Bagaimanakah saya melakukan Pemindahan Dana ke akaun lain (pihak ke-3) dalam CIMB Bank?
Log masuk ke CIMB Clicks. Pergi ke Pay & Transfer > Transfer Money. Ikut langkah berikut:
Pilih akaun yang anda ingin pindahkan ke dan pindahkan dari (ini boleh menjadi salah satu akaun kegemaran anda atau anda juga boleh melakukan pemindahan terbuka)
Masukkan jumlah dan tarikh. Untuk tarikh masa hadapan, anda dikehendaki menentukan tempoh berulang dan tarikh akhir.
Masukkan Arahan Transaksi (pilihan).
Terdapat pilihan untuk anda memberi makluman kepada penerima melalui e-mel atau SMS
Pilih 'Transfer Money'
*Nota: Berkuat kuasa 1 Julai 2017, anda mungkin perlu memilih Tujuan Pembayaranuntuk transaksi yang jumlahnya melebihi RM10,000.99. Sila pastikan bahawa anda memilih Tujuan Pembayaran terdekat mengikut tujuan pemindahan anda. Deklarasi 'tujuan pembayaran' merupakan syarat wajib Bank Negara Malaysia.