Cari
Back
Kiriman Wang  
CIMB@Work  
Perkhidmatan Perbankan Islamik  
Pelaburan  
Promosi Terkini  
CIMB Deals  
Aplikasi CIMB OCTO  
CIMB Clicks  
CIMB Partner Pay Solution  
DuitNow QR  
Diperibadikan Untuk Anda  
Pusat Bantuan Pelanggan  
You're viewing:
Perbankan Peribadi
Other Sites
Perbankan Seharian Anda
Akaun
Kad
Pembiayaan
Lebih Perkhidmatan
Perbankan Islamik
Pengurusan Kekayaan
Insurans/Takaful
Bantuan & Sokongan
Kadar & Caj
Kalkulator
Keselamatan & Penipuan
logo
MY

 

Sebagai seorang millennial, menyimpan wang deposit untuk pembelian rumah pertama memang banyak dugaan. Satu survei PIDM baru-baru ini menunjukkan 49% millennial sukar untuk menyimpan disebabkan kos hidup tinggi, gaji rendah dan komitmen kewangan. Tetapi, 80% mendapati bahawa mereka lebih mudah untuk kawal perbelanjaan dan amalkan tabiat menyimpan apabila mereka ada matlamat simpanan.

 

Ini bermakna anda perlu ada matlamat untuk menyimpan wang, dan tentukan berapa lama tempoh menyimpan. Selepas itu, tentu lebih senang untuk mengubah suai gaya hidup. Contohnya, sediakan bajet rendah untuk perbelanjaan minum teh boba atau kopi mahal dan masukkan wang selebihnya ke dalam akaun anda. 

 

Ingin tips lebih? Amalkan tabiat menyimpan berhemat dengan tips di bawah dan lambat laun, anda pasti akan mengecapi impian membeli rumah pertama anda.

1. Gunakan simpanan automatik

Aturkan pemindahan berjadual melalui platform perbankan online, supaya sebahagian pendapatan anda akan terus didepositkan ke dalam akaun simpanan setiap bulan. Anda juga boleh membukan akaun baru khas untuk simpanan anda. 

 

Pemindahan berjadual boleh mengurangkan rasa ingin berbelanja kerana anda tak akan nampak duit itu di dalam akaun utama anda. 

 

Pro-tip: Gunakan akaun simpanan hasil tinggi atau deposit tetap dan perhatikan duit anda bertambah.

2. Tambah pendapatan bulanan anda

Bak kata Marie Kondo, “If it doesn’t spark joy, let it go!” Asingkan barang-barang yang anda tak perlukan, dan jual untuk dapatkan duit ekstra. Jika anda ada hobi seperti membuat kuih/kek atau melukis, gunakan bakat anda untuk membuat duit sampingan dan tambah ke dalam akaun simpanan rumah pertama.

3. Rancang percutian seawal yang boleh

Melancong dengan bijak dan rancang tempoh percutian sewaktu musim bukan kemuncak dengan bajet tertentu. Tempah tiket penerbangan awal untuk harga murah. Beli tiket aktiviti secara berkumpulan untuk dapatkan diskaun lebih tinggi. Perancangan awal boleh bantu berjimat dengan lebih banyak, sekaligus dapat tambah duit ke dalam akaun simpanan rumah pertama.

4. Perhatikan tawaran dan diskaun beli-belah

Gunakan duit sehabis baik sebelum anda menjamu selera atau membeli-belah. Layari CIMB Deals atau program loyalty kedai-kedai yang menawarkan diskaun, ganjaran atau pulangan tunai untuk perbelanjaan anda. Jika anda seorang pelajar, pamerkan Kad Pelajar untuk dapatkan diskaun dan tawaran eksklusif. Sambil menikmati manfaat, sambil berjimat dan menyimpan untuk akaun simpanan rumah pertama.

 

Ada banyak cara untuk menyimpan. Guna Google untuk cari tips menyimpan yang bersesuaian untuk anda. Dengan konsistensi dan pelan yang betul, pasti anda akan berjaya menjadi pemilik rumah buat kali pertama.

 

Artikel ini dibawakan kepada anda oleh CIMB sebagai satu cara untuk meningkatkan tahap kesedaran kewangan di kalangan rakyat Malaysia. Pengetahuan dan pemahaman kewangan penting dalam membuat keputusan kewangan yang bermatlamat yang boleh meningkatkan kualiti hidup kita. Ini bermakna, CIMB dapat mencapai tujuan untuk menambah baik kualiti hidup rakyat dan masyarakat.