Cari
Back
Kiriman Wang  
CIMB@Work  
Perkhidmatan Perbankan Islamik  
Pelaburan  
Promosi Terkini  
CIMB Deals  
Aplikasi CIMB OCTO  
CIMB Clicks  
CIMB Partner Pay Solution  
DuitNow QR  
Diperibadikan Untuk Anda  
Pusat Bantuan Pelanggan  
You're viewing:
Perbankan Peribadi
Other Sites
Perbankan Seharian Anda
Akaun
Kad
Pembiayaan
Lebih Perkhidmatan
Perbankan Islamik
Pengurusan Kekayaan
Insurans/Takaful
Bantuan & Sokongan
Kadar & Caj
Kalkulator
Keselamatan & Penipuan
logo
MY - BM

              

              

Manfaat & Keistimewaan

Pengalaman Digital Jumlah Fleksibel Tempoh Fleksibel Pelepasan Segera Pendapatan Minimum
Pengalaman Digital
Jumlah Fleksibel
Tempoh Fleksibel
Pelepasan Segera
Pendapatan Minimum

Kelayakan

  • Individu berumur 21 to 60 tahun¹
  • Warganegara Malaysia
  • Pengguna eDompet Touch ‘n Go
  • Pendapatan kasar bulanan minimum RM1,400 (termasuk pendapatan tidak tetap, contoh: gaji lebih masa dan elaun)
  • Bekerja atau mempunyai perniagaan sekurang-kurangnya 3 (tiga) bulan

¹Umur maksimum 60 tahun menjelang tempoh matang pinjaman.

Keperluan Dokumen Pendapatan

  Dokumen Pendapatan
Bermajikan

(a) Slip gaji minimum 3 bulan terkini*; DAN

 

(b) Penyata KWSP terkini dengan sumbangan minimum 3 bulan.

Bekerja Sendiri

(a) Dokumen Pendaftaran Perniagaan; DAN

 

(b) Resit perakuan e-pemfailan Borang B (Resit Ringkasan Sahaja) dengan resit pembayaran LHDN.

Nota:

* Tidak terpakai untuk penerima komisen sepenuh masa dan hanya mengambil kira pendapatan tetap.

 

Kadar Faedah

Kadar faedah yang dikenakan adalah berdasarkan Penentuan Harga Berasaskan Risiko. Kadar Faedah Rata adalah antara 6.88% hingga 24% setahun (bersamaan dengan Kadar Faedah Efektif antara 6.88% hingga 41.70% setahun bergantung pada tempoh pinjaman), berbeza untuk setiap pelanggan. Pelbagai faktor diambil kira untuk menentukan kadar faedah akhir yang dikenakan. Contohnya: rekod kredit, kelakuan pembayaran balik, tempoh pinjaman dan lain-lain.

 

 

Contoh 1: Pelanggan dengan rekod kredit yang baik dan kelakuan pembayaran balik yang baik mungkin mempunyai kadar faedah yang lebih rendah.

Contoh 2: Pelanggan yang kembali dengan rekod kredit yang baik dan sejarah pembayaran balik yang baik akan menikmati kadar yang lebih kompetitif.

 

Pinjaman Peribadi CIMB e-Zi Tunai yang diedarkan melalui CashLoan, adalah produk yang fleksibel yang membolehkan pelanggan meminjam berdasarkan keperluan yang merangkumi jumlah pinjaman kecil dan tempoh pinjaman yang lebih singkat. Ini menjadikan e-Zi Tunai lebih berpatutan dari segi jumlah faedah yang perlu dibayar untuk jumlah pinjaman yang sama.

