di bawah untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai sokongan tambahan kami.

Kami bersedia untuk memberikan perhatian dan sokongan tambahan kepada pelanggan yang memerlukan, termasuk:

  1.  Warga emas
  2.  Individu yang mengalami masalah penglihatan, pendengaran atau pertuturan, pergerakan atau keadaan kesihatan lain
  3.  Mereka yang tidak yakin atau berpengalaman dengan teknologi
  4.  Pelanggan yang mengalami hilang upaya sementara atau jangka panjang
  5.  Individu yang mengalami masalah kewangan atau kehilangan pendapatan 
  6.  Individu yang menghadapi peristiwa besar dalam hidup, seperti kehilangan orang tersayang

 

Extra Care: Menyokong pelanggan melalui masa sukar

Di CIMB Bank, kami memahami bahawa sesetengah pelanggan mungkin menghadapi keadaan yang mencabar. Kami komited untuk memberikan perhatian dan sokongan yang mereka perlukan.
 
  • Kakitangan yang berpengalaman untuk memberikan bantuan khas dan sokongan berterusan kepada mereka yang memerlukan.
  • Panduan perbankan digital & telefon untuk mengakses akaun dengan lebih mudah.
  • Penipuan & scam: Pasukan kami sentiasa bersedia untuk membantu sekiranya anda mengesyaki sebarang aktiviti mencurigakan. Klik di sini untuk maklumat lanjut.
  • Mesin ATM dengan ciri kebolehcapaian: Mesin ATM direka dengan ketinggian yang sesuai untuk papan kekunci, slot kad dan slot pengeluaran wang; titik timbul pada nombor 1 dan 5 untuk membantu mengenal pasti kunci sekeliling.
  • Laluan akses: Kami memastikan akses ke cawangan kami dengan menyediakan laluan bercerun untuk kerusi roda (klik di sini untuk melihat senarai cawangan). Kerusi roda juga disediakan untuk pelanggan yang memerlukan.
  • Bagi mereka yang menggunakan Braille atau mengalami masalah penglihatan, kami menawarkan pilihan papan kekunci Braille di cawangan Wisma Koponas, Kuala Lumpur.

 

Sekiranya anda memerlukan bantuan, sila hubungi kami atau kunjungi cawangan terdekat.

 

Kami di sini untuk menyokong anda.

 

Kami memahami bahawa kejadian yang tidak dijangka boleh berlaku kepada sesiapa sahaja. Jika anda menghadapi kesukaran kewangan bagi pembayaran pinjaman/pembiayaan atau pembayaran balik kredit anda, kami sedia membantu.

 

Untuk membincangkan pilihan bayaran yang sesuai, klik di sini untuk memaklumkan kepada kami situasi anda dan pasukan kami akan menghubungi anda. Sebagai alternatif, anda boleh menghubungi kami atau kunjungi cawangan terdekat.

 

Jika anda terjejas akibat banjir, klik di sini untuk mengetahui bagaimana CIMB boleh membantu anda dengan situasi kewangan anda.

 

Kehilangan insan tersayang bukanlah sesuatu yang mudah. Menguruskan hal kewangan mereka dalam waktu yang sukar ini terasa membebankan. Kami di sini untuk menyokong anda melalui proses ini.

 

Memaklumkan kepada Bank

 

Jika insan tersayang anda seperti ahli keluarga mempunyai akaun di CIMB, sila hantarkan dokumen berikut ke cawangan CIMB:

 

  1. Permohonan bertulis untuk maklumat akaun insan tersayang anda 
    Untuk memohon Sijil Faraid atau Perintah Pembahagian atau Surat Kuasa Pentadbiran atau Geran Probet, permohonan ini perlu ditulis oleh waris terdekat dan nyatakan permintaan untuk mendapatkan butiran akaun insan tersayang.

  2. Sijil Kematian
    Salinan rasmi sijil kematian yang mengesahkan kematian insan tersayang anda.

  3. Sijil Perkahwinan atau Sijil Kelahiran 
    Untuk mengesahkan hubungan anda dengan insan tersayang.

 

Sebagai alternatif, anda juga boleh menghantar permohonan bertulis melalui e-mel ke contactus@cimb.com, dan membawa dokumen (2) dan (3) ke mana-mana cawangan CIMB. Pasukan kami bersedia untuk membantu anda dalam setiap langkah yang diperlukan.

 

Jika anda memerlukan bantuan atau mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi kami atau kunjungi cawangan terdekat.

 

Kami di sini untuk menyokong anda dalam masa yang sukar ini.