Cari
Back
Kiriman Wang  
CIMB@Work  
Perkhidmatan Perbankan Islamik  
Pelaburan  
Promosi Terkini  
CIMB Deals  
Aplikasi CIMB OCTO  
CIMB Clicks  
CIMB Partner Pay Solution  
DuitNow QR  
Diperibadikan Untuk Anda  
Pusat Bantuan Pelanggan  
You're viewing:
Perbankan Peribadi
Other Sites
Perbankan Seharian Anda
Akaun
Kad
Pembiayaan
Lebih Perkhidmatan
Perbankan Islamik
Pengurusan Kekayaan
Insurans/Takaful
Bantuan & Sokongan
Kadar & Caj
Kalkulator
Keselamatan & Penipuan
logo
MY

Alangkah seronoknya apabila dapat mendirikan mahligai cinta bersama pasangan pilihan! Dengan pasangan di sisi, pasti anda impikan rumah tangga yang harmoni dan sejahtera. Demi memastikan ikatan berkekalan hingga ke akhir hayat, anda perlu mempunyai perancangan rapi, lebih-lebih lagi dari segi kewangan.

 

Tahukah anda, masalah kewangan ialah antara punca utama perceraian dalam kalangan pasangan muda di Malaysia? Malah, Jabatan Pendaftaran Negara telah merekodkan sebanyak 17,359 kes penceraian akibat masalah kewangan dari tahun 2013 hingga 2019.* 

 

Apa yang pasti, anda perlu mempunyai pengurusan kewangan yang kukuh untuk mengatasi statistik yang membimbangkan ini. Di sini, kami kongsikan empat tips urus kewangan secara bijak buat anda dan pasangan.

Rangka, Rekod, dan Analisis Perbelanjaan

Bila sudah berkeluarga, sememangnya pengurusan kewangan akan berbeza dengan waktu bujang kerana komitmen yang semakin meningkat. Jika dahulu anda boleh makan mi segera setiap hari, kini anda perlu fikir perihal belanja barang dapur. Jadi, bagaimana untuk bermula?

 

Pertama sekali, anda wajib fahami tabiat perbelanjaan pasangan anda. Statistik menunjukkan 49% rakyat tempatan gemar berbelanja.** Jika anda atau pasangan juga sama, pastikan anda mendahulukan keperluan daripada kehendak. 

 

Anda mungkin ditimpa tekanan untuk memenuhi ‘lifestyle’ atau gaya hidup yang sering tular di laman sosial. Namun demikian, ukurlah baju di badan sendiri dan belanjalah mengikut kemampuan.

 

Oleh itu, sediakan bajet kewangan yang realistik untuk merancang perbelanjaan keluarga dengan baik dan memastikan kelangsungan hidup. Jangan lupa juga untuk cakna dan catat perbelanjaan bulanan baik kecil atau besar.  

Elak Terjerat Perangkap Hutang

Langit tidak selalunya cerah, bila-bila masa sahaja anda serta pasangan boleh berada dalam keadaan terdesak dan memerlukan wang. Peningkatan kos sara hidup juga boleh memaksa pasangan suami isteri untuk berhutang.

 

Namun demikian, hutang yang terlalu tinggi boleh mengakibatkan keluarga anda terperangkap dalam kitaran pembayaran hutang yang berterusan. Sebagai pasangan bijak, belanjalah secara berhemah dan urus tunai dengan baik. Jangan pula kerana kurang arif tentang pengurusan kewangan, anda dan pasangan terpaksa ikat perut.

 

Seterusnya, hindari hutang sedia ada daripada menggunung dengan strategi urus hutang yang betul. Contohnya, anda boleh praktikkan formula pengurusan kewangan 30:10 untuk urus gaji dengan baik dan seimbang dengan membahagikan pendapatan kepada empat bahagian:

 

  • 30%: simpanan, pelaburan, dan perlindungan
  • 30%: hutang dan simpanan perbelanjaan
  • 30%: perbelanjaan keperluan
  • 10%: penyucian harta (cukai, zakat, dan sedekah)***

Lakukan Perancangan Keluarga

Anda dan pasangan sedang merancang untuk mengembangkan bilangan ahli keluarga? Kelahiran cahaya mata pasti menimbulkan perasaan bercampur baur—teruja, gembira, bangga, takut, stres, dan sebagainya.

