Antara sebab mengapa ibu bapa tidak menitik beratkan perlindungan takaful kesihatan untuk anak mereka ialah kerana majikan selalunya sudah ada ada pakej insurans atau takaful kesihatan untuk staf dan keluarga.
Lagi-lagilah jika anda pekerja swasta.
Namun begitu, setiap syarikat lain terma dan syaratnya. Anda juga mungkin tidak dapat tahap perlindungan yang anda inginkan sekiranya tukar kerja nanti.
Selain dari itu, anda juga tak perlu stress tentang kesihatan anak kerana:
Kos Rawatan Dilindungi
Risau kos hospital swasta? Dengan perlindungan takaful, anda boleh melihat anak-anak membesar tanpa perlu bimbang tentang kos perubatan di waktu kecemasan.
Anda mungkin bertanya, “Mahal ke sumbangan bulanan Takaful ini? Bagaimana pula jika saya ada lebih daripada 2 anak?”
Sekarang ini, terdapat juga pelbagai takaful kesihatan untuk seluruh keluarga yang mampu milik dan mengikut pelbagai peringkat bajet. Anda boleh lakukan kaji selidik sendiri, atau tanya ejen takaful, rakan dan ahli keluarga lain tentang perlindungan takaful mereka.
Jika anda sudah mempunyai takaful keluarga, tanya juga ejen tentang rider perlindungan kesihatan untuk anak anda.
Penjagaan Kesihatan Yang Lebih Berkualiti
Akses kepada panel-panel hospital yang pelbagai bermaksud anak anda dijamin perkhidmatan kesihatan yang berkualiti tanpa sebarang kesulitan kewangan.
Ini juga membolehkan anak-anak anda mendapatkan rawatan yang tepat pada masanya di waktu kecemasan.
Bergantung kepada pelan takaful yang anda pilih, anak anda boleh menerima pelbagai manfaat kesihatan seperti perlindungan terhadap penyakit kritikal, rawatan hospital, pembedahan, rawatan pesakit luar, dan banyak lagi.