 

Berikut adalah contoh kadar faedah yang dikenakan untuk CIMB e-Zi Tunai berbanding dengan Pembiayaan Peribadi “Kredit A" di mana seorang pengguna memutuskan untuk mengambil pinjaman RM1,000 selama 3 minggu pada kadar 24% setahun hanya akan dikenakan faedah sebanyak RM14 berbanding dengan Pembiayaan Peribadi “Kredit A" di mana tidak ada pilihan untuk tempoh pinjaman yang lebih singkat:

 

  CIMB e-Zi Tunai Pembiayaan Peribadi "Kredit A"
Jumlah Pinjaman RM1,000 RM1,000
Tempoh

3 minggu

(pinjaman berdasarkan keperluan)

6 bulan

(tempoh minimum adalah 6 bulan)

Kadar Faedah (Rata)

24% setahun

(anggarkan kadar tertinggi)

18% setahun

(anggarkan kadar tertinggi)

Jumlah Faedah / Keuntungan Yang Dikenakan RM14 RM90
Fi Pemprosesan Tiada Fi RM20 (2%)
Duti Setem Diketepikan RM5 (0.5%)
Jumlah Fi & Caj Yang Dibayar oleh Anda RM14 RM115

Nota: Pengiraan ini hanya untuk tujuan simulasi sahaja. Sila rujuk butiran pinjaman yang akhirnya diluluskan pada peringkat penerimaan pinjaman.

 

Pendedahan kadar faedah dan terma-terma pinjaman boleh diakses oleh pelanggan pada bila-bila masa dan pada semua peringkat permohonan.

Peringkat Permohonan Komunikasi
Permohonan

Pelanggan membaca terma–terma dokumen CIMB e-Zi Tunai di laman web produk CIMB, dan menilai kesesuaian peribadi untuk produk:

(a) Lembaran Pendedahan Produk (PDS);

(b) Terma-Terma dan Syarat-Syarat Produk

Pra-penerimaan

 

Setelah pinjaman diluluskan, pelanggan perlu dengan nyata menerima terma-terma pinjaman sebelum pinjaman berkuat kuasa.

 

Sebelum menerima pinjaman, pelanggan membaca butiran pinjaman CIMB e-Zi Tunai yang akhirnya diluluskan. Pelanggan mempunyai pilihan untuk membatalkan pinjaman jika pelanggan tidak berminat untuk meneruskan dengan terma-terma pinjaman yang diluluskan.

Selepas penerimaan Sesalinan Lembaran Pendedahan Produk (PDS) dan Notis Pelepasan, dengan butiran pinjaman yang lengkap, akan dihantar melalui e-mel kepada pelanggan.
Pengurusan Pinjaman

Pelanggan boleh melihat kadar faedah pinjaman melalui:

(a) Aplikasi eDompet TNG dalam halaman butiran pinjaman;

(b) Aplikasi mudah alih CIMB OCTO;

(c) Lembaran Pendedahan Produk (PDS) dan Notis Pelepasan CIMB yang dihantar melalui e-mel.

 

Pelanggan yang menghadapi kesulitan dalam membuat bayaran balik, hendaklah menghubungi CIMB secepat mungkin untuk membincangkan bayaran balik alternatif.

CIMB Bank Berhad – Unit Resolusi Pelanggan

Alamat: Peti Surat 10338 Pejabat Pos Besar Kuala Lumpur 50710 Wilayah Persekutuan

Telefon: +603 6204 7788

E-mel: contactus@cimb.com

 

Sebagai alternatif, pelanggan boleh dapatkan perkhidmatan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK), sebuah agensi yang ditubuhkan oleh Bank Negara Malaysia untuk memberikan perkhidmatan percuma dalam pengurusan kewangan, kaunseling kredit, pendidikan kewangan dan penstrukturan semula hutang bagi individu. Anda boleh menghubungi AKPK di:

 

Alamat: Tingkat 5 & 6, Menara Bumiputra Commerce, 11 Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur

Telefon Umum: 03 2616 7766

Nombor Faks: 03 2616 7601

Laman Web: www.akpk.org.my

Nota: Penilaian dan keputusan pinjaman mematuhi garis panduan kawal selia seperti Garis Panduan Pembiayaan Bertanggungjawab dan Garis Panduan Transparansi dan Pendedahan Produk.