Anda Berada Di

  • Matlamat Hidup
  • Perbankan Seharian Anda
  • Tawaran & Promosi
  • Perkhidmatan Digital
  • Bantuan & Sokongan
  • Pautan Segera

Bagaimanakah saya memastikan diri saya selamat dalam talian?

Lindungi diri anda dan sentiasa mengingati perkara berikut:

  1. Jangan klik pada pautan atau buka lampiran e-mel daripada pengirim yang tidak dikenali.
  2. Lindungi butiran perbankan anda dan jangan berkongsi ID Pengguna, PIN, Kata Laluan dan Kod Kebenaran Transaksi (TAC) anda.
  3. Cipta kata laluan yang kukuh yang mengandungi gabungan huruf besar & kecil, nombor dan simbol.
  4. Sentiasa gunakan aplikasi yang telah dimuat turun daripada sumber rasmi seperti Apple App Store, Google Playstore dan Huawei AppGallery.
  5. Jangan pasang atau gunakan Aplikasi ini pada peranti mudah alih, perkakasan atau perisian yang terjejas.
  6. Lakukan imbasan anti-virus dan/atau perisian malware secara kerap pada komputer dan peranti mudah alih.
  7. Pastikan sistem pengendalian mudah alih adalah terkini.
  8. Sentiasa memantau pemberitahuan dan sejarah transaksi untuk melihat sebarang transaksi yang tidak dibenarkan. Sekiranya berlaku transaksi tanpa kebenaran, sila maklumkan kepada pihak Bank dengan segera dengan menghubungi nombor di belakang kad anda atau cari Hubungi Kami di laman web CIMB untuk mendapatkan nombor kami.

 

Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut langkah-langkah untuk kekal selamat dalam talian, layari www.cimb.com.my/sec