Anda Berada Di

  • Matlamat Hidup
  • Perbankan Seharian Anda
  • Tawaran & Promosi
  • Perkhidmatan Digital
  • Bantuan & Sokongan
  • Pautan Segera

Memancing Data

Tetap Selamat dengan CIMB Clicks

Pelanggan menerima e-mel palsu dan digesa untuk bertindak dengan cepat, jika tidak akaun mereka akan digantung.

E-mel palsu mengandungi URL yang kelihatan seperti URL sebenar. Pelanggan mengklik URL palsu dan dihantar ke laman web palsu.

Pelanggan mengisi butiran log masuk dan TAC di laman web palsu.

Penipu menggunakan butiran untuk melengkapkan pemindahan di laman web tulen.

JANGAN menjawab atau klik pada sebarang pautan dari e-mel atau SMS
Apa yang perlu anda lakukan
 
  1. Pasang perisian anti-virus terkini, pengimbas perisian iklan/intip dan "firewall" pada peranti anda dan lakukan jadual pembersihan setiap hari.

  2. Tukar kata laluan anda secara berkala.

  3. Kenal pasti "SecureWord" anda untuk memastikan anda berada dalam laman web perbankan online CIMB Clicks.

  4. Periksa transaksi anda dengan kerap.

  5. Daftar masuk ke laman Perbankan Online CIMB Clicks dengan menaip keseluruhan URL ke dalam pelayar atau tambahkan URL ke senarai Kegemaran anda.

  6. Lindungi butiran peribadi anda.
Contoh laman web Memancing Data
Contoh e-mel Memancing Data