Sekarang anda tahu apa itu kadar faedah, pastikan juga anda menjelaskan bil kad kredit secara penuh.
Sebagai contoh, anda swipe kad kredit dan beli barangan Samsung berjumlah RM2,000 pada bulan Mei. Anda seeloknya perlu selesaikan baki hutang ini mengikut tempoh yang ditetapkan.
Apa yang akan terjadi jika anda bayar kurang daripada jumlah yang dipaparkan pada penyata kad kredit, contohnya, bayaran minimum RM200 atau RM300? Baki bayaran yang belum dijelaskan akan dikenakan caj faedah pada kitaran bil seterusnya.
Jadi, sentiasa jelaskan bil untuk mengelakkan hutang berlebihan!
Bagaimana pula jika anda tidak membuat bayaran tepat pada masa? Jaga-jaga, kerana ini boleh memberi kesan negatif terhadap skor kredit anda dan anda juga boleh dikenakan fi bayaran lewat pada kitaran bil seterusnya.