Cari
Back
Kiriman Wang  
CIMB@Work  
Perkhidmatan Perbankan Islamik  
Pelaburan  
Promosi Terkini  
CIMB Deals  
Aplikasi CIMB OCTO  
CIMB Clicks  
CIMB Partner Pay Solution  
DuitNow QR  
Tailoring Your Unique Financial Journey  
Pusat Bantuan Pelanggan  
You're viewing:
Perbankan Peribadi
Other Sites
Perbankan Seharian Anda
Akaun
Kad
Pembiayaan
Lebih Perkhidmatan
Perbankan Islamik
Pengurusan Kekayaan
Insurans/Takaful
Bantuan & Sokongan
Kadar & Caj
Kalkulator
Keselamatan & Penipuan
logo
MY - BM

Manfaat & Keistimewaan

Australia United Kingdom
Australia
United Kingdom

Kelayakan

  • Warganegara Malaysia atau penduduk di Malaysia berumur 18 tahun ke atas
  • Pelanggan CIMB Preferred Banking dan Private Wealth
  • London: Bukan penduduk tetap atau warganegara UK
  • Australia: Bukan penduduk tetap atau warganegara Australia

Dokumen Yang Diperlukan

  • Borang permohonan lengkap dan bertanda tangan
  • Salinan foto kad pengenalan
  • Slip gaji 3 bulan terkini/borang BE atau B/borang EA/penyata KWSP
  • Penyata bank 6 bulan terkini
  • Resit tempahan atau kontrak penjualan
  • Jika bekerja sendiri, penyata kewangan yang diaudit 2 tahun terkini dan penyata bank syarikat 6 bulan terkini

Fi dan Caj

Fi dan Caj Indikatif untuk Pinjaman / Gadai Janji

PINJAMAN DENOMINASI RINGGIT (MYR)

 

Fi dan Caj Perbankan

*CIMB Bank Berhad berhak untuk menukar Fi & caj yang tertera di bawah dengan notis awal.

Produk / Fi Caj
Pinjaman Rumah
Fi Pemprosesan RM200 Bayaran tidak dikembalikan untuk pembayaran Kemudahan yang pertama
Fi Pengendalian / Pembatalan RM300 Caj dikenakan apabila peminjam mahu mengubah atau membatalkan permohonan permbiayaan selepas ia diterima 
Home Flexi Smart
Fi Pemprosesan RM200 Bayaran tidak dikembalikan untuk pembayaran Kemudahan yang pertama
Fi Pengendalian / Pembatalan RM300 Caj dikenakan apabila peminjam mahu mengubah atau membatalkan permohonan permbiayaan selepas ia diterima 
Fi Pengeluaran Semula Sehingga RM25 Caj dikenakan untuk setiap transaksi pengeluaran semula. Fi sebenar pengeluaran semula bergantung pada saluran yang digunakan. Sila rujuk kepada laman web rasmi pihak Bank untuk maklumat lanjut

*Semua fi dan caj tidak akan dikembalikan dan boleh dikemas kini oleh pihak Bank di laman web dari semasa ke semasa.

Soalan Lazim

Saya seorang warga Malaysia tetapi berstatus penduduk tetap di Australia, adakah saya layak untuk memohon? (untuk hartanah di Australia)

Tidak. Kriteria kelayakan untuk produk Gadai Janji Luar Negara hanya sah untuk warga Malaysia tanpa status PR di Australia dan telah berjaya mendapat kelulusan FIRB untuk membeli hartanah di Malaysia.

 

Saya seorang warga Malaysia tetapi berstatus penduduk tetap di UK. Adakah saya layak untuk memohon? (untuk hartanah di UK)

Tidak. Kriteria kelayakan untuk produk Gadai Janji Luar Negara hanya sah untuk warga Malaysia tanpa status PR dan bukan warga UK.

 

Adakah produk ini meliputi hartanah yang telah siap dibina dan juga yang masih dalam proses pembinaan?

Australia

Produk ini hanya meliputi hartanah “Luar Dari Pelan” yang dibeli terus daripada pemaju.

 

London

Produk ini meliputi kedua-dua hartanah yang telah siap dan juga masih dibina.

 

Adakah saya perlu mendapatkan Group Mortgage Term Assurance (GMTA)?

Group Mortgage Term Assurance tidak wajib dipilih (sah untuk permohonan dalam MYR sahaja).

