Untuk tujuan ini, anda mungkin boleh menggunakan cara pelaburan emas tradisional - dengan membeli dan menyimpan emas fizikal. Emas juga boleh digunakan sebagai "hedging" terhadap inflasi, atau sebagai perlindungan daripada pasaran saham.
Tetapi sama seperti pelaburan lain - saham, ETF dan mata wang asing (FX) - sentiasa ada risiko dan harga turun naik jika kemerosotan berlaku dalam ekonomi. Oleh itu, sentiasa memerhatikan harga emas sebelum anda memutuskan untuk menjual emas fizikal anda.
Emas fizikal sedia ada dan boleh dibeli di kedai barang kemas. Anda boleh memilih ketulan emas yang anda inginkan dalam bentuk syiling emas atau dalam bentuk bar. Walau bagaimanapun, syiling emas biasanya lebih mahal kerana ianya mempunyai reka bentuk rumit yang mungkin boleh mencetuskan harga premium lebih tinggi.
Emas merupakan pilihan pelaburan yang sesuai dengan hampir mana-mana portfolio pelabur. Ambil langkah ke hadapan dan jangan takut untuk meneroka kaedah yang berbeza dalam pelaburan emas anda! Teruskan membaca and mendidik ilmu pelaburan sepenuhnya sebelum membuat keputusan pelaburan yang sesuai untuk portfolio dan matlamat masa depan anda.
Artikel ini adalah untuk tujuan maklumat sahaja dan CIMB tidak membuat apa-apa representasi dan jaminan tentang ketepatan, kesempurnaan dan keadilan untuk apa-apa maklumat yang terkandung di dalam artikel ini. Oleh kerana artikel ini bersifat umum, ia tidak bertujuan untuk menangani keadaan mana-mana individu atau entiti tertentu. Anda dinasihatkan untuk berunding dengan penasihat kewangan atau pelaburan sebelum membuat sebarang keputusan berdasarkan maklumat yang terkandung di dalam artikel ini. CIMB tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa akibat yang mungkin berlaku di atas kebergantungan anda terhadap maklumat yang dikemukakan di sini.