Cari
Back
Kiriman Wang  
CIMB@Work  
Perkhidmatan Perbankan Islamik  
Pelaburan  
Promosi Terkini  
CIMB Deals  
Aplikasi CIMB OCTO  
CIMB Clicks  
CIMB Partner Pay Solution  
DuitNow QR  
Tailoring Your Unique Financial Journey  
Pusat Bantuan Pelanggan  
You're viewing:
Perbankan Peribadi
Other Sites
Perbankan Seharian Anda
Akaun
Kad
Pembiayaan
Lebih Perkhidmatan
Perbankan Islamik
Pengurusan Kekayaan
Insurans/Takaful
Bantuan & Sokongan
Kadar & Caj
Kalkulator
Keselamatan & Penipuan
logo
MY

Jika anda perhatikan, terdapat pelbagai jenis takaful dan insurans yang terdapat di Malaysia. Kadang-kala sehingga boleh mengelirukan!

 

Sebelum menyertai pelan perlindungan, pastikan anda mempunyai maklumat asas yang mencukupi. Ayuh kita bincangkan 6 soalan takaful dan insurans yang perlu anda tahu.

Apakah perbezaan antara Takaful dan Insurans?

 

 

Insurans Takaful
Persetujuan atau polisi antara anda (pemilik polisi) dan syarikat insurans.  Takaful (Saling melindungi). Persetujuan untuk saling membantu antara peserta takaful yang ditimpa musibah atau perkara yang dipersetujui. Syarikat hanyalah wakil yang menguruskan dana/pelan takaful. 
Bagi pelan yang mengandungi elemen pelaburan, premium anda akan dilaburkan untuk memberikan pulangan.  Sama seperti pelan berkaitan pelaburan Insurans, pelan berkaitan pelaburan takaful juga mengambil sebahagian daripada sumbangan untuk pelaburan tetapi pelaburan yang patuh Syariah.
Menggunakan kontrak jual beli polisi. Menggunakan kontrak wakalah antara peserta dan pihak operator takaful. Serta kontrak tabarru (derma) antara peserta ke dalam dana takaful.
Pelaburan yang dilakukan melibatkan pelbagai jenis industri dan tidak tertakluk kepada pelaburan patuh syariah. Sebarang pelaburan yang dilaburkan hanya pada pelaburan patuh Syariah.

Apakah perbezaan Insurans Hayat/Takaful Keluarga dan Insurans/Takaful Perubatan?

 

 

Insurans Hayat/Takaful Keluarga Insurans/Takaful Perubatan

Lindungi kewangan keluarga anda.

Lindungi kos perubatan anda.

Manfaat kematian akan diberi kepada penama di bawah hibah bersyarat yang anda namakan (bagi pelan takaful). 

 

Perlindungan untuk perbelanjaan hospital, pembedahan, bukan pembedahan dan kos lain yang berkaitan, tertakluk had tahunan/ seumur hidup keseluruhan

 

Pelepasan cukai sehingga RM7,000 untuk insurans hayat dengan KWSP untuk diri sendiri dan pasangan.

 

Pelepasan cukai sehingga RM3,000 untuk premium insurans/sumbangan takaful kesihatan untuk diri sendiri dan keluarga.

 

 
 
 
                                      
                                       

Sesetengah produk boleh ditambah dengan rider (pilihan tambahan) seperti perlindungan penyakit kritikal, kemalangan dan sebagainya.

 

Kini boleh menggunakan Akaun 2 KWSP untuk menyertai. 

 

Apa yang akan berlaku jika saya tidak mampu untuk membayar Takaful atau Insurans saya?

Pelan perlindungan takaful dan insurans merupakan komitmen jangka panjang – dan selalunya, syarikat insurans atau operator takaful akan menguatkuasakan tempoh tenggang selama 30 hari untuk memberikan anda masa untuk membuat bayaran.

 

Selepas itu, anda mungkin akan menerima makluman mengenai perkara berikut: 

 

Peluputan Polisi/Kontrak: Hal ini berlaku apabila tiada bayaran sumbangan/nilai tunai (bagi pelan yang ada nilai tunai) tidak mencukupi untuk membayar sebarang yuran atau kos insurans/tabarru. Maka, polisi/kontrak anda akan luput dan anda tidak akan mendapat sebarang perlindungan.