 

Siapa yang layak untuk memohon pinjaman ini?

Pelanggan Preferred Banking dan ke atas (contoh: pelanggan Private Wealth dan Private Banking).

 

Adakah saya perlu beli insurans kebakaran?

Anda perlu beli insurans kebakaran untuk bangunan dan isi bangunan secara peribadi daripada syarikat insurans di Australia dan sertakan satu salinan sijil menunjukkan pihak Bank sebagai penggadai janji. Untuk harta strata dan harta tanpa tanah, anda perlu dapatkan bukti pembaharuan polisi insurans kebakaran daripada Badan Korporat (Perbadanan Pengurusan) secara tahunan selagi hartanah tersebut dicaj oleh pihak Bank.

 

Adakah pembiayaan semula untuk pinjaman sedia ada dengan FI lain (di dalam atau luar negara) dibenarkan di bawah skim ini?

Ya, pembiayaan semula dibenarkan bergantung pada budi bicara pihak Bank.

Hanya sah untuk hartanah yang dibeli secara terus daripada pemaju (sah untuk hartanah di Australia).

 

Untuk harta di dalam proses pembinaan, bilakah pihak Bank akan membayar pinjaman?

Pihak bank hanya akan membayar pinjaman apabila harta siap dibina dengan Permit Penghunian dan Hak Milik dikeluarkan. Ia mungkin mengambil masa 1 atau 3 tahun bergantung pada progres pembinaan.

 

Bagaimana jika nilai AUD/GBP susut selepas pinjaman dibayar?

Jika AUD/GBP susut berbanding MYR sekaligus menyebabkan pinjaman kepada nilai ("PKN") meningkat, notis panggilan margin boleh dikeluarkan. Jika PKN melanggar tahap toleransi pihak Bank, anda akan diminta untuk menambah nilai yang kurang dalam tempoh 7 hari bekerja.

 

Adakah pihak Bank boleh membiayai semua jenis hartanah, termasuk tempat penginapan pelajar, hotel kediaman dan lain-lain?

Skim ini direka bentuk untuk membiayai harta kediaman, harta tanah, harta tanpa tanah, seperti rumah teres dan pangsapuri sahaja. Kami tidak akan membiayai tempat penginapan pelajar, hotel kediaman atau harta komersial.

 

Adakah pinjaman dikeluarkan dalam MYR atau AUD/GBP?

Pengeluaran pinjaman adalah dalam MYR dan akan ditukarkan kepada AUD/GBP berdasarkan kadar tukaran AUD/GBP, menggunakan kadar semerta pihak Bank pada hari Hari Perniagaan sebelum tarikh pembayaran, seperti yang ditentukan oleh pihak Bank.

 

Adakah Laporan Penilaian diperlukan?

Ya, Laporan Penilaian diperlukan apabila harta siap dibina. Pengeluaran pinjaman adalah berdasarkan jumlah terendah di antara harga beli dalam perjanjian jual beli dan nilai pasaran semasa dalam Laporan Penilaian.

 

Apa yang berlaku jika saya batalkan pinjaman selepas pihak Bank meluluskan permohonan?

Pihak Bank akan melantik peguam dan juru nilai serta merta apabila anda menerima Surat Tawaran. Semua fi dan caj (jika ada) akan ditanggung oleh anda jika pinjaman terus dibatalkan, walaupun pinjaman belum dibayar.

 

Apakah peraturan FEA (Foreign Exchange Administration) Bank Negara Malaysia - Pelaburan Luar Negara?

Penduduk/syarikat Malaysia dengan kemudahan kredit Ringgit domestik dibenarkan untuk menukar Ringgit kepada nilai mata wang asing sehingga RM1.0 juta / RM50.0 juta setiap tahun kalendar untuk pelaburan dalam aset mata wang asing dalam dan luar Malaysia (termasuk penukaran & kiriman FX untuk pelaburan).

Tiada had untuk menukar Ringgit kepada mata wang asing bagi penduduk/syarikat Malaysia tanpa kemudahan kredit Ringgit domestik.

Tiada had untuk pelaburan dalam aset mata wang asing oleh individu/syarikat Malaysia (walaupun dengan pinjaman Ringgit domestik menggunakan dana mata wang asing mereka sendiri yang disalurkan di dalam atau luar negara).