Cari
Back
Kiriman Wang  
CIMB@Work  
Perkhidmatan Perbankan Islamik  
Pelaburan  
Promosi Terkini  
CIMB Deals  
Aplikasi CIMB OCTO  
CIMB Clicks  
CIMB Partner Pay Solution  
DuitNow QR  
Diperibadikan Untuk Anda  
Pusat Bantuan Pelanggan  
You're viewing:
Perbankan Peribadi
Other Sites
Perbankan Seharian Anda
Akaun
Kad
Pembiayaan
Lebih Perkhidmatan
Perbankan Islamik
Pengurusan Kekayaan
Insurans/Takaful
Bantuan & Sokongan
Kadar & Caj
Kalkulator
Keselamatan & Penipuan
logo
MY

 

Menurut analisis salah satu agensi pelaporan kredit, golongan muda Malaysia banyak bergantung kepada kad kredit untuk perbelanjaan harian mereka.

 

Tambahan lagi, pengguna-pengguna muda (umur 22 hingga 28 tahun) juga merasai kesukaran untuk membayar baki kad kredit mereka.

 

Sebenarnya, kad kredit menawarkan pelbagai kelebihan untuk penggunanya. Tapi, anda perlulah tahu cara-cara untuk menggunakan kad kredit dengan betul.

Jika anda sedang mempertimbangkan untuk memohon kad kredit, jangan risau! Ketahui kelebihan kad kredit, kelemahannya dan cara-cara penggunaan kad kredit yang bijak.

 

Kelebihan Kad Kredit

Terdapat pelbagai mitos kad kredit yang boleh menggerunkan pengguna kad baru.

 

Tapi sebenarnya, kad kredit boleh memberikan anda pelbagai manfaat dan kelebihan jika digunakan dengan betul dan bertanggungjawab.

 

Ini kelebihan-kelebihan kad kredit yang anda perlu tahu:

 

Membina Skor Kredit

 

Kad kredit dapat membantu membina skor kredit anda.

 

Apa itu skor kredit? Skor kredit merupakan nombor 3 digit yang mencerminkan kedudukan kredit dan tabiat pembayaran seseorang. Institusi kewangan kebanyakannya menggunakan skor kredit ini sebagai salah satu faktor apabila menentukan kelayakan dalam permohonan pembiayaan anda.

 

Bagaimana kad kredit dapat membina skor kredit anda?

 

Penggunaan kad kredit yang bijak, seperti membayar bil kad kredit setiap bulan, melakukan pembayaran secara teratur dan mematuhi had penggunaan boleh meningkatkan kredibiliti anda sebagai calon pembiayaan yang bagus, sekaligus meningkatkan skor kredit anda.

Keselamatan Transaksi

 

Jika dibandingkan dengan tunai, transaksi menggunakan kad kredit adalah lebih selamat. Kad kredit mempunyai peraturan keselamatan yang ketat untuk melindungi maklumat anda daripada penipuan dan pencurian.

 

Contohnya, notis transaksi melalui SMS, pengesahan transaksi melalui aplikasi atau TAC, dan perlindungan cip keselamatan.

 

Kesemua langkah-langkah ini adalah untuk memberikan lapisan perlindungan tambahan terhadap penggunaan kad kredit yang tidak sah.

 

Perlindungan Daripada Kehilangan Wang

 

Bayangkan kalau tercicir wang tunai, mestinya akan hilang selama-lamanya kan? Tapi, kalau tercicir kad kredit, anda boleh lapor kepada pihak bank untuk menyekat kad kredit itu dengan serta-merta.

 

Pihak bank kemudiannya akan menggantikan kad kredit yang baru untuk anda.

 

Untuk Kegunaan Semasa Kecemasan

 

Di saat-saat kecemasan, kad kredit sangat berguna untuk melancarkan urusan anda. Contohnya, kereta rosak dan perlu dibaiki dengan segera atau anda memerlukan perubatan kecemasan di hospital pada lewat malam.

 

Dengan erti kata lain, kad kredit boleh membantu anda untuk membuat bayaran dengan mudah sewaktu kecemasan.

