Cari
Back
Kiriman Wang  
CIMB@Work  
Perkhidmatan Perbankan Islamik  
Pelaburan  
Promosi Terkini  
CIMB Deals  
Aplikasi CIMB OCTO  
CIMB Clicks  
CIMB Partner Pay Solution  
DuitNow QR  
Diperibadikan Untuk Anda  
Pusat Bantuan Pelanggan  
You're viewing:
Perbankan Peribadi
Other Sites
Perbankan Seharian Anda
Akaun
Kad
Pembiayaan
Lebih Perkhidmatan
Perbankan Islamik
Pengurusan Kekayaan
Insurans/Takaful
Bantuan & Sokongan
Kadar & Caj
Kalkulator
Keselamatan & Penipuan
logo
MY

Pembiayaan peribadi merupakan satu perkara yang tidak asing lagi di Malaysia. Dana yang diperoleh boleh digunakan untuk perbelanjaan pendidikan, penyelesaian hutang, persiapan perkahwinan, dan sebagainya.

 

Jika anda baru pertama kali ingin memohon pembiayaan peribadi, usah bimbang kerana kami sedia membantu! Berikut adalah tujuh perkara utama yang perlu anda elakkan untuk pastikan permohonan pembiayaan peribadi anda senang lulus:

 

Perancangan Kewangan yang Tidak Mencukupi

Mungkin ramai beranggapan bahawa memohon pembiayaan peribadi memerlukan anda untuk bertindak dengan terburu-buru demi dapatkan pembiayaan yang terbaik. Sebenarnya tidak.

 

Sebaliknya, anda digalakkan untuk ambil masa yang secukupnya untuk menjalankan perancangan yang teliti dan memahami pembiayaan peribadi pilihan anda. Hal ini amat penting untuk memastikan anda memperoleh produk pembiayaan terbaik yang dapat memenuhi segala kehendak anda. 

 

Tidak lupa juga, anda perlu merancang bajet selepas pembiayaan diluluskan. Idealnya, bayaran ansuran sewajarnya tidak melebihi 15% daripada pendapatan bulanan anda. Perancangan yang tepat membolehkan anda untuk bayar ansuran bulanan secara konsisten, sekaligus memelihara skor kredit anda serta mengelak caj penalti.

Bersetuju dengan Pembiayaan Peribadi Pertama yang Ditawarkan

Anda fikir anda sudah jumpa produk pembiayaan yang terbaik untuk anda? Nanti dulu! Fikir semula keputusan anda.

 

Meskipun anda berada dalam keadaan terdesak, jangan terus bersetuju dengan tawaran pembiayaan anda yang pertama. Hal ini demikian kerana, setiap institusi kewangan menawarkan kadar keuntungan, penalti dan caj yang berbeza.

 

Seperti yang dibincangkan di atas, anda wajib semak maklumat penting seperti keperluan kelayakan, cara pembayaran, serta kenal pasti jika anda mampu membayar balik jumlah pembiayaan tersebut. Lakukan penyelidikan dengan membandingkan beberapa jenis pembiayaan yang berbeza, dan pilih pembiayaan yang paling sesuai untuk anda.

Maklumat Tidak Tepat atau Tidak Lengkap

Sebagai peminjam, sudah menjadi tanggungjawab anda untuk memberikan maklumat yang lengkap, tepat, dan semestinya betul. Setelah mengisi maklumat, pastikan sekali lagi semua perincian peribadi dan maklumat penting yang anda isi adalah benar dan lengkap.

 

Ingat, jangan pernah cuba untuk menipu, menyembunyikan atau memalsukan maklumat yang diminta! Tak fasal-fasal nanti anda boleh dikenakan tindakan undang-undang atau penalti.

Tidak Membaca Kontrak Pembiayaan dengan Teliti

Sama seperti dokumen penting yang lain, anda wajib baca setiap butiran kontrak pembiayaan dengan teliti. Jangan pandang mudah proses ini, kerana terdapat pelbagai maklumat kritikal di dalam terma dan syarat kontrak pembiayaan tersebut.

