Cari
Back
Kiriman Wang  
CIMB@Work  
Perkhidmatan Perbankan Islamik  
Pelaburan  
Promosi Terkini  
CIMB Deals  
Aplikasi CIMB OCTO  
CIMB Clicks  
CIMB Partner Pay Solution  
DuitNow QR  
Tailoring Your Unique Financial Journey  
Pusat Bantuan Pelanggan  
You're viewing:
Perbankan Peribadi
Other Sites
Perbankan Seharian Anda
Akaun
Kad
Pembiayaan
Lebih Perkhidmatan
Perbankan Islamik
Pengurusan Kekayaan
Insurans/Takaful
Bantuan & Sokongan
Kadar & Caj
Kalkulator
Keselamatan & Penipuan
logo
MY - BM

Dalam setiap hubungan, anda pasti tahu tentang perihal pasangan. Seperti hobi dan perkara yang tak disukai, dan juga matlamat hidup.

 

Tetapi sebanyak mana anda tahu tentang kewangan mereka? Perbincangan kewangan di mana perkara tentang hutang, tabiat belanja dan simpanan kadang kala adalah sukar dilakukan untuk sesetengah pasangan.

 

Sangat penting untuk anda dan pasangan mencari cara pengurusan kewangan bersesuaian agar hubungan kekal sihat dan teguh. Tetapi bagaimana cara untuk mulakan perbualan?

 

Di sini ada beberapa contoh topik perbincangan yang setiap pasangan perlu ada sebelum berkahwin:  

Bagaimana nak agihkan bil keperluan rumah?

Sama ada hubungan anda semakin berkembang atau sudah ingin berkahwin, sangat elok jika anda bahagikan tanggung jawab bersama pasangan. Tentukan siapa yang perlu bayar bil utiliti bulanan dan siapa yang akan tanggung kos pembaikan, pinjaman kereta atau gadai janji.

Berapa banyak perlu disimpan dan dilabur untuk masa depan?

Bincangkan tentang pendapatan dan tujuan simpanan, seperti untuk anak, sambung belajar atau percutian tahunan. Bincangkan juga pilihan pelaburan - sama ada amanah saham, beli aset dan banyak lagi.

 

Topik perbincangan ini boleh bantu anda dan pasangan untuk membuat pelan simpanan bersama, dan membantu anda berdua untuk capai matlamat kewangan yang dipersetujui.

Susah senang bersama, kongsikan apa-apa hutang yang ada

Pinjaman PTPTN, pinjaman peribadi dan hutang kad kredit - selepas berkahwin, setiap isu kewangan perlu dihadapi bersama. Bincangkan dengan pasangan tentang hutang sedia ada dan tentukan pelan pengurusan yang efektif.

 

Bincangkan juga tentang tabiat berbelanja masing-masing, dan lihat jika ada aspek yang boleh ditambah baik demi kebaikan hidup bersama.

Buka akaun bersama atau kekal akaun berasingan?

Selepas berkahwin, hampir semua benda akan dikongsikan, termasuk akaun bank. Bincang dengan pasangan jika anda perlu buka akaun bersama dan berapa jumlah yang perlu disumbang ke dalam akaun.

 

Bincangkan tentang jenis akaun yang terbaik untuk masa depan jika ingin buka akaun bersama. Anda boleh pilih akaun semasa yang menawarkan kadar faedah terbaik dengan kemudahan overdraf yang boleh digunakan sekiranya perlu.

 

Apakah pelan kerjaya dan apa bantuan yang diperlukan? 

Kerjaya dan kewangan bersama anda berjalan seiringan. Bincangkan tentang pelan kerjaya dan sebarang perubahan (seperti naik pangkat atau pindah lokasi) yang boleh berlaku. Perkara ini boleh beri kesan pada pendapatan, komitmen dan tabiat belanja anda.

 

Kewangan bersama adalah sebahagian daripada hidup berumah tangga, jadi pastikan anda sentiasa berbincang dengan pasangan sepanjang masa. Kongsikan dengan pasangan anda tentang artikel ini sebagai permulaan.

Artikel ini dibawa kepada anda oleh CIMB sebagai salah satu usaha berterusan untuk meningkatkan tahap peka kewangan di kalangan rakyat Malaysia. Pengetahuan dan pemahaman kewangan adalah kunci dalam membuat keputusan kewangan yang bermakna dan tepat, sekaligus menambah baik kesejahteraan kita semua. Tujuan ini juga selaras dengan niat CIMB untuk memberi peningkatan kepada pelanggan dan masyarakat.