Mata Bonus, Pulangan Tunai, Promosi dan EPP

 

Kad kredit bukan sahaja senang untuk dibawa ke mana-mana, malah anda juga boleh menikmati pelbagai jenis manfaat seperti mata bonus, diskaun dan promosi, dan kelebihan-kelebihan lain!

 

Contohnya, kad kredit pelacongan (travel credit cards) boleh menawarkan insurans atau perlindungan perjalanan, mata ganjaran air miles, akses plaza premium dan diskaun untuk perbelanjaan luar negara.

 

Kad kredit rebat tunai pula boleh menawarkan rebat tunai untuk sesetengan perbelanjaan, contohnya seperti bil utiliti, mintak petrol dan lain-lain.      

 

Selain itu, perkhidmatan kad kredit yang terdapat di Malaysia juga termasuklah pelan pembayaran (seperti Easy Payment Plan atau EPP) dan ganjaran ahli kad. Menarik bukan?

Kelemahan Kad Kredit

 

Penggunaan kad kredit yang mudah dan senang kadang-kala boleh mengundang sikap boros jika pengguna tidak dapat mengawal diri.

 

Kad kredit merupakan sejenis pembiayaan kredit pusingan (revolving credit). Ini bermaksud, anda boleh menggunakan kad tanpa faedah jika anda membuat bayaran penuh setiap bulan. Jika anda tidak membuat bayaran penuh pada satu kitaran bil, baki yang tidak dibayar akan dikenakan caj sebanyak 15% - 18% p.a.

 

Untuk mengelakkan dikenakan caj faedah, ada beberapa strategi yang perlu anda amalkan apabila menggunakan kad kredit: 

Strategi Penggunaan Kad Kredit

 

Bayar Bil Tepat Pada Waktunya

 

Salah satu cara terbaik untuk menggunakan kad kredit dengan bijak adalah dengan membayar bil tepat pada waktunya. Cara ini akan membantu anda mengelakkan caj faedah dan menyelamatkan skor kredit anda daripada terjejas.

 

Kad Kredit Bukan Sumber Pinjaman

 

Jangan menggunakan kad kredit untuk meminjam wang atau membeli barangan dan perkhidmatan yang di luar kemampuan anda. Seelok-eloknya ialah membuat bajet bulanan dan hanya gunakan kad untuk pembelian mengikut bajet anda. 

 

Gunakan Kurang Daripada Had Limit Kad

 

Seperti yang anda tahu, kad kredit ada had limitnya. Walau bagaimanapun, anda disarankan untuk tidak menggunakan kad kredit anda sehingga had maksimum.

 

Pilih Kad Kredit Mengikut Gaya Hidup

 

Kad kredit menawarkan pelbagai manfaat, seperti pulangan tunai (cashback), mata bonus (bonus points), dan ganjaran perjalanan seperti air miles. Bagi mereka yang sudah mahir dengan menggunakan kad kredit, mereka mempunyai beberapa kad kredit untuk jenis-jenis perbelanjaan yang berbeza.

 

Buat pengguna baharu, anda disarankan untuk memilih kad kredit yang paling sesuai dengan trend perbelanjaan anda serta dapat memberikan manfaat yang paling tinggi.

 

Ingin mencari kad kredit yang sesuai dengan gaya hidup anda? Lawati halaman kad kredit kami! 

 

 

 

 

 

Artikel ini adalah untuk tujuan maklumat sahaja dan CIMB tidak membuat sebarang representasi dan jaminan tentang ketepatan, kesempurnaan dan kesaksamaan sebarang maklumat yang terkandung dalam artikel ini. Oleh kerana artikel ini bersifat umum, ia tidak bertujuan untuk menangani keadaan mana-mana individu atau entiti tertentu. Anda dinasihatkan untuk berunding dengan penasihat kewangan atau profesional pelaburan sebelum membuat sebarang keputusan berdasarkan maklumat yang terkandung dalam artikel ini. CIMB tidak bertanggungjawab untuk sebarang akibat yang timbul daripada pergantungan anda pada maklumat yang dibentangkan di sini.