 

Sebaiknya, lakukan perancangan keluarga seawal yang boleh. Persiapan yang teliti juga perlu dilakukan walaupun anda berdua belum bersedia untuk menyambut kelahiran anak. Tetapi, apakah sebenarnya kepentingan merancang jumlah anak yang ideal untuk keluarga anda?

 

Anak merupakan amanah, dan tentu sahaja anda mahukan yang terbaik untuk si kecil. Dalam keadaan ekonomi yang kian mencabar, kos menyambut dan membesarkan anak kelihatan semakin meningkat. Tanpa sedar, kos keseluruhan untuk membesarkan seorang anak sehingga capai umur dewasa mampu menelan sehingga RM400,000 hingga RM1.1 juta.****

 

Sediakan payung sebelum hujan dengan merancang pelan kewangan jangka masa pendek dan jangka masa panjang untuk menjamin kesenangan di kemudian hari. 

Sediakan Simpanan Masa Depan

 

Umum mengetahui bahawa malang tidak berbau. Oleh itu, penting untuk anda mempunyai simpanan kecemasan juga simpanan persaraan. Mungkin anda tertanya apakah perbezaan kedua-dua jenis simpanan ini.

 

Mari kita lihat perbezaan utama simpanan kecemasan dan persaraan:

 

 

Simpanan Kecemasan: Kegunaan masa darurat, seperti kemalangan, kehilangan pekerjaan, bencana, dan sebagainya

 

 

Simpanan Persaraan: Kelangsungan hidup selepas bersara

 

 

Amalkan komunikasi kewangan yang terbuka demi menghasilkan pelan kewangan yang menyenangkan kedua-dua belah pihak. Contohnya, anda boleh berbincang tentang bagaimana untuk mengembangkan wang persaraan kelak – mungkin boleh membuka akaun PRS, ASB atau sebagainya? Jangan lupa juga untuk merancang simpanan kecemasan keluarga. 

 

Secara keseluruhannya, pengurusan kewangan keluarga penting untuk mengekalkan kebahagiaan dan keharmonian keluarga. Menepati janji untuk susah senang bersama, pasangan suami isteri perlu menolong satu sama lain bagai aur dengan tebing untuk mengekalkan keutuhan rumah tangga. Selamat maju jaya! 

 

 

Artikel ini adalah untuk tujuan maklumat sahaja dan CIMB tidak membuat apa-apa representasi dan jaminan tentang ketepatan, kesempurnaan dan keadilan untuk apa-apa maklumat yang terkandung di dalam artikel ini. Oleh kerana artikel ini bersifat umum, ia tidak bertujuan untuk menangani keadaan mana-mana individu atau entiti tertentu. Anda dinasihatkan untuk berunding dengan penasihat kewangan atau pelaburan sebelum membuat sebarang keputusan berdasarkan maklumat yang terkandung di dalam artikel ini. CIMB tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa akibat yang mungkin berlaku di atas kebergantungan anda terhadap maklumat yang dikemukakan di sini. 

 

Sumber: 

 

Sumber:

*https://www.kpwkm.gov.my/kpwkm/uploads/files/Dokumen/Jawapan%

20Dewan%20Rakyat/9%20Julai%202019%20Gabung.pdf

 

**https://www.sinarharian.com.my/article/218147/bisnes/49-peratus-rakyat-malaysia-gemar-berbelanja

 

***https://www.bnm.gov.my/documents/20124///ec4b0e3d-7772-272f-c9d7-5e600662cf7f

 

****https://www.theedgemarkets.com/article/cover-story-cost-raising-child-today