Cari
Back
Kiriman Wang  
CIMB@Work  
Perkhidmatan Perbankan Islamik  
Pelaburan  
Promosi Terkini  
CIMB Deals  
Aplikasi CIMB OCTO  
CIMB Clicks  
CIMB Partner Pay Solution  
DuitNow QR  
Tailoring Your Unique Financial Journey  
Pusat Bantuan Pelanggan  
You're viewing:
Perbankan Peribadi
Other Sites
Perbankan Seharian Anda
Akaun
Kad
Pembiayaan
Lebih Perkhidmatan
Perbankan Islamik
Pengurusan Kekayaan
Insurans/Takaful
Bantuan & Sokongan
Kadar & Caj
Kalkulator
Keselamatan & Penipuan
logo
MY

Sudah semestinya anda ingin memberikan yang terbaik buat keluarga anda bukan? Di sini, kami ingin berkongsi pengetahuan tentang hibah takaful dan kepentingannya untuk anda dan keluarga anda.

Hibah Takaful atau Wasiat?

 

 

Jadi, apa maksudnya jika anda mengambil hibah takaful? Dengan hibah takaful, anda boleh ‘menghadiahkan’ suatu jumlah wang ringgit daripada pelan takaful anda kepada waris pilihan anda. Contohnya, isteri, suami, anak anda atau boleh dihadiahkan kepada bukan waris sebagai penama individu seperti anak angkat, mahupun teman rapat. Ketahuilah, hibah takaful ini tidak hanya tertakluk kepada ahli keluarga sahaja.

 

Manakala wasiat ialah pemberian harta dan hanya akan berkuatkuasa selepas berlakunya kematian kepada pewasiat.

 

Secara asasnya terdapat tiga perbezaan antara hibah takaful dan wasiat seperti:

 

  • Had maksima bagi wasiat adalah 1/3 daripada keseluruhan harta manakala bagi hibah tiada had maksima.
 
  • Wasiat tidak boleh diberikan kepada ahli waris yang berhak menerima pusaka. Jadi, bagaimana hendak memberi harta kepada ahli waris selain pusaka? Jawapan ia adalah melalui hibah.
 
  • Wasiat hanya berkuatkuasa selepas kematian individu manakala hibah pula berkuatkuasa secara serta merta.

 


Bagi anda yang mualaf dan saudara Islam yang baharu, hibah atau wasiat adalah solusi terbaik buat anda yang ingin mewariskan harta kepada ahli keluarga terdekat. Ayuh, kita ketahui apakah kepentingan hibah takaful dalam pengurusan kewangan keluarga anda di bawah:

 

Memastikan Pendapatan Keluarga Terus Terjaga

 

 

Secara amnya, peserta takaful adalah pencari nafkah utama buat keluarga. Dengan adanya konsep hibah, segala tanggungan suami dan isteri akan terus terjaga selepas kematian.


Apabila peserta hibah takaful meninggal dunia, penama (selalunya suami, isteri ataupun anak-anak) akan menerima manfaat kematian sebagai hibah. Manfaat kematian adalah sejumlah wang ringgit yang dibayar secara “lump-sum” kepada pewaris. Wang ringgit ini dikecualikan dari pengurusan pengagihan harta. Sebabnya, penama adalah pewaris mutlak.

 

Bayangkan, kalau ada apa-apa tragedi yang berlaku, anda sudah tidak perlu risau tentang keadaan keluarga dan isu-isu pembelanjaan. Ia juga mampu mengelakkan apa-apa perselisihan yang mungkin akan timbul, kerana isu pengagihan harta. 

Menyelesaikan Hutang Yang Tinggal

 

Adakah hibah boleh digunakan untuk membayar hutang si mati? Iya sudah semestinya, dan sudah diwajibkan untuk si pewaris melangsaikan hutang si mati. Anda sudah tentu pernah terdengar berita keluarga menjadi porak peranda kerana si mati meninggalkan hutang yang banyak bukan? Terutama sekali apabila punca rezeki utama mereka sudah tiada.

 

Dengan hibah takaful, sijil ini mampu menolong si pewaris melangsaikan hutang-hutang yang ditinggalkan oleh si mati. Tetapi, anda perlu jelas dengan cara hibah takaful melangsaikan hutang-hutang tersebut.

 

Ada dua cara yang anda boleh guna:

 

  • Jadikan penama sebagai pewaris. Dia akan menerima hibah secara “lump-sum” dan membayar apa-apa tanggungan termasuk hutang si mati. Cara ini, seratus peratus, atas ihsan si pewaris.
 
  • Namakan si pewaris sebagai penama. Dengan cara ini, hibah yang diterima, akan diuruskan oleh pewaris untuk melangsaikan apa-apa tuntutan kepada si mati, dan selebihnya akan diagihkan mengikut faraid. Jika si pewaris itu, isterinya, maka dia akan mendapat agihan mengikut faraid juga.

 

Masa Hadapan Kanak-Kanak Terjaga

 

Dengan adanya hibah takaful, sebahagian pampasan itu boleh dijadikan sebagai dana pendidikan si kecil untuk masa akan datang. Anda boleh menyimpan dana pampasan itu sebagai tabung pendidikan si kecil.

 

Kini, anda tidak perlu risau lagi akan pendidikan si kecil dengan adanya hibah takaful dan ayuh kita mulakan simpanan buat si kecil sekarang!

Untuk Perlindungan Keluarga Di Saat Anda Tiada

 

Tidak dinafikan kehilangan orang tersayang terutama sekali pencari nafkah tunggal keluarga amat memeritkan.

 

Dengan ciri-ciri hibah takaful, ianya mungkin merupakan langkah yang bijak untuk perlindungan dan jaminan masa depan keluarga anda. Ini kerana wang “lump sum” ini akan diberikan terus kepada penama waris pilihan anda. Senang bukan? Prosesnya juga selalunya mudah dan tidak rumit – jadi keluarga anda tidak perlu risau lagi.

 

Kesimpulannya, hibah takaful memainkan peranan yang amat penting bagi melindungi waris anda apabila ketiadaan anda, lebih-lebih lagi jika anda adalah punca nafkah utama mereka. Jika anda belum melantik penama bagi pelan takaful anda, ayuh lakukan sekarang!

 

Berminat untuk meningkatkan literasi kewangan anda? Lihat lebih banyak artikel informatif yang sarat dengan tips pengurusan kewangan di sini!

 

 

Artikel ini dibawa kepada anda oleh CIMB sebagai salah satu usaha berterusan untuk meningkatkan tahap peka kewangan di kalangan rakyat Malaysia. Pengetahuan dan pemahaman kewangan adalah kunci dalam membuat keputusan kewangan yang bermakna dan tepat, sekaligus menambah baik kesejahteraan kita semua. Tujuan ini juga selaras dengan niat CIMB untuk memberi peningkatan kepada pelanggan dan masyarakat.