{{tile.title}}
{{tile.description}}
{{tile.expiryDate}}
Kami akan bersama anda sebentar lagi.
Merancang Masa Depan Saya
CIMB ❘ 20 May 2022
3 min(s) read
Anda telah berjaya menamatkan pelajaran di instituisi pengajian tinggi? Tahniah kami ucapkan! Namun begitu, jangan lupa untuk membuat bayaran balik PTPTN jika anda merupakan seorang peminjam. Lagipun, adat meminjam, ia perlu dipulang.
Di sini, kami telah menyenaraikan tiga cara efektif untuk memudahkan urusan pembayaran balik PTPTN anda.
Anda mungkin tidak percaya berapa ramai peminjam PTPTN yang masih belum membuat bayaran balik PTPTN. Mengikut statistik, angka ini ialah dalam linkungan 539,284 peminjam*.
Jika anda sudah lama tidak membayar pinjaman PTPTN anda, maka langkah pertama yang wajar anda ambil adalah menstrukturkan semula bayaran. Sebelum itu, anda perlu fahami apa itu penstrukturan semula dan manfaatnya untuk pembayaran hutang PTPTN. Mari kita lihat situasi yang biasa berlaku dalam kalangan graduan di Malaysia:
"Syifa baru menamatkan pengajiannya dan dia mempunyai tempoh 12 bulan untuk mencari kerja dan seterusnya membayar hutang PTPTN. Tetapi, Syifa mengalami kesukaran untuk mencari pekerjaan dan terpaksa menganggur.
Hutang Syifa makin bertambah kerana dia masih gagal untuk mencari kerja setahun selepas tarikh graduasi. 6 bulan selepas pembayaran PTPTN Syifa bermula, dia telah ditawarkan perkerjaan. Syifa kemudian cuba untuk membayar pinjaman PTPTN namun pembayarannya ditolak.
Hal ini demikian kerana Syifa perlu menyelesaikan hutang yang tertunggak dahulu, sebelum dia boleh meneruskan pembayaran pinjaman secara bulanan."
Di sinilah penstrukturan semula memainkan peranan penting. Proses ini mengubah terma pinjaman dari aspek jumlah pembayaran bulanan serta tempoh penuh pembayaran balik supaya peminjam dapat menambah jumlah tunggakan kepada jumlah penuh pinjaman PTPTN mereka. Hal ini membolehkan peminjam untuk membuat pembayaran bulanan tanpa menyelesaikan jumlah tunggakkan terlebih dahulu.
Prosesnya mudah sahaja. Anda hanya perlu pergi ke mana-mana kaunter PTPTN atau hubungi pejabat khidmat pelanggan PTPTN yang responsif. Kemudian, anda boleh tanya pegawai PTPTN tentang terma dan prosedur penstrukturan semula bayaran balik PTPTN.
Cara ini adalah alternatif terbaik jika anda meminjam untuk setiap peringkat pengajian seperti diploma, ijazah sarjana muda, dan sarjana. Anda boleh menggabungkan semua pinjaman ini menjadi satu pinjaman dan jimat caj pentabiran.
Anda boleh membayar pinjaman PTPTN melalui perkhidmatan perbankan atas talian. Cara mudah untuk membayar hutang PTPTN melalui CIMB Clicks adalah seperti berikut:
Selain CIMB Clicks, terdapat 4 medium lain untuk membayar hutang PTPTN anda, iaitu:
1. Tempoh mula bayaran balik PTPTN
Anda bertanggungjawab untuk membuat bayaran balik PTPTN selepas setahun atau 12 bulan tamat pengajian. Anda takut terlupa? Jangan risau, pihak PTPTN selalunya akan memberi surat notis pembayaran balik pinjaman pada bulan ke-13.
Tetapi, perlu diingatkan bahawa kos upah (ujrah) bulanan akan dikenakan bermula pada bulan ke-13. Sekiranya anda melakukan bayaran balik lebih awal, anda tidak akan dikenakan ujrah dalam tempoh 12 bulan tersebut.
2. PTPTN dan CCRIS
Hal ini adalah antara perkara penting yang sering dipandang remeh oleh peminjam. CCRIS (Central Credit Reference Information System) merupakan satu sistem yang mengeluarkan laporan kredit individu.
Laporan CCRIS digunakan oleh bank sebagai rujukan untuk menilai skor kredit anda semasa proses kelulusan pinjaman atau kredit. Ia akan menentukan sama ada anda merupakan peminjam yang baik atau tidak.
Jadi, sekiranya anda tidak melakukan bayaran balik PTPTN, sudah pasti skor kredit anda akan menjadi rendah lalu menyukarkan anda untuk memperoleh pinjaman!
Ingin tahu lebih lanjut tentang apa itu skor kredit dan cara untuk memperbaiki skor kredit anda?
3. Penangguhan dan pengecualian bayaran balik PTPTN
Sudah semestinya terdapat kemudahan penangguhan bayaran buat mereka yang menghadapi kesukaran dari segi kewangan. Semak sekiranya anda layak untuk memohon penangguhan bayaran balik PTPTN di laman web rasmi PTPTN.
Manakala, jika anda mendapat Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama, anda boleh melalukan Permohonan Pengecualian Bayaran Balik PTPTN di sini.
Suka artikel ini? Baca pelbagai artikel informatif mengenai kewangan dan gaya hidup di sini!
Artikel ini adalah untuk tujuan maklumat sahaja dan CIMB tidak membuat apa-apa representasi dan jaminan tentang ketepatan, kesempurnaan dan keadilan untuk apa-apa maklumat yang terkandung di dalam artikel ini. Oleh kerana artikel ini bersifat umum, ia tidak bertujuan untuk menangani keadaan mana-mana individu atau entiti tertentu. Anda dinasihatkan untuk berunding dengan penasihat kewangan atau pelaburan sebelum membuat sebarang keputusan berdasarkan maklumat yang terkandung di dalam artikel ini. CIMB tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa akibat yang mungkin berlaku di atas kebergantungan anda terhadap maklumat yang dikemukakan di sini.
Sumber:
{{tile.description}}
{{tile.expiryDate}}
Satu akaun simpanan mesra alam sekitar dengan kemudahan akses dalam talian. Tiada kertas penyata, buku akaun atau kiriman pos. Nikmati perbankan mudah dengan fikiran yang tenang.
Nikmati fleksibiliti untuk membuat pengeluaran daripada akaun Simpanan Tetap anda sebelum tempoh matang.
Pautan ini disediakan hanya untuk kemudahan anda dan tidak akan dianggap atau diertikan sebagai sokongan atau pengesahan laman web yang dipautkan atau kandungannya oleh Kumpulan CIMB.
Kumpulan CIMB tidak memberikan jaminan mengenai status pautan ini atau maklumat yang terkandung dalam laman web yang anda akan akses.
Adakah anda ingin meneruskan?