Pendaftaran yang mudah untuk semua pemohon tanpa memerlukan pengunderaitan dan pemeriksaan kesihatan1 sehingga RM1,000,0002 premium asas tahunan dan jaminan penerimaan sehingga RM350,0002 premium asas tahunan.
Tempoh premium yang pendek dan terhad.
Tempoh premium yang singkat selama 3 tahun untuk tempoh perlindungan selama 20 tahun.
Peruntukan penuh premium
Premium asas akan diperuntukkan 100% ke dalam Akaun Pelaburan 1 manakala premium penambahan tunggal akan diperuntukkan 100% ke dalam Akaun Pelaburan 2.
Portfolio pelaburan yang pelbagai
Pelbagaikan portfolio kewangan anda dengan melabur dalam pelbagai dana-dana berkaitan-pelaburan tempatan atau luar negara untuk menikmati potensi pulangan pelaburan.
Maksimumkan nilai pelaburan anda dengan menambah premium penambahan tunggal3 ke dalam Akaun Pelaburan 2.
Perlindungan atas kematian / hilang upaya menyeluruh dan kekal (TPD)
Apabila berlaku kematian/TPD4, anda atau orang yang anda sayangi akan menerima jumlah yang mana lebih tinggi antara:
jumlah asas yang diinsuranskan5; atau
nilai Akaun Pelaburan 1;
DITAMBAH dengan nilai Akaun Pelaburan 2, dan ditolak sebarang keterhutangan.
Manfaat Kematangan
Apabila orang yang diinsuranskan masih hidup pada akhir 20 tahun tempoh polisi, jumlah Akaun Pelaburan 1 dan Akaun Pelaburan 2, ditolak sebarang keterhutangan, akan dibayar.
Kelayakan
Umur kemasukan: Berdasarkan umur anda pada hari jadi terakhir
Umur Kemasukan
Orang yang diinsuranskan
Pemilik Polisi
Minimum
30 hari
18 tahun
Maksimum
*70 tahun
Tiada had
*Umur kemasukan maksimum untuk perlindungan TPD ialah 69 tahun.
1 Tidak terpakai untuk permohonan warga asing, di mana pengunderaitan mungkin dikenakan.
2 Maksimum premium asas tahunan yang dibenarkan adalah tertakluk kepada negara asal orang yang diinsuranskan dan pengakuan soal selidik kesihatan.
3 Penambahan premium tunggal boleh dibuat pada bila-bila masa selepas tempoh pembayaran premium apabila polisi masih berkuatkuasa.
4 Perlindungan TPD akan tamat pada ulang tahun bulanan polisi sejurus selepas orang yang diinsuranskan mencapai umur 70 tahun.
5 Jumlah asas yang diinsuranskan adalah bergantung kepada umur kemasukan orang yang diinsuranskan seperti berikut:
Umur kemasukan orang yang diinsuranskan
Jumlah asas yang diinsuranskan
Umur 0 hingga 50
125% daripada jumlah premium yang telah dibayar (tidak termasuk premium penambahan tunggal, jika ada) - 100% daripada pengeluaran (jika ada) daripada Akaun Pelaburan 1
Umur 51 hingga 60
110% daripada jumlah premium yang telah dibayar (tidak termasuk premium penambahan tunggal, jika ada) - 100% daripada pengeluaran (jika ada) daripada Akaun Pelaburan 1
Umur 61 hingga 70
105% daripada jumlah premium yang telah dibayar (tidak termasuk premium penambahan tunggal, jika ada) - 100% daripada pengeluaran (jika ada) daripada Akaun Pelaburan 1
Nota Penting
Produk ini diunderait oleh Sun Life Malaysia Assurance Berhad, [No. Pendaftaran 199001005930 (197499-U)]("Sun Life Malaysia"), syarikat insurans yang dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia dan berdaftar di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013.
Sun Life Malaysia Assurance Berhad adalah ahli Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM). Perlindungan PIDM untuk manfaat yang dibayar daripada bahagian unit sijil/polisi/kontrak ini adalah tertakluk kepada syarat-syarat tertentu. Sila rujuk Brosur Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans (TIPS) PIDM atau hubungi Sun Life Malaysia Assurance Berhad atau PIDM (layari www.pidm.gov.my).
Penafian:
Penerangan ciri-ciri dan manfaat-manfaat produk insurans di dalam ini bukanlah satu kontrak insurans dan hanyalah ringkasan produk insurans bagi tujuan rujukan yang mudah dan cepat. Terma-terma dan syarat-syarat lengkap untuk produk insurans ini terdapat dalam Polisi Dokumen Sun Life Malaysia, Syarikat Insurans.
CIMB Bank Berhad ("Bank") tidak menanggung tanggungjawab, kewajipan atau liabiliti produk insurans ini dan perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan oleh Syarikat Insurans.
Pihak bank hanya bertindak sebagai pengedar untuk produk insurans ini.
Produk insurans ini dimiliki oleh Sun Life Malaysia dan bukan produk kepunyaan Bank. Oleh itu, produk insurans ini adalah tidak dijamin oleh Bank, subsidiarinya dan/atau ahli gabungannya dan Syarikat Insurans perlu menanggung sepenuhya tanggungjawab, kewajipan dan liabiliti insurans untuk produk insurans ini.