Anda Berada Di

  • Matlamat Hidup
  • Perbankan Seharian Anda
  • Tawaran & Promosi
  • Perkhidmatan Digital
  • Bantuan & Sokongan
  • Pautan Segera

Apakah yang perlu saya lakukan sebelum menyertai Lelongan Awam?

Berikut adalah beberapa perkara yang anda perlukan:

a) Periksa kenderaan yang diminati di dalam stor di seluruh Malaysia;

b) Minta salinan Proklamasi Jualan (POS) berserta Syarat Jualan (COS) daripada panel pelelong kami. POS terdiri daripada butiran kenderaan subjek dan COS adalah terma dan syarat jualan awam;

c) Sekiranya terdapat sebarang keraguan, sila dapatkan nasihat profesional daripada mekanik, panel pelelong kami, pengedar kereta, peguam cara dan/atau pihak lain yang berkaitan. Kenderaan itu akan dijual berdasarkan asas 'sebagaimana ada';


d) Membuat carian dan pertanyaan berkaitan dengan pihak berkuasa seperti Jabatan Pengangkutan Jalan, Puspakom, Polis Diraja Malaysia;

e) Semak kelayakan pembiayaan anda. Berhubung dengan wakil kami di mana-mana cawangan CIMB dan kami akan melakukan yang terbaik untuk membantu keperluan pembiayaan anda.

 

f) Anda akan dikehendaki mendepositkan sejumlah RM 1,000.00 (jika harga rizab di bawah RM 100,000.00) atau sejumlah RM 5,000.00 (jika harga rizab melebihi RM 100,000.00) berserta premium pembeli RM 250.00 (jika harga belian adalah di bawah RM 5,000.00) atau RM 500.00 (jika harga belian melebihi RM 5,000.00) kepada panel pelelong kami.