Manfaat & Keistimewaan

Dana Baru
Dana Baru
Kemampuan
Pengurus Dana Profesional
Kepelbagaian

Dana Baru

Manulife Shariah Global REIT Fund

Dana patuh Syariah yang bertujuan menyediakan pendapatan berkala dan peningkatan modal dengan melabur dalam amanah pelaburan hartanah Islam (REITs)

 

Klik di sini untuk maklumat lanjut.

 

Principal Next-G Connectivity Fund

Dana ekuiti yang tertumpu kepada pertumbuhan dan mempunyai pendedahan kepada syarikat global yang didorong oleh Penggunaan 5G untuk memberikan pertumbuhan modal jangka sederhana hingga jangka panjang. 

 

Klik di sini untuk maklumat lanjut.

 

Principal Islamic Global Selection Series

Dana-dana in bertujuan untuk menyediakan peningkatan nilai modal jangka masa panjang dan pendapatan melalui pelaburan patuh Syariah yang melabur dalam pasaran global mengikut sasaran risiko dana.

 

Klik di sini untuk maklumat lanjut.

 

Affin Hwang Next Generation Technology

Dana yang melabur dalam syarikat-syarikat teknologi inovatif yang luas merentas "mega-caps", memanfaatkan pembangunan teknologi secara langsung yang bertujuan untuk membentuk semula industri di seluruh dunia. 

 

Dana AHAM Shariah Gold Tracker (dahulu dikenali sebagai Dana Affin Hwang Shariah Gold Tracker)

Dana yang bertujuan untuk memberi para pelabur pulangan yang mengikut rapat prestasi harga Emas dengan membuat pelaburan dalam TradePlus Shariah Gold Tracker.

 

Klik di sini untuk maklumat lanjut.

 

United-Global Balanced Fund

Dana yang bertujuan untuk meningkatkan pendapatan dan modal anda dalam jangka masa yang sederhana hingga panjang dengan pelaburan dalam ekuiti patuh Syariah dan Sukuk seluruh dunia. 

 

Klik di sini untuk maklumat lanjut.

 

TA Asia Absolute Alpha

Dana ekuiti melabur pada nilai minimum 60% ke 98% daripada nilai aset bersih (NAB) di dalam ekuiti dan sekuriti berkaitan ekuiti dan baki daripada NAB akan dilabur dalam aset cair. Dana ini bertujuan untuk menjana pulangan positif jangka panjang yang merangkumi penambahan nilai modal serta pendapatan. 

 

RHB US Value Fund

Ekonomi di Amerika telah mula menunjukkan tanda-tanda pemulihan apabila warga kerja mula kembali ke pejabat, setelah dunia menyaksikan salah satu kemerosotan ekonomi yang paling ketara dalam sejarah. Pelabur boleh memanfaatkan peluang yang ada di pasaran ekuiti Amerika melalui dana ini. 

 

Klik di sini untuk maklumat lanjut.

 

Principal Global Sustainable Growth Fund

Pelabur hari ini mahukan pelaburan mereka mencerminkan apa yang benar-benar penting bagi mereka. Sebuah dana yang mempunyai pendedahan kepada perniagaan yang bertanggungjawab dan mampan di seluruh dunia. Dana ini bertujuan untuk mencapai peningkatan modal melalui pelaburan dalam satu skim pelaburan kolektif, yang melabur dalam sekuriti dengan pemfaktoran kriteria kelestarian..

 

Klik di sini untuk maklumat lanjut.

 

Principal Biotechnology Discovery Fund

Dana yang mempunyai pendedahan kepada semua pasaran dalam sektor bioteknologi, dari syarikat farmaseutikal baharu hinggalah syarikat sains hayat.

 

Klik di sini untuk maklumat lanjut.

 

AHAM Aiiman Global Multi Thematic Fund (dahulu dikenali sebagai Affin Hwang Aiiman Global Multi Thematic Fund)

Dana ini merupakan dana ekuiti runcit yang menyediakan akses dan peluang pertumbuhan jangka panjang melalui pelaburan terpelbagai meliputi megatrend berlandaskan Syariah yang bakal mencorakkan dunia.

 

Affin Hwang World Series – Global High Income Fund

Dana ini bertujuan untuk menjana pendapatan tetap dalam jangka sederhana hingga panjang melalui pelbagai sekuriti hutang global.

Apakah risiko pelaburan anda?

Ketahui selera risiko pelaburan anda, supaya anda boleh melangkah lebih dekat dalam mencapai matlamat pelaburan anda. 

 

Aggresive

 

Tonton video ini untuk ketahui risiko pelaburan anda.

risiko pelaburan dana unit amanah
Belajar mengenai dana unit amanah

Langkah mudah untuk memulakan pelaburan dalam Unit Amanah melalui CIMB Clicks!

Clicks step by step

Anda juga boleh muat turun butiran langkah-langkah di sini.

 

 

Baru bersama CIMB Bank? Mohon untuk Akaun Simpanan CIMB di sini.



