Cari
Back
Kiriman Wang  
CIMB@Work  
Perkhidmatan Perbankan Islamik  
Pelaburan  
Promosi Terkini  
CIMB Deals  
Aplikasi CIMB OCTO  
CIMB Clicks  
CIMB Partner Pay Solution  
DuitNow QR  
Tailoring Your Unique Financial Journey  
Pusat Bantuan Pelanggan  
You're viewing:
Perbankan Peribadi
Other Sites
Perbankan Seharian Anda
Akaun
Kad
Pembiayaan
Lebih Perkhidmatan
Perbankan Islamik
Pengurusan Kekayaan
Insurans/Takaful
Bantuan & Sokongan
Kadar & Caj
Kalkulator
Keselamatan & Penipuan
logo
MY - BM

Kad Kredit CIMB Islamic Bank

Pelaksanaan Cukai Perkhidmatan 

Berkuatkuasa 1 September 2018, Cukai Perkhidmatan akan dikenakan ke atas produk dan perkhidmatan terpilih sahaja. Cukai Perkhidmatan sebanyak RM25 akan dikenakan ke atas setiap Kad Kredit CIMB utama dan tambahan baru setelah pengaktifan dan pembaharuan tahunan kad kredit utama dan tambahan.

Jenis Caj Caj
Caj Kemudahan Tahunan (YFC)

RM90,000

Bayaran Balik Bulanan Minimum

5% daripada Baki Semasa* + 100% daripada sebarang cukai perkhidmatan dan mana-mana cukai nilai tambah yang dikenakan (jika ada) + 100% daripada semua ansuran bulanan yang kena dibayar untuk mana-mana program/pengaturan yang dikendalikan oleh Bank (jika ada) + sebarang bayaran minimum tidak dibayar lain yang dinyatakan di dalam penyata bulanan sebelumnya; atau RM50, yang mana lebih tinggi.

 

*Baki Semasa = jumlah transaksi runcit (jika ada) + jumlah pendahuluan tunai (jika ada) + caj kemudahan perlu dibayar dan/atau ta’widh (pampasan) perlu dibayar dan mana-mana fi dan caj terpakai lain (jika ada).

Caj Kemudahan Perlu Dibayar (PFC)

Caj adalah:

(a) 1.25% sebulan atau 15% setahun jika anda telah menjelaskan bayaran minimum anda tepat pada masanya untuk 12 bulan berturut-turut.

 

(b) 1.42% sebulan atau 17% setahun jika anda telah menjelaskan bayaran minimum anda tepat pada masanya untuk sekurang-kurangnya 10 bulan dalam kitaran 12 bulan.

 

(c) 1.50% sebulan atau 18% setahun jika rekod pembayaran anda tidak berada dalam sama ada (a) atau (b) di atas.

Ta'widