Nota Penting
1. Kempen ini terbuka kepada semua pemegang kad kredit CIMB Mastercard utama dan tambahan yang memegang kad kredit/-i CIMB Mastercard yang dikeluarkan oleh CIMB di Malaysia (tidak termasuk Kad Perniagaan CIMB Platinum, Kad Rakan CIMB dan kad Fuel Tanker CIMB). Tiada pendaftaran diperlukan.
2. Peserta layak akan memperolehi penyertaan untuk semua transaksi auto bill/pembayaran berulang layak yang baharu dan/atau sedia ada dan berpeluang memenangi hadiah kempen.
3. Transaksi pengebilan auto/berulangan layak merujuk kepada pembayaran dan transaksi pengebilan auto/berulangan/langganan di mana peserta layak mendaftarkan diri dan membenarkan peniaga untuk mengenakan bayaran secara automatik atas kad kredit layak peserta layak apabila pembayaran tersebut perlu dibuat dan di mana transaksi tersebut ditandakan sebagai transaksi berulang yang direkodkan dalam sistem CIMB. Transaksi pengebilan auto/berulangan layak hanya digunakan untuk penyedia perkhidmatan terpilih yang layak. Rujuk kepada t&s untuk senarai penyedia perkhidmatan.
4. Transaksi pengebilan auto/berulangan layak sedia ada merujuk kepada transaksi pengebilan auto/berulangan layak yang sedang berjalan/sedia ada dengan rekod transaksi pada peniaga yang sama dalam tempoh 6 bulan sebelum tempoh kempen (1 mac 2024 hingga 31 ogos 2024). Peserta layak akan dapat memperolehi 1 penyertaan bagi setiap RM50 transaksi pengebilan auto/berulangan layak sedia Ada yang dibilkan semasa tempoh kempen.
5. Transaksi pengebilan auto/berulangan layak baharu” merujuk kepada transaksi pengebilan auto/berulangan layak baharu dilakukan semasa tempoh kempen oleh peringkat peniaga di mana tiada rekod transaksi atas peniaga sama 6 bulan sebelum tempoh kempen (1 Mac 2024 hingga 31 Ogos 2024). Peserta layak akan dapat memperolehi 2 penyertaan bagi setiap transaksi pengebilan auto/berulangan layak baharu RM50 yang dibilkan semasa tempoh kempen.
6. Peserta layak berhak mendapat pulangan tunai bonus sebanyak RM10 bagi setiap pendaftaran pengebilan auto/berulangan baharu oleh peringkat peniaga dengan minimum ringgit Malaysia lima puluh (RM50) atas pembayaran bil pengebilan auto/berulangan pertama. Pulangan tunai dihadkan pada ringgit Malaysia lima puluh (RM50) bagi setiap peserta layak dan terhad kepada RM65,000 berdasarkan “siapa cepat dia dapat” (first-come, first-served).
7. Untuk maklumat lanjut dan terma & syarat Kempen yang penuh, sila rujuk di bawah.