 

Opsyen Tidak Lucut Hak: Ia bermakna pemilik polisi/kontrak dibenarkan untuk berhenti membayar premium/sumbangan serta mengelakkan kehilangan nilai atau ekuiti dalam polisi/kontrak. Di antara pilihan yang diberikan termasuklah:

 

  • Pinjaman Premium Automatik (bagi produk insurans hayat): Syarikat insurans menawarkan pinjaman daripada nilai tunai (jika ada) anda untuk memastikan polisi anda terus berkuatkuasa.
 
  • Keistimewaan Tidak Lucut (Non-forfeiture privilege): Perlindungan akan kekal berkuatkuasa sehingga nilai tunai (jika ada) anda tidak mencukupi untuk membayar sumbangan yang tertunggak. Kontrak anda akan luput selepasnya.
 
  • Ansurans Berbayar (Reduce paid-up assurance, tertakluk untuk produk insurans sahaja): Penukaran proses pada polisi ini kepada ansuran berbayar dengan jumlah perlindungan baru berdasarkan nilai tunai yang ada dan anda tidak perlu lagi membayar premium. Dengan pilihan ini, manfaat-manfaat lain (jika ada) dalam polisi anda mungkin akan ditamatkan. Sila rujuk kepada polisi anda sebelum memilih pilihan ini.
 
  • Cuti premium/Pemberhentian sumbangan (bagi pelan insurans/takaful berkaitan pelaburan): Sekiranya nilai akaun pelaburan adalah mencukupi, anda boleh berhenti daripada membayar premium/sumbangan. Anda perlu memastikan bahawa jumlah nilai akaun pelaburan adalah mencukupi untuk membayar yuran-yuran dan kos insurans/tabarru' bagi menikmati perlindungan insurans/takaful yang berterusan.

 

Pastikan anda ketahui tentang pilihan-pilihan anda dan dapatkan kepastian daripada ejen anda!

Adakah harga premium/sumbangan bagi insurans/takaful pelan saya akan berubah pada masa hadapan?

Satu soalan penting yang perlu anda tanya adalah harga premium/sumbangan bagi pelan perlindungan anda, dan jika terdapat perubahan harga atas premium/sumbangan pada masa hadapan. Dapatkan kepastian daripada ejen terutamanya jika anda memohon pelan perubatan atau/dan pelan penyakit kritikal.

Bagaimana untuk membuat tuntutan dan berapa lama tempoh untuk mendapat tuntutan?

 

Isu tuntutan takaful dan insurans bukan sesuatu yang asing – jadi pastikan anda tahu proses yang diperlukan oleh pengendali takaful dan syarikat insurans! Ejen untuk pelan takaful/insurans tentu boleh memberi jawapan yang teliti.

 

Jika anda mengambil pelan perlindungan dengan kami secara atas talian, sentiasa rujuk kepada terma-terma dan syarat pelan tersebut dan ketahui tentang cara-cara untuk membuat tuntutan dan mendapatkan pampasan atau hubungi ejen melalui email atau hubungi di nombor 1300-88-5055.

 

Tempoh proses tuntutan juga selalunya bergantung pada syarikat insurans atau pengendali takaful dan jenis pelan dan tuntutan anda.

Apakah yang akan berlaku kepada polisi/kontrak saya sekiranya ejen berhenti kerja?

 

Jangan risau kerana polisi/kontrak anda masih berkuatkuasa walaupun ejen anda tidak lagi menjadi ejen. Jika ini berlaku, syarikat insurans atau pengendali takaful akan memberikan anda ejen yang baharu mengikut prosedur yang ditetapkan.

 

Jadi, tidak kira jenis pelan takaful dan insurans yang anda mohon, pastikan anda fahami perlindungan yang ditawarkan. Layari laman web kami untuk ketahui lebih lanjut tentang pelan takaful dan insurans yang ditawarkan oleh CIMB.

 

 

Artikel ini dibawa kepada anda oleh CIMB sebagai salah satu usaha berterusan untuk meningkatkan tahap peka kewangan di kalangan rakyat Malaysia. Pengetahuan dan pemahaman kewangan adalah kunci dalam membuat keputusan kewangan yang bermakna dan tepat, sekaligus menambah baik kesejahteraan kita semua. Tujuan ini juga selaras dengan niat CIMB untuk memberi peningkatan kepada pelanggan dan masyarakat.