Apabila anda berada di fasa pertengahan umur (40 - 65 tahun), anda semakin hampir untuk mencapai matlamat kewangan dan persediaan persaraan. Ini beberapa panduan pengurusan kewangan yang boleh diikuti.
Urus Wang di Fasa Pertengahan Umur
Pastikan simpanan untuk persaraan diteruskan atau ditambah. Jangan lupa semak semula matlamat persaraan anda—nak bersara dan relaks di rumah atau nak pergi bercuti?
Bila anak-anak dah besar dan dah keluar rumah, kos keluarga pun kurang. Ini masa terbaik untuk merangka perbelanjaan baharu dan guna duit dengan lebih bijak.
Selepas bertahun-tahun bekerja, inilah masa yang sesuai untuk semak semula portfolio pelaburan dan buat pemeriksaan kewangan. Cuba tengok kalau ada yang perlu diubah atau ditambah.
Mungkin dah sampai masanya untuk anda fikir sama ada nak cari kerja yang lebih santai atau nak naik pangkat.
Fokus utama anda ialah melangsaikan hutang yang berfaedah tinggi. Bila hutang dan kurang, hidup pun lebih senang.

Akibat JagaDuit Macam Baizura dan Ani
Peluang Kerja Yang Terhad
Baizura kini berumur 45 tahun dan tidak lagi mempunyai peluang untuk memanjat tangga kerjaya secara drastik. Oleh itu gajinya juga tidak lagi bertambah dengan banyak. Dia juga perlu menyara ibu bapa yang semakin berusia dan perlu memenuhi tuntutan mereka untuk menunaikan haji kerana mereka tidak mempunyai simpanan di Tabung Haji.
Tekanan Hidup Berseorangan
Ani hidup berseorangan selepas berpisah dengan bekas pasangannya dan setiap aset perlu dibahagikan. Tekanan yang dialami di tempat kerja adalah penyebab utama kesihatannya makin merosot. Anaknya juga telah berpindah keluar daripada rumah, menjadikan kos saraan keluarga berkurangan.
Walaupun Makin Tua, JagaDuit Tetap Penting
Anda masih mempunyai masa untuk menambah kemahiran diri dan terus bekerja jika perlu.
Bincang dengan ibu bapa anda tentang keadaan kewangan mereka dan pelan penjagaan jika anda perlu menjaga mereka.
Sebaik-baiknya tanggungjawab menjaga ibu bapa perlu dibahagikan sama rata di antara adik-beradik.
Utamakan kesihatan dengan mengekalkan gaya hidup yang sihat
Bezakan waktu bekerja dan waktu untuk diri sendiri. Inilah masa untuk mengambil cuti sabatikal untuk menenangkan diri.