Cari
Back
Kiriman Wang  
CIMB@Work  
Perkhidmatan Perbankan Islamik  
Pelaburan  
Promosi Terkini  
CIMB Deals  
Aplikasi CIMB OCTO  
CIMB Clicks  
CIMB Partner Pay Solution  
DuitNow QR  
Tailoring Your Unique Financial Journey  
Pusat Bantuan Pelanggan  
You're viewing:
Perbankan Peribadi
Other Sites
Perbankan Seharian Anda
Akaun
Kad
Pembiayaan
Lebih Perkhidmatan
Perbankan Islamik
Pengurusan Kekayaan
Insurans/Takaful
Bantuan & Sokongan
Kadar & Caj
Kalkulator
Keselamatan & Penipuan
logo
MY

Proses pembelian rumah adalah antara perkara paling mencabar yang dihadapi oleh mereka yang ingin memiliki rumah sendiri, terutamanya ketika tiba masanya untuk membayar deposit rumah.

 

Memahami kebimbangan dan cabaran ini, kami ingin kongsikan lapan tips yang akan membantu anda menyimpan deposit rumah dengan lebih efisien.

Tentukan Jumlah Deposit 

Berapa banyak yang perlu anda simpan untuk membeli rumah? Selalunya, harga deposit adalah dalam linkungan 10% daripada jumlah harga rumah.

 

Selain daripada harga deposit, anda juga perlu mengumpul wang untuk fi peguam dan duti setem jika perlu. 

 

Apabila anda mempunyai matlamat kewangan yang jelas dan jumlah deposit yang perlu disimpan, anda akan mempunyai sasaran yang lebih nyata untuk dicapai. Barulah bersemangat untuk menabung, bukan?

Aktifkan Simpanan Automatik

 

Seterusnya, anda juga digalakkan untuk membuat akaun simpanan yang berasingan khas untuk deposit rumah anda. Tetapkan pemindahan automatik dari akaun gaji anda ke akaun simpanan ini setiap bulan.

 

Dengan mempraktikkan langkah ini, anda akan lebih berdisiplin dalam menyimpan.

 

Anda juga dapat memastikan bahawa anda tidak menghabiskan gaji bulanan sebelum sempat menyimpan sebahagiannya.

 

Kenal Pasti Keperluan dan Kehendak

Anda juga disarankan untuk membuat bajet bulanan yang merangkumi semua perbelanjaan harian anda. Di sini, anda boleh berikan keutamaan keperluan anda seperti sewa, barangan rumah, bil utiliti, bayaran hutang, dan sebagainya.

 

Selain itu, kurangkan perbelanjaan pada perkara yang tidak penting seperti pembelian impulsif. Elakkan juga perbelanjaan yang tidak diperlukan atau langganan (subscription) yang tidak digunakan.

 

Ingat, setiap ringgit yang anda jimat adalah tambahan kepada simpanan buat rumah impian anda nanti!

 

LIHAT LAGI: Kediaman Pertama Anda: Rumah Teres atau Kondo?

 

Kawal Kredit dan Hutang

Berhutang bukanlah satu perkara buruk. Namun, hutang yang berlebihan dan tidak terkawal boleh menjadi beban yang berat dalam usaha anda untuk memiliki rumah.

 

Tanya kepada diri anda, adakah terdapat hutang yang perlu diselesaikan sebelum anda boleh mula menyimpan untuk deposit rumah? Bagaimana anda boleh mengurangkan beban hutang ini dengan lebih cepat?

 

Urus hutang anda dengan bijak dan cuba untuk bayar hutang yang ada secepat mungkin. Anda juga boleh pertimbangkan beberapa teknik seperti penyatuan hutang untuk mengurangkan beban kewangan anda.

Cari Pendapatan Tambahan

Anda boleh tingkatkan pendapatan anda dengan melakukan kerja sambilan atau menjalankan perniagaan kecil. Contohnya, anda boleh menceburi bidang perniagaan dalam talian seperti dropshipping atau affiliate marketing.

 

Di sini, anda boleh memanfaatkan kemahiran anda, dan pendapatan tersebut boleh diarahkan sepenuhnya kepada simpanan untuk deposit rumah.

 

Secara tidak lansung, anda juga akan membuka pintu kepada peluang kewangan yang lebih besar dalam jangka panjang. Memang sangat menguntungkan!

 

Pilihlah pendapatan tambahan yang sesuai dengan keupayaan dan minat anda. Hal ini akan menjadikan usaha anda lebih bermakna dan pastikan anda terus bermotivasi.

 

LIHAT LAGI: 4 Tips Kewangan untuk Memiliki Rumah Pertama Anda

Melabur dengan Bijak

Selain daripada mencari pendapatan aktif melalui kerja sambilan atau perniagaan kecil, satu lagi cara bijak untuk meningkatkan simpanan anda untuk deposit rumah adalah melalui pelaburan yang memberi dividen.

 

Dengan melabur, anda dapat nikmati pendapatan pasif yang boleh menjadi sumber tambahan untuk simpanan deposit rumah.

Pilih Pembiayaan yang Terbaik

Sebagai langkah terakhir dalam proses membeli rumah impian anda, pemilihan pembiayaan yang tepat adalah keputusan yang sangat penting.

 

Malah, adalah bijak jika anda mulakan proses pencarian pinjaman seiring dengan usaha anda menyimpan deposit.

 

Sentiasa lakukan perbandingan kadar keuntungan, tempoh pembiayaan, dan sebagainya daripada pihak bank atau institusi kewangan.

 

Akhir sekali, semasa berurusan dengan bank atau institusi kewangan, jangan segan untuk bertanya soalan dan meminta penjelasan jika ada sesuatu yang anda tidak faham.

Realisasikan Rumah Impian Anda!

Dengan mengamalkan langkah-langkah ini secara konsisten, anda akan dapat menyimpan duit dengan lebih efisien dan mencapai matlamat untuk membayar deposit rumah dengan lebih cepat.

 

Kami berharap artikel ini sedikit sebanyak telah membantu anda dalam merancang strategi untuk menyimpan deposit rumah. Dapatkan lebih banyak tips kewangan yang menarik di laman Matlamat Hidup kami!

 

Artikel ini adalah untuk tujuan maklumat sahaja dan CIMB tidak membuat apa-apa representasi dan jaminan tentang ketepatan, kesempurnaan dan keadilan untuk apa-apa maklumat yang terkandung di dalam artikel ini. Oleh kerana artikel ini bersifat umum, ia tidak bertujuan untuk menangani keadaan mana-mana individu atau entiti tertentu. Anda dinasihatkan untuk berunding dengan penasihat kewangan atau pelaburan sebelum membuat sebarang keputusan berdasarkan maklumat yang terkandung di dalam artikel ini. CIMB tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa akibat yang mungkin berlaku di atas kebergantungan anda terhadap maklumat yang dikemukakan di sini.


#PerancanganKeluarga #Pembiayaan