Anda Berada Di

  • Matlamat Hidup
  • Perbankan Seharian Anda
  • Tawaran & Promosi
  • Perkhidmatan Digital
  • Bantuan & Sokongan
  • Pautan Segera

Notis Penting:

Perbankan Dalam Talian CIMB Clicks dan peningkatan keselamatan Aplikasi CIMB OCTO

 

Pelanggan yang dihormati,

 

Mulai  hujung bulan Jun 2024, Perbankan Dalam Talian CIMB Clicks dan Aplikasi CIMB OCTO akan mempunyai ciri keselamatan baharu seperti yang disenaraikan di bawah. Ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan kami bagi meneruskan perlindungan keselamatan perbankan dalam talian anda daripada penipuan, selaras dengan arahan kawal selia bagi menghindari sebarang penipuan kewangan.

 

  1. Kelulusan SecureTAC akan diperlukan bagi semua pemindahan dana termasuk transaksi Kegemaran seperti JomPAY, Pembayaran Bil, Tambah Nilai, pindahan ke akaun sendiri dan sebagainya.
  2. Had Transaksi default bagi  pemindahan Akaun Sendiri untuk pengguna CIMB Clicks dan  Aplikasi CIMB OCTO  yang baru didaftarkan akan ditetapkan pada RM5,000.
  3. Sebarang peningkatan Had Transaksi pada Aplikasi CIMB OCTO akan tertakluk kepada tempoh masa bertenang 12 jam sebelum berkuat kuasa, dan fungsi Had Transaksi pada Aplikasi CIMB Clicks tidak akan tersedia lagi.

 

Sekiranya anda memerlukan maklumat lanjut mengenai perkara di atas, sila rujuk soalan lazim dibawah ini.

 

Terima Kasih.

 

Pengurusan

CIMB Bank Berhad.