Anda Berada Di

  • Matlamat Hidup
  • Perbankan Seharian Anda
  • Tawaran & Promosi
  • Perkhidmatan Digital
  • Bantuan & Sokongan
  • Pautan Segera

KAMI MENGHARGAI PRIVASI ANDA. KETAHUI PENGGUNAAN KUKI KAMI.

 

Apabila anda melawat mana-mana laman web, ia boleh menyimpan atau mendapatkan maklumat pada pelayar anda, kebanyakannya dalam bentuk kuki. Kuki yang dikumpulkan mungkin mengandungi maklumat berkaitan dengan anda, pilihan atau peranti anda dan boleh digunakan untuk mempersonalisasikan pengalaman melayari laman web anda. Ini boleh membantu anda mendapat maklumat dengan lebih mudah dan kandungan atau pemasaran yang bersesuaian dengan anda. Kuki membantu mencapai matlamat ini dengan menyimpan pilihan pengguna untuk jenis maklumat atau produk tertentu, yang membolehkan kami menganalisis jenis penggunaan dan laman web yang dilawati untuk meningkatkan perkhidmatan, produk atau ciri laman web kami. 

 

Kuki adalah fail teks kecil yang mengumpul maklumat pengguna, serta lawatan mereka ke laman web atau penggunaan aplikasi mereka seperti alamat protokol Internet (IP), bagaimana mereka tiba di laman web (contohnya, melalui enjin carian atau pautan dari laman web lain) dan bagaimana mereka menavigasi dalam laman web atau aplikasi mudah alih. Teknologi lain yang berkaitan (seperti "tags") melaksanakan fungsi sama dan sering dirujuk dalam konteks yang sama. Kuki boleh dikategorikan mengikut tujuan (matlamat penggunaan kami) dan tempoh (atau jangka masa interaksi bersama anda)

 

1.          TUJUAN

 

  • Kuki Penting atau Khusus yang diperlukan — Kuki ini diperlukan untuk anda melayari dan menggunakan ciri-ciri yang terdapat di laman web, seperti mengakses kawasan yang terjamin termasuklah, tetapi tidak terhad kepada, pemilihan bahasa atau pilihan serantau anda, log masuk atau pengisian borang. Contoh laman web lain yang menggunakan kuki termasuklah laman web perniagaan yang membolehkan anda menyimpan item di dalam troli semasa anda membeli-belah secara atas talian. Anda boleh menetapkan pelayar anda untuk menyekat atau memberi notifikasi berkenaan kuki ini, tetapi beberapa bahagian laman web tidak akan berfungsi akibatnya. Kuki ini secara amnya akan menjadi kuki sesi pihak pertama CIMB sendiri, dan tidak menyimpan sebarang maklumat peribadi.

 

  • Kuki Keutamaan atau Fungsian — Juga dikenali sebagai “Kuki Kefungsian”, kuki ini membenarkan sesebuah laman web untuk mempertingkatkan fungsian dan personalisasi sebagai tujuan untuk mengingati pilihan yang anda pernah lakukan, seperti pemilihan Bahasa, lokasi negara atau cawangan bank, atau laman web-mikro yang menarik minat anda. (Peraturan Perbankan dan Perkhidmatan Kewangan umumnya tidak membenarkan penyimpanan/mengingati nama pengguna dan kata laluan)

 

  • Kuki Statistik atau Prestasi — Juga dirujuk sebagai kuki "analisis", kuki ini mengumpul maklumat aktiviti laman web anda, seperti halaman yang anda lawati dan pautan yang anda klik. Maklumat ini tidak boleh digunakan untuk mengenal pasti diri anda. Maklumat ini diagregatkan dan, oleh itu, tanpa nama. Tujuan utama kuki ini adalah untuk membantu menilai dan meningkatkan fungsi dan prestasi laman web kami. Ini mungkin termasuk kuki daripada perkhidmatan analisis pihak ketiga (contohnya. vendor atau rakan kongsi kami), yang mana kuki adalah untuk kegunaan eksklusif CIMB.

 

  • Kuki Pemasaran atau Pengiklanan — Kuki ini menjejaki aktiviti pelayaran dalam talian anda untuk membantu pengiklan membina profil anda termasuk maklumat tentang corak penggunaan, pilihan keutamaan serta peranti anda, yang kemudiannya akan digunakan untuk menyampaikan iklan yang lebih relevan atau untuk mengehadkan paparan iklan yang muncul di skrin anda. Ini adalah kuki berterusan di mana maklumat kebanyakannya akan dikongsi dengan vendor pihak ketiga dan rakan kongsi CIMB.
 
  • Kuki Sasaran — Kuki ini mungkin diletakkan di laman web kami oleh rakan pengiklanan kami. Entiti-entiti ini boleh menggunakannya untuk membangunkan profil keutamaan anda dan memaparkan iklan yang berkaitan di platform lain. Walaupun mereka tidak menyimpan maklumat peribadi secara langsung, mereka bergantung pada mengenal pasti pelayar dan peranti internet anda secara unik.

 

  • Kuki Media Sosial — Kuki ini berasal dari pelbagai platform media sosial yang disepadukan ke dalam laman web kami untuk memudahkan perkongsian kandungan dengan rakan dan rangkaian anda. Kuki ini berkebolehan  untuk menjejaki aktiviti pelayaran anda di laman web lain, mencipta profil minat anda. Ini boleh mempengaruhi kandungan dan mesej yang dipaparkan di laman web lain yang anda lawati.

 

2.          TEMPOH

 

  • Kuki sesi - Kuki ini adalah sementara dan akan tamat sebaik sahaja anda menutup pelayar anda (atau sebaik sahaja sesi anda berakhir).
 
  • Kuki berterusan - Kuki ini akan kekal dalam simpanan pelayar anda sehingga anda atau pelayar anda memadamkannya, bergantung pada tarikh tamat tempoh kuki (tempoh atau tamat tempoh kuki mungkin berbeza mengikut tujuan).

 

3.          PILIHAN MENGENAI KUKI

 

Jika anda ingin memadam Kuki atau mengarahkan pelayar web anda untuk memadam atau menolak Kuki, anda boleh mengambil tindakan berikut:

 

  • Anda boleh mengurus tahap aktiviti kuki yang dibenarkan di komputer anda melalui pelayar internet yang anda gunakan dan mendapatkan notifikasi setiap kali sesuatu kuki disimpan oleh pelayar web ke komputer atau peranti anda. Berikut adalah panduan untuk pelayar berikut:
Pelayar Internet Panduan Langkah demi Langkah untuk Menghapuskan Kuki
Google Chrome

1. Pada komputer anda, buka Chrome.

2. Di bahagian atas sebelah kanan, klik Lagi > Tetapan

3. Klik Privasi dan keselamatan > Kuki pihak ketiga.

4. Klik Lihat semua data dan kebenaran laman web > Padam semua data.

5. Untuk mengesahkan, klik Padam.

 

Berikut adalah panduan selanjutnya:

 

Desktop : 

https://support.google.com/chrome/answer/95647?hl=en&co=GENIE.Platform%3DDesktop

 

Telefon bimbit : 

https://support.google.com/chrome/answer/95647?hl=en&co=GENIE.Platform%3DAndroid

Safari

1. Dalam aplikasi Safari di Mac anda, pilih Safari > Tetapan, kemudian klik Privasi.

2. Klik Urus Data Laman Web.

3. Pilih satu atau lebih laman web, kemudian klik Alih Keluar atau Alih Keluar Semua.

4. Mengalih keluar data mungkin mengurangkan penjejakan, tetapi juga mungkin membuat anda log keluar dari laman web atau mengubah tingkah laku laman web.

Berikut adalah panduan selanjutnya:

Desktop : https://support.apple.com/en-sg/guide/safari/sfri11471/mac

Telefon bimbit : https://support.apple.com/en-my/105082

Microsoft Edge

1. Dalam Edge, pilih Tetapan dan lagi di penjuru kanan atas tetingkap pelayar anda.

2. Pilih Tetapan > Privasi, carian, dan perkhidmatan.

3. Pilih Pilih apa yang hendak dipadam di bawah Padam data pelayaran > Padam data pelayaran sekarang.

4. Di bawah Julat masa, pilih julat masa daripada senarai.

5. Pilih Kuki dan data laman web lain, kemudian pilih Padam sekarang.

 

Berikut adalah panduan selanjutnya:

 

Desktop/Telefon bimbit : https://support.microsoft.com/en-us/microsoft-edge/delete-cookies-in-microsoft-edge-63947406-40ac-c3b8-57b9-2a946a29ae09

Pelayar Internet Lain

Pelayar Asal Samsung:

https://www.samsung.com/uk/support/mobile-devices/using-the-samsung-internet-app/

 

Pelayar Huawei:

https://consumer.huawei.com/en/legal/cookie-policy/

  • Kebanyakan pelayar web ditetapkan untuk menerima Kuki secara automatik. Anda boleh menukar tetapan ini dengan mengaktifkan tetapan pelayar anda untuk tidak menerima Kuki.

 

  • Untuk aplikasi atau peranti mudah alih, anda boleh mengubah tetapan privasi anda dalam parameter telefon bimbit dan pengurusan aplikasi anda. Sila ambil perhatian bahawa penjejakan dan pemberitahuan dalam aplikasi peranti mudah alih mungkin berbeza daripada web.

 

Untuk Kuki Pengiklanan- Pemasaran/Kuki Sasaran/Kuki Media Sosial, anda boleh menukar tetapan kuki pihak ketiga anda untuk tujuan analisis dan pemasaran dalam talian dengan memadamkan Kuki dalam pelayar anda. Sekiranya kuki pemasaran pihak ketiga ditawarkan buat kali pertama, anda mungkin menerima notifikasi pada kali pertama anda melawat laman web tersebut (Harap maklum bahawa sesetengah pelayar juga boleh menyekat Kuki tersebut apabila anda menggunakan ciri-ciri privasi pelayar web). Sila ambil perhatian bahawa dengan berbuat demikian, anda mungkin melihat iklan lain yang mungkin tidak berkaitan dengan anda.

 

Walau bagaimanapun, sila ambil perhatian bahawa jika anda memadam atau menolak Kuki Penting/Khusus atau Prestasi/Statistik, anda mungkin tidak dapat menyimpan pilihan anda atau menikmati kesemua ciri yang kami tawarkan atau/dan beberapa halaman kami mungkin tidak dapat dipaparkan dengan betul. Fungsi laman web kami juga mungkin akan menjadi terhad untuk penggunaan anda.

 

4.          MAKLUMAT LANJUT

 

Panduan dan Notis mengenai Kuki ini dikemas kini pada 14-Jun-2024 dan tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa mengikut budi bicara mutlak kami.

 

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang cara CIMB mengurus pilihan privasi anda semasa menggunakan laman web kami, klik untuk membaca lebih lanjut mengenai Polisi Privasi kami.