Pelanggan CIMB Bank dan belum mendaftar untuk CIMB Clicks?

 

 

Nota Penting

Untuk maklumat lanjut, sila berunding dengan Perunding Kewangan Peribadi atau Pengurus Perhubungan di cawangan berdekatan anda untuk mengakses dokumen terkini. Penawaran Dana Unit dalam Clicks tidak menyeluruh. Untuk senarai Dana Unit yang lengkap, pelanggan boleh menghubungi Pengurus Hubungan atau Cawangan untuk maklumat lebih lanjut.

KENYATAAN CIMB

DOKUMEN INI DISEDIAKAN KEPADA ANDA UNTUK TUJUAN MAKLUMAT SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DITERBITKAN SEMULA, DIEDARKAN ATAU DISIARKAN OLEH MANA-MANA PENERIMA UNTUK SEBARANG TUJUAN LAIN. IA TIDAK HARUS DITAFSIRKAN SEBAGAI SATU TAWARAN ATAU RAYUAN UNTUK MEMBELI ATAU MELANGGAN. MAKLUMAT YANG TERKANDUNG DI SINI TELAH DIPEROLEHI DARIPADA SUMBER-SUMBER YANG DIYAKINI BOLEH DIPERCAYAI DAN TERKINI PADA TARIKH PENERBITAN. TIADA SEBARANG PERWAKILAN ATAU WARANTI DIBUAT MAHUPUN TERDAPAT PENERIMAAN APA-APA TANGGUNGJAWAB ATAU LIABILITI YANG DIBUAT TERHADAP KETEPATAN, KESEMPURNAAN ATAU KEBENARAN MAKLUMAT YANG TERKANDUNG DI SINI. UNGKAPAN-UNGKAPAN PENDAPAT YANG TERKANDUNG DI SINI ADALAH TERTAKLUK KEPADA PERUBAHAN TANPA NOTIS.PELABURAN DALAM UNIT AMANAH MERUPAKAN OBLIGASI, DEPOSIT BANK, JAMINAN ATAU DILINDUNGI OLEH CIMB BANK BERHAD / CIMB ISLAMIC BANK BERHAD (”CIMB”) DAN TERTAKLUK KEPADA RISIKO PELABURAN, TERMASUK KEMUNGKINAN KEHILANGAN WANG POKOK YANG DILABURKAN. PARA PELABUR ADALAH DINASIHATKAN AGAR MEMBACA DAN MEMAHAMI “PRODUCT HIGHLIGHTS SHEET”, PROSPEKTUS INDUK / MEMORANDUM INFORMASI DAN PROSPEKTUS INDUK TAMBAHANNYA / MEMORANDUM INFORMASI BAGI UNIT AMANAH YANG TELAH DIDAFTAR DENGAN SURUHANJAYA SEKURITI, SEBELUM MELABUR. UNTUK SALINAN “PRODUCT HIGHLIGHTS SHEET” DAN PROSPEKTUS / MEMORANDUM INFORMASI, KUNJUNGI CAWANGAN KAMI YANG BERHAMPIRAN. HARGA UNIT DAN PENGAGIHAN PENDAPATAN, JIKA ADA, MUNGKIN NAIK ATAU TURUN. PARA PELABUR JUGA HARUS MEMPERTIMBANGKAN SEMUA YURAN DAN CAJ YANG TERLIBAT SEBELUM MELABUR. UNIT-UNIT AKAN DITERBITKAN DENGAN PENERIMAAN BORANG PERMOHONAN YANG LENGKAP DAN TERTAKLUK KEPADA TERMA-TERMA & SYARAT-SYARAT YANG TERKANDUNG DI DALAMNYA. PRESTASI DANA YANG LALU BUKAN PETUNJUK PRESTASI MASA DEPAN DAN PENGAGIHAN PENDAPATAN ADALAH TIDAK DIJAMIN. PARA PELABUR HARUS BERGANTUNG PADA PENILAIAN MEREKA SENDIRI UNTUK MENILAI RISIKO-RISIKO MANA-MANA PELABURAN DAN MERIT. PARA PELABUR HARUS BERUNDING TERUS ATAU MENDAPATKAN NASIHAT PROFESIONAL SEKIRANYA MEMPUNYAI SEBARANG KERAGUAN BERHUBUNG DENGAN TINDAKAN YANG AKAN DIAMBIL. UNIT AMANAH TIDAK DILINDUNGI OLEH PERBADANAN INSURANS DEPOSIT MALAYSIA. PELABUR TIDAK PATUT MEMBUAT BAYARAN TUNAI KEPADA PERUNDING UNIT AMANAH ATAU MENGELUARKAN CEK DENGAN NAMA ATAS PERUNDING UNIT AMANAH. 

 

DANA UNIT AMANAH TIDAK DILINDUNGI OLEH PIDM.

BAHAN INI TIDAK DIULAS OLEH SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA (”SC”).

AHLI PIDM.

 

Tertakluk kepada Terma dan Syarat.

Anda juga mungkin berminat dengan