Cari
Back
Kiriman Wang  
CIMB@Work  
Perkhidmatan Perbankan Islamik  
Pelaburan  
Promosi Terkini  
CIMB Deals  
Aplikasi CIMB OCTO  
CIMB Clicks  
CIMB Partner Pay Solution  
DuitNow QR  
Diperibadikan Untuk Anda  
Pusat Bantuan Pelanggan  
You're viewing:
Perbankan Peribadi
Other Sites
Perbankan Seharian Anda
Akaun
Kad
Pembiayaan
Lebih Perkhidmatan
Perbankan Islamik
Pengurusan Kekayaan
Insurans/Takaful
Bantuan & Sokongan
Kadar & Caj
Kalkulator
Keselamatan & Penipuan
logo
MY

Alamak! Anda syak bahawa kad bank anda telah digunakan tanpa izin? Mungkin anda ingin melakukan transaksi dan mendapati bahawa sejumlah wang telah lesap daripada akaun anda secara tiba-tiba. Jika ini terjadi, apa yang perlu anda lakukan? 

 

Jangan risau, kami di sini sedia membantu. Memahami keseriusan masalah ini, kami kongsikan langkah-langkah yang perlu anda laksanakan untuk menyelamatkan simpanan dalam akaun anda. 

 

Langkah 1: Semak Akaun Bank Anda 

 

Langkah pertama yang patut anda lakukan adalah semak akaun bank anda. Log masuk perbankan internet dan semak sejarah transaksi anda. Anda juga boleh memuat turun penyata bank untuk senarai transaksi yang lebih teliti.

 

Jika ada transaksi tanpa izin, catat atau ‘screenshot’ maklumat penting seperti jumlah, tarikh, nama penerima serta masa transaksi. Lakukan semua ini walaupun transaksi tersebut hanya melibatkan jumlah yang kecil seperti RM10. 

 

 

Langkah 2: Hubungi Pusat Panggilan Pelanggan

 

Hubungi pusat panggilan pelanggan bank anda dengan segera dan batalkan kad bank dengan serta-merta.

 

Beritahu juga kepada pegawai bank tersebut tentang situasi anda. Dengan cara ini, anda telah berjaya memaklumkan pihak bank serta menyekat penggunaan kad anda.

 

Langkah 3: Buat Laporan Polis

 

Jika kad anda dicuri atau hilang, anda sewajarnya buat laporan polis di balai polis berhampiran. Ini untuk memudahkan anda jika pihak bank memerlukan salinan laporan polis sebagai dokumen sokongan untuk mendapatkan kad bank yang baharu.

 

Tips: Jangan lupa untuk melakukan beberapa salinan laporan polis jika anda mempunyai lebih daripada satu kad yang perlu diganti.

 

Anda juga boleh menghubungi Pusat Respons Scam Kebangsaan* menerusi talian 997 jika anda syak bahawa anda sudah menjadi mangsa penipuan siber.

 

Langkah 4: Ganti Kad Bank Anda

Kemudian, anda boleh kunjungi cawangan bank berdekatan untuk mendapatkan kad bank yang baharu. Jangan lupa untuk sediakan dokumen-dokumen penting untuk proses pembaharuan kad bank seperti kad pengenalan, salinan laporan polis (jika perlu), serta wang untuk caj perkhidmatan.

 

Kebiasaannya, proses pembaharuan kad bank tidak mengambil masa yang lama. Namun begitu, perkara ini juga bergantung pada polisi bank anda. Setelah menerima kad bank, anda boleh tetapkan kata laluan baharu untuk kad tersebut.

 

Lindungi Kad anda! 

Akhir sekali, ingatlah bahawa akaun bank anda adalah tanggungjawab anda. Oleh itu, sentiasa lindungi kad bank serta butiran penting kad bank anda. 

 

Lakukan langkah berjaga-jaga di bawah untuk keselamatan kad dan akaun bank anda: 

 

  • Hafal nombor PIN kad bank anda. Jangan sesekali tulis dan simpan nombor PIN anda di dalam dompet, beg, atau telefon.

  • Jangan dedahkan nombor PIN anda kepada sesiapa, termasuklah rakan atau keluarga anda.

  • Semak aktiviti dalam akaun bank anda dengan kerap dan sentiasa berwaspada terhadap sebarang transaksi yang mencurigakan.

  • Ambil tahu nombor akaun anda, nombor pusat panggilan pelanggan bank  serta perkara penting yang lain. Hal ini untuk memudahkan dan melancarkan proses laporan sekiranya perkara tidak diingini menimpa anda.

 

 

Kekal selamat dan sentiasa berwaspada terhadap pelbagai taktik scammer dan penjenayah siber. Layari laman web CIMB untuk tips perlindungan dan keselamatan kewangan dan diri anda. 

 

 

Artikel ini dibawa kepada anda oleh CIMB sebagai salah satu usaha berterusan untuk meningkatkan tahap peka kewangan di kalangan rakyat Malaysia. Pengetahuan dan pemahaman kewangan adalah kunci dalam membuat keputusan kewangan yang bermakna dan tepat, sekaligus menambah baik kesejahteraan kita semua. Tujuan ini juga selaras dengan niat CIMB untuk memberi peningkatan kepada pelanggan dan masyarakat.


#CIMBUntukEsok