 

Sama seperti dokumen penting yang lain, anda wajib baca setiap butiran kontrak pembiayaan dengan teliti. Jangan pandang mudah proses ini, kerana terdapat pelbagai maklumat kritikal di dalam terma dan syarat kontrak pembiayaan tersebut.

 

Mari kita bayangkan satu senario mudah:

 

Anda mengambil pembiayaan peribadi daripada sebuah bank selama 5 tahun. Selepas membayar ansuran bulanan selama 2 tahun, anda mempunyai dana lebih dan ingin melangsaikan keseluruhan baki pinjaman anda.

 

Kemudian, anda hubungi pihak bank untuk melaksanakan pembayaran penuh, namun anda dapati bahawa terdapat fi pembayaran awal/atau perlu memberi notis pembayaran awal. 

 

Walhal, situasi di atas boleh dicegah dari awal dengan meneliti kontrak pembiayaan lalu memupuk kefahaman yang jelas. Ketika membaca kontrak, pastikan anda tidak tertinggal atau terlepas pandang apa-apa maklumat penting seperti tarikh pembayaran bulanan, fi pembayaran awal atau lewat dan lain-lain. 

Tidak Semak Skor Kredit 

Nak tahu jika anda layak mendapatkan pembiayaan? Pastikan skor kredit anda cantik!

 

Secara asasnya, skor kredit adalah faktor terpenting dalam menentukan sama ada permohonan anda akan diluluskan atau tidak. Skor kredit yang baik akan meningkatkan peluang permohonan pembiayaan anda diluluskan.

 

Senang kata, skor kredit ialah satu sistem pemarkahan yang mencerminkan kesihatan kewangan anda. Skor yang baik menandakan anda seorang yang mampu membayar semula pembiayaan anda tepat pada waktunya.

Salah Mengira Kos Sebenar Kadar Keuntungan

Anda tahukah berapa jumlah yang perlu anda bayar apabila mengambil pembiayaan peribadi? Anda boleh cuba kalkulator kami di sini. Mengira jumlah kadar sesuatu pembiayaan juga merupakan skil yang setiap orang perlu tahu, supaya senang untuk anda membuat keputusan kewangan pada masa depan! 

Ambil Pembiayaan Peribadi untuk Kegunaan Individu Lain

Akhir sekali, jangan sesekali mengambil pembiayaan peribadi dalam nama anda untuk keluarga tercinta mahupun rakan terdekat anda. Jika mereka tidak mampu membayar semula pembiayaan tersebut, anda akan dibelenggu hutang kerana pembiayaan tersebut menggunakan nama anda.

 

Skor kredit anda juga boleh terjejas dan anda boleh dikenakan caj penalti. Maka, elakkan membuat pembiayaan untuk orang lain dan sebaliknya bantu mereka untuk dapatkan pinjaman mereka sendiri.

 

 

Kami berharap artikel ini dapat membantu anda untuk mendapatkan pembiayaan peribadi dengan efektif dan selamat. Anda boleh lihat lebih banyak artikel menarik di platform blog kami!

 

Artikel ini adalah untuk tujuan maklumat sahaja dan CIMB tidak membuat apa-apa representasi dan jaminan tentang ketepatan, kesempurnaan dan keadilan untuk apa-apa maklumat yang terkandung di dalam artikel ini. Oleh kerana artikel ini bersifat umum, ia tidak bertujuan untuk menangani keadaan mana-mana individu atau entiti tertentu. Anda dinasihatkan untuk berunding dengan penasihat kewangan atau pelaburan sebelum membuat sebarang keputusan berdasarkan maklumat yang terkandung di dalam artikel ini. CIMB tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa akibat yang mungkin berlaku di atas kebergantungan anda terhadap maklumat yang dikemukakan di sini.