Cari
Back
Kiriman Wang  
CIMB@Work  
Perkhidmatan Perbankan Islamik  
Pelaburan  
Promosi Terkini  
CIMB Deals  
Aplikasi CIMB OCTO  
CIMB Clicks  
CIMB Partner Pay Solution  
DuitNow QR  
Tailoring Your Unique Financial Journey  
Pusat Bantuan Pelanggan  
You're viewing:
Perbankan Peribadi
Other Sites
Perbankan Seharian Anda
Akaun
Kad
Pembiayaan
Lebih Perkhidmatan
Perbankan Islamik
Pengurusan Kekayaan
Insurans/Takaful
Bantuan & Sokongan
Kadar & Caj
Kalkulator
Keselamatan & Penipuan
logo
MY

 

Ingin mula kehidupan yang lebih “sustainable”? Senang saja! Sebenarnya, ada pelbagai cara untuk anda menjadi lebih mesra alam dalam kehidupan harian.

 

Contohnya, anda boleh mengurangkan pembungkusan plastik apabila membeli makanan dan barangan rumah, elakkan pembaziran elektrik berleluasa, dan sentiasa amalkan tiga R ini – Reduce, Reuse & Recycle. Dengan kata lain, kitar semula dan elakkan pembaziran!   

 

  • Menurut Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara (JPSPN), kertas dan plastik merupakan sebahagian besar sisa yang dihantar ke tapak pelupusan. 

  • Kadar kitar semula Malaysia hanya sekitar 31.52% pada 2021 – dan Malaysia target untuk mencecah 40% kitar semua pada tahun 2025.

 

Salah satu cara untuk mengelak pembaziran adalah dengan "upcycling" dan guna semula barangan yang ada di rumah. Untuk anda yang kreatif, kami ingin berkongsi 5 barangan rumah yang boleh anda “upcycle” untuk kegunaan lain. Teruskan membaca!  

Tin Makanan Sebagai Bekas Pemegang Makanan/Alatan Tulis

 

 

Jika anda mempunyai tin-tin kosong di rumah dan anda tidak tahu apa yang anda boleh lakukan dengan ia, jangan risau! 

 

Tin yang anda ada sekarang ini, anda boleh jadikan ia sebagai alat kitar semula sebagai pemegang peralatan makanan seperti sudu atau mungkin sebagai bekas menyimpan kunci mahupun alatan tulis. Anda boleh mengikuti beberapa cara bagaimana untuk “upcycle” tin kosong anda di sini. Selamat mencuba!

Fail Majalah Ekstra Sebagai Storan Barangan Dapur

 

Mungkin ofis anda sedang melakukan gotong-royong besar-besaran tahunan dan terdapat banyak fail majalah yang hendak di buang. Tetapi tunggu dulu! 


Tahu tak anda juga boleh memberi nafas baru pada fail majalah tersebut? Sebagai contoh, storan bahan mentah seperti, bawang, ataupun kentang! Kini, dapur anda akan lebih nampak lebih tersusun dan bahan-bahan mentah anda juga akan berada dalam keadaan yang bersih. Nampaklah bergaya sedikit di ruangan dapur anda. 

 

Menarik bukan, jom cuba?

Klip Pengikat Sebagai Penyusun Wayar

Ini “hack” yang paling berguna dan senang untuk dipraktikkan! Dalam ofis ataupun di rumah, mesti banyak klip kertas sehinggakan bersepah-sepah ruangan meja anda kan? Anda boleh gunakan klip-klip ini sebagai penyusun kord alatan eletronik anda seperti wayar laptop, telefon dan sebagainya.

 

Di bahagian meja kerja anda, pasti ada pelbagai wayar. Dari pengecas telefon pintar sehinggalah wayar monitor komputer. Selalunya wayar-wayar ini akan bersepah, membuatkan kawasan meja nampak tidak kemas. Voila! Kini tiada lagi meja kerja yang di penuhi wayar.

Kotak Telur Sebagai Storan Alat Menjahit

 

Selain daripada bekas tin “Danish butter cookies” yang sering mak-mak kita gunakan sebagai tempat menyimpan jarum dan benang jahitan, anda juga boleh menggunakan kotak telur sebagai storan penyimpanan benang jahitan dan barangan jahitan yang lain!

 

Untuk reka bentuk yang lebih menarik, warnakan storan benang anda mengikut warna kegemaran anda.

Beg Pakaian Sebagai Katil Kucing Kesayangan Anda

 

Jika anda ialah seorang pencinta haiwan mari kita membuat projek D.I.Y hujung minggu ini! Jom kita mengubah suai beg pakaian yang sudah berhabuk di dalam almari dengan menjadikan ia sebagai tempat tidur haiwan kesayangan anda.  

 

Bukan sahaja anda dapat meluangkan masa minggu ini dengan aktiviti yang bermanfaat, anda juga dapat menjimatkan wang anda dan si comel anda pasti juga akan berterima kasih kepada anda!

 

Jom Sokong Alam Sekitar Hari Ini

 

Tahu tak anda juga boleh memberikan impak yang positif kepada kewangan anda selain daripada mengitar semula? Iya, benar, kini anda juga boleh memberi impak positif. Selain mengitar semula, anda boleh menyokong aktiviti-aktiviti hijau melalui sumbangan kewangan. Tetapi mungkin anda tertanya bagaimanakah caranya? Jangan risau, mudah sahaja!

 

Salah satu langkah yang anda boleh lakukan sekarang ialah anda boleh membuka akaun simpanan yang mesra alam secara atas talian. Kini tiada lagi kertas penyata, buku akaun ataupun kiriman pos, seperti akaun simpanan ini!  

 

Mungkin konsep hidup mesra alam ini kedengaran agak sukar, tetapi tidak mustahil untuk dilaksanakan. Selain prihatin untuk alam sekitar, anda juga mampu menjimatkan perbelanjaan harian dan wang lebihan itu boleh digunakan untuk simpanan pada masa depan dan ketika waktu kecemasan.

Jom kita amalkan gaya hidup yang mesra alam dan kurangkan pembaziran sekarang!

 

Artikel ini dibawa kepada anda oleh CIMB sebagai salah satu usaha berterusan untuk meningkatkan tahap peka kewangan di kalangan rakyat Malaysia. Pengetahuan dan pemahaman kewangan adalah kunci dalam membuat keputusan kewangan yang bermakna dan tepat, sekaligus menambah baik kesejahteraan kita semua. Tujuan ini juga selaras dengan niat CIMB untuk memberi peningkatan kepada pelanggan dan masyarakat.