Akaun Kwik CNP CIMB Bank dan Transaksi Luar Negara
PERBANKAN ONLINE CIMB CLICKS
Apakah risiko yang berkaitan dengan transaksi CNP?
Apabila transaksi CNP dan/atau transaksi Luar Negara dilakukan dengan kad Kwik CIMB Bank anda, terdapat risiko data akaun anda dikompromi, yang membawa kepada maklumat tersebut digunakan untuk sebarang pembelian tanpa kebenaran dan/atau pengeluaran tunai ATM.
Dalam kes transaksi Luar Negara, ciri-ciri pengesahan kad untuk transaksi Tempat Jual (POS) berbeza antara negara dan beberapa negara/pedagang mungkin tidak mempunyai ciri-ciri pengesahan bersekuriti. Transaksi penipuan mungkin berlaku jika data akaun anda dikompromi.