Cari
Back
Kiriman Wang  
CIMB@Work  
Perkhidmatan Perbankan Islamik  
Pelaburan  
Promosi Terkini  
CIMB Deals  
Aplikasi CIMB OCTO  
CIMB Clicks  
CIMB Partner Pay Solution  
DuitNow QR  
Diperibadikan Untuk Anda  
Pusat Bantuan Pelanggan  
You're viewing:
Perbankan Peribadi
Other Sites
Perbankan Seharian Anda
Akaun
Kad
Pembiayaan
Lebih Perkhidmatan
Perbankan Islamik
Pengurusan Kekayaan
Insurans/Takaful
Bantuan & Sokongan
Kadar & Caj
Kalkulator
Keselamatan & Penipuan
logo
MY

Baru sahaja menerima gaji pertama (atau yang kelima belas)? Tiba masa untuk memberi ganjaran kepada diri anda dengan makanan yang lazat, membeli-belah dan urutan yang memanjakan! Tapi tunggu! Adakah anda yakin untuk berbelanja secara berfoya-foya setiap bulan tanpa risau sebelum tiba hari gaji berikutnya?  Bagaimana jika berlaku kecemasan atau perbelanjaan yang tidak dijangka dan anda memerlukan wang tunai tambahan?

 

Jom sihatkan kewangan anda tahun ini! Berikut ialah 5 tabiat #payday yang anda boleh ikut untuk menjadi seorang yang bijak menguruskan kewangan:

Jom bayar hutang

Sama ada pinjaman PTPTN, kredit kad atau loan kereta, amat penting untuk membayar segala pinjaman anda secepat mungkin bila tiba hari gaji. Tapi jika anda ingin melaburkan kewangan, anda perlu fikir akan faedah/caj hutang sama ada ia lebih tinggi daripada pelaburan faedah/keuntungan? Jika faedah hutang anda lebih tinggi, anda perlu fokus untuk mengurangkan faedah tersebut terlebih dahulu. Hutang kadang kala seperti bekas kekasih yang toksik… Ia adalah kitaran yang tiada penghujung dan akhirnya membuat anda mempersoalkan nilai diri anda (dari sudut kewangan), jadi lebih baik untuk elak kedua-duanya dari kehidupan anda secepat mungkin!

Mulakan tabung kecemasan

Mempunyai kerjaya dan menjana pendapatan sendiri yang mempunyai kebebasan untuk pilih cara membelanjakan gaji anda kelihatan sangat cool – tapi itu juga bermakna anda 100% bertanggungjawab pada diri anda secara fizikal, mental dan kewangan.

 

Sebagai contoh, tiba-tiba kereta anda meragam, komputer riba anda perlukan bantuan teknikal atau anda di saman oleh pihak berkuasa – ingat anda perlu membayar bil-bil tersebut sendirian. Jadi amat penting untuk anda mempunyai tabung kecemasan sebagai pelan sandaran kewangan anda. Jadi, sentiasa bersedia dengan plan B anda supaya kewangan anda sentiasa sihat!

Melabur untuk masa depan anda

Kita semua tahu harga barang akan sentiasa meningkat. Jadi jika anda bercita-cita untuk menjadi seorang yang bijak dalam menguruskan kewangan dan mengemudi kehidupan anda seperti seorang bos, ayuh mulakan pelaburan sekarang!

 

Percaya tak? Dengan pelaburan ia mungkin boleh menolong anda mengatasi inflasi dan duit anda akan berkembang dengan cepat! Jadi anda boleh bersara lebih cepat atau memperoleh kebebasan kewangan lebih awal dan capai impian anda. Sama ada melancong satu dunia atau mulakan bisnes. Ketahuilah yang pelaburan boleh membantu anda mencapai kesemua impian anda dengan lebih cepat! Jadi  tidak perlu lagi anda menghadap jem atau bekerja 9-5 sehingga hari tua.

 

Asingkan wang untuk perbelanjaan bulanan

Seperti mak-mak sering kata “ bil itu tidak bergerak sendiri”. Jadi, sentiasa ingat untuk sediakan budjet untuk semua perbelanjaan bulanan anda seperti bil telefon, duit meng-kopi, atau langganan seperti Netflix, atau Spotify. Ingat! Ini adalah penting supaya anda tidak boros setiap kali menerima gaji. Jom kita asingkan perbelanjaan bulanan supaya kita lebih tahu sama ada kita seorang yang boros atau pendapatan anda hanya cukup-cukup makan. Ini dapat membantu anda merancang kewangan anda dengan lebih bijak!

Belanja diri anda

Mempunyai kerjaya kadang-kadang meletihkan bukan? Jadi amat penting untuk kita ingat untuk selalu menjaga diri  dengan keluar makan bersama kesayangan anda, pergi melancong ataupun membeli baju baharu bila tiba musim diskaun! Tapi ingat, jangan berbelanja melebihi kemampuan. Jom lihat tawaran hari gaji kami untuk memaksimumkan lagi perbelanjaan anda dengan tawaran yang terbaik buat kesihatan kewangan anda!

 

Kita semua tahu mempunyai pekerjaan sepenuh masa ketika dewasa amat mencabar, terumata sekali ketika musim pandemik. Ketahuilah kehidupan ini bukanlah seperti marathon, anda usah bersedih jika duit melabur anda masih tidak cukup atau untuk membayar hutang. Anda hanya perlu fokus ke arah yang betul sedikit demi sedikit seperti pepatah ini “Bertatih tatih dahulu, berlari lari kemudian”.

 

 

 

Artikel ini dibawa kepada anda oleh CIMB sebagai salah satu usaha berterusan untuk meningkatkan tahap peka kewangan di kalangan rakyat Malaysia. Pengetahuan dan pemahaman kewangan adalah kunci dalam membuat keputusan kewangan yang bermakna dan tepat, sekaligus menambah baik kesejahteraan kita semua. Tujuan ini juga selaras dengan niat CIMB untuk memberi peningkatan kepada pelanggan dan masyarakat.