Cari
Back
Kiriman Wang  
CIMB@Work  
Perkhidmatan Perbankan Islamik  
Pelaburan  
Promosi Terkini  
CIMB Deals  
Aplikasi CIMB OCTO  
CIMB Clicks  
CIMB Partner Pay Solution  
DuitNow QR  
Tailoring Your Unique Financial Journey  
Pusat Bantuan Pelanggan  
You're viewing:
Perbankan Peribadi
Other Sites
Perbankan Seharian Anda
Akaun
Kad
Pembiayaan
Lebih Perkhidmatan
Perbankan Islamik
Pengurusan Kekayaan
Insurans/Takaful
Bantuan & Sokongan
Kadar & Caj
Kalkulator
Keselamatan & Penipuan
logo
MY

 

Dalam hidup, semua orang pasti mempunyai matlamat kewangan yang berbeza. Tetapi, tidak dinafikan kadang-kala agak sukar untuk menyimpan secara konsisten.

 

Adakah anda mengalami masalah yang sama? Bagi anda yang ingin memulakan simpanan, kami kongsikan 5 tips menyimpan yang efektif. Selamat menyimpan!

Tentukan Matlamat Anda

Pertama sekali, anda perlu tahu matlamat simpanan anda. Tanya diri anda, apa tujuan utama anda simpan duit? Apa yang ingin anda capai? Bila anda sudah ada jawapan untuk soalan tersebut, barulah anda lebih bersemangat untuk menabung!

 

Sama ada ia untuk dana persaraan hari tua, percutian impian anda ke Maldives, duit pendahuluan untuk kereta idaman, anda perlu tetapkan satu matlamat khusus. Matlamat tersebut boleh dikategorikan mengikut jangka masa, antaranya:

 

Matlamat Jangka Masa Pendek

Matlamat jangka masa pendek termasuk simpanan dana kecemasan, simpanan perkahwinan, dana pelanconga, serta bayaran pendahuluan kereta. Kebiasaannya, anda boleh capai matlamat-matlamat tersebut dalam tempoh 1 hingga 3 tahun.

 

Matlamat Jangka Masa Sederhana

Matlamat jangka masa sederhana pula memerlukan 3 hingga 10 tahun. Antara contoh utama matlamat ini adalah simpanan modal pelaburan, persiapan merancang keluarga, simpanan untuk memulakan perniagaan, serta pembayaran deposit rumah.

 

Matlamat Jangka Masa Panjang

Akhir sekali, matlamat jangka masa panjang memerlukan lebih 10 tahun serta perancangan yang lebih teliti. Matlamat ini sering dikaitkan dengan simpanan persaraan, modal untuk pergi haji, serta simpanan pendidikan anak-anak.

Rangka ‘Timeline’ Anda

 

Sekarang, anda sudah mempunyai matlamat simpanan. Langkah seterusnya, anda perlu menyiapkan rangka garis waktu pula. Berdasarkan jangka masa matlamat anda, tetapkan bila anda mahu sampai di garisan penamat.

 

Contohnya, anda ingin menyimpan untuk berbulan madu di Eropah selama sebulan. Jadi, apa jangka masa yang sesuai untuk matlamat ini? Di sini, anda boleh menggunakan matlamat jangka masa pendek dan tetapkan tempoh untuk membuat simpanan selama 2 tahun.

 

Semasa tempoh ini, pastikan anda sentiasa konsisten dalam mengumpul dan menyimpan duit. Fokus dengan matlamat anda dan ketepikan kehendak yang lain. Paling penting, garis masa yang ditetapkan mestilah realistik dan mengikut kemampuan anda.  

 

LIHAT LAGI: Perlukan Bantuan Urus Hutang? Cuba Tips Ini

Simpan Duit Setiap Bulan

Kini, anda pasti tertanya soalan utama ini: berapa banyak patut anda simpan? Sebenarnya, ini semua bergantung pada dua perkara di atas (matlamat dan garis masa simpanan).

 

Ingin simpan RM10,000 dalam masa 12 bulan? Jadi, anda tentunya perlu simpan lebih kurang RM830  sebulan untuk capai matlamat simpanan anda ini. Menetapkan matlamat simpanan membantu anda kekal bermotivasi untuk terus menyimpan.

 

Demi memudahkan proses simpanan, anda boleh menyimpan dalam akaun yang menawarkan pulangan lebih tinggi berbanding akaun simpanan biasa.  

Rancang Sebelum Belanja

 

Semestinya, antara perkara yang paling membimbangkan adalah apabila simpanan anda tidak mencukupi. Untuk mengelakkan perkara ini daripada berlaku, lakukan belanjawan bulanan dan elakkan pembelian impulsif.

 

Malah, lebih baik sekiranya anda terus menyimpan dahulu sebelum berbelanja. Barulah fikiran tenang tanpa tekanan! Jika anda tidak pasti bagaimana untuk merancang belanjawan, gunakan sahaja kalkulator belanjawan bulanan yang terdapat di pelbagai laman web kewangan. Senang kan?

 

Anda juga perlu sentiasa fokus dalam menyimpan. Berhenti berfikiran sementara, sebaliknya kenal pasti kemahuan dan kehendak. Walaupun sukar, ini merupakan langkah yang perlu diambil untuk merealisasikan matlamat simpanan anda.

Periksa Kembali Bajet

 

Sebelum menyimpan, pastikan bajet anda selari dengan kemampuan dan semak komitmen kewangan. Jangan pula gara-gara ingin menyimpan, anda sanggup mengetepikan perbelanjaan yang lebih penting seperti bayaran rawatan perubatan dan sebagainya.

 

Semak semula garis masa simpanan anda serta nilai bersih dan liabiliti yang anda ada. Ambil kira semua perbelanjaan penting, lalu tentukan jika anda mampu untuk mencapai matlamat tersebut. Sekiranya bajet tidak cukup, anda boleh pertimbangkan cara untuk tambah pendapatan.

 

Selain itu, anda juga boleh panjangkan ‘timeline’ simpanan. Anda boleh edit garis masa simpanan mengikut bajet anda pada bila-bila masa sahaja. Jangan risau, anda masih boleh merealisasikan matlamat anda. Bezanya hanya lambat atau cepat sahaja.

 

Sebagai rumusan, rancanglah matlamat simpanan anda mengikut kemampuan, keperluan, dan matlamat sendiri. Berbekalkan azam dan disiplin tinggi, anda pasti boleh sampai di garisan penamat. Yang penting, fokus dengan matlamat anda dan jangan pernah menyerah.

 

 

Kami berharap perkongsian kali ini sedikit sebanyak membantu anda untuk menyimpan. Untuk lebih banyak artikel menarik, kunjungi laman web kami di sini!

 

Artikel ini dibawakan kepada anda oleh CIMB sebagai satu cara untuk meningkatkan tahap kesedaran kewangan di kalangan rakyat Malaysia. Pengetahuan dan pemahaman kewangan penting dalam membuat keputusan kewangan yang bermatlamat yang boleh meningkatkan kualiti hidup kita. Ini bermakna, CIMB dapat mencapai tujuan untuk menambah baik kualiti hidup rakyat dan masyarakat.