{{tile.title}}
{{tile.description}}
{{tile.expiryDate}}
Kami akan bersama anda sebentar lagi.
Merancang Masa Depan Saya
CIMB ❘ 25 Aug 2023
4 min(s) read
Jika anda berumur 20an dan 30an, pernahkah terfikir tentang kos perubatan apabila umur anda semakin meningkat?
Menurut sumber berita ini, inflasi kos perubatan adalah pada sekitar 12% setahun. Ini bermaksud, ubatan dan kos rawatan hospital akan melonjak naik sejajar dengan umur kita. Penyumbang utama kenaikan kos ini termasuklah kenara peningkatan harga bahan mentah dan logistik.
Faktor harga inilah mengapa amat penting untuk anda mengetahui tentang insurans kesihatan dan manfaat-manfaatnya.
Insurans Hayat atau life insurance (takaful keluarga atau family takaful untuk produk yang patuh-shariah) secara asas menawarkan perlindungan kewangan kepada keluarga apabila pencarum meninggal dunia, atau mengalami hilang upaya kekal dan menyeluruh.
Ada sesetengah produk insurans hayat menawarkan rider perlindungan kos rawatan hospital juga.
Manakala, insurans kesihatan pula merujuk kepada perlindungan perubatan dan kewangan sekiranya anda jatuh sakit dan memerlukan rawatan.
Insurans kesihatan akan menyelesaikan kos hospital anda, termasuklah kos bilik rawatan, konsultasi, sebarang pembedahan dan ubat-ubatan.
Ada juga pelan insurans yang menawarkan bayaran harian jika anda dimasukkan ke hospital akibat sakit.
“Saya dah ada insurans hayat, kena ada insurans kesihatan juga ke?”
Untuk menjawab soalan ini, ia sebenarnya bergantung sepenuhnya kepada polisi dan perlindungan sedia ada. Ada pelbagai faktor yang anda perlu ambil kira seperti faktor keperluan dan juga kewangan.
Ramai salah anggap dan hanya mendapatkan insurans kesihatan selepas didapati ada penyakit. Sebenarnya, lagi awal anda dapatkan insurans, lagi bagus. Ini kerana caruman bulanan insurans lebih murah untuk golongan muda.
Ini kerana golongan muda dianggap rendah risiko dan tidak memerlukan rawatan sekerap golongan dewasa dan tua. Jadi, dapatkan insurans pada usia yang lebih muda, dan ketika anda sihat!
Pada zaman ini, ada pelbagai jenis produk insurans kesihatan yang mampu milik dan menepati bajet anda. Ingat, mencegah lebih baik daripada merawat!
Memiliki insurans kesihatan ini sebenarnya ada banyak manfaat yang ramai tak tahu. ini antara keistimewaan insurans kesihatan yang boleh anda nikmati.
Kemalangan boleh berlaku tanpa mengira usia. Contohnya, seseorang boleh tercedera ketika bermain sukan, atau mengalami kesaikitan apendisitis dan memerlukan pembedahan kecemasan.
Insurans kesihatan dapat meringankan beban kewangan anda di saat-saat kecemasan, supaya anda dapat rehat dan pulih tanpa risau tentang bil-bil.
Hospital kerajaan memang tak dinafikan murah, namun anda mungkin terpaksa menunggu masa yang lama untuk mendapatkan rawatan jika kondisi anda stabil dan tidak parah.
Dengan insurans kesihatan, anda boleh membuat temujanji dan meminta surat jaminan hospital (guarantee letter) untuk kemasukan hospital panel swasta tanpa perlu risau tentang kos rawatan. Tenang dan senang, bukan?
Apabila anda mencarum insurans kesihatan, anda juga layak untuk menikmati pelepasan cukai. Untuk pengetahuan anda, anda boleh menuntut pelepasan cukai untuk pelbagai kategori termasuklah insurans kesihatan.
Bagi pelepasan cukai insurans, anda boleh menuntut pelepasan cukai ke atas premium yang dibayar, tertakluk pada terma dan syarat tertentu. Premium insurans untuk manfaat kesihatan juga boleh dituntut sehingga RM3,000.
Di Malaysia, terdapat pelbagai jenis pelan insurans kesihatan yang menawarkan perlindungan, caruman dan polisi yang berlainan.
Berikut merupakan aspek-aspek penting yang perlu anda dipertimbangkan apabila memilih insurans kesihatan anda:
Untuk mengetahui jenis-jenis insurans dan takaful yang ditawarkan CIMB, sila lawati halaman produk insurans dan takaful kami.
Artikel ini adalah untuk tujuan maklumat sahaja dan CIMB tidak membuat apa-apa representasi dan jaminan tentang ketepatan, kesempurnaan dan keadilan untuk apa-apa maklumat yang terkandung di dalam artikel ini. Oleh kerana artikel ini bersifat umum, ia tidak bertujuan untuk menangani keadaan mana-mana individu atau entiti tertentu. Anda dinasihatkan untuk berunding dengan penasihat kewangan atau pelaburan sebelum membuat sebarang keputusan berdasarkan maklumat yang terkandung di dalam artikel ini. CIMB tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa akibat yang mungkin berlaku di atas kebergantungan anda terhadap maklumat yang dikemukakan di sini.
Pautan ini disediakan hanya untuk kemudahan anda dan tidak akan dianggap atau diertikan sebagai sokongan atau pengesahan laman web yang dipautkan atau kandungannya oleh Kumpulan CIMB.
Kumpulan CIMB tidak memberikan jaminan mengenai status pautan ini atau maklumat yang terkandung dalam laman web yang anda akan akses.
Adakah anda ingin meneruskan?