Untuk membuat pembelian di luar negara, sila aktifkan fungsi Perbelanjaan dan Pengeluaran Luar Negara melalui mana-mana ATM CIMB, CIMB Clicks (melalui versi web), mana-mana cawangan CIMB di seluruh negara, atau hubungi kami untuk mendapatkan bantuan.
Ikuti panduan mudah berikut! Aktifkan Fungsi Penggunaan Luar Negara melalui:
· CIMB Clicks
Langkah 1: Log masuk ke CIMB Clicks.
Langkah 2: Pilih “Services” dan klik pada “Overseas Spends & Withdrawal”.
Langkah 3: Klik dan pilih nombor kad anda.
Langkah 4: Pilih “Change Status To”, pilih pilihan anda, dan klik “Submit”.
Langkah 5: Sahkan transaksi melalui secureTAC.
Langkah 6: Kad anda kini berjaya diaktifkan untuk penggunaan luar negara.
· CIMB ATM
Langkah 1: Masukkan Kad Debit CIMB Anda.
Langkah 2: Masukkan PIN Kad Debit Anda.
Langkah 3: Kembali ke Menu Utama.
Langkah 4: Pilih Lain-lain.
Langkah 5: Pilih Kad ATM/Debit/Kredit Berkaitan.
Langkah 6: Pilih Perkhidmatan ATM Luar Negara.
Langkah 7: Pilih pilihan anda dan klik Teruskan.
Langkah 8: Masukkan nombor kad pengenalan baru anda untuk mengesahkan.
Langkah 9: Kad anda kini berjaya diaktifkan untuk penggunaan luar negara.
Rujuk FAQ di sini untuk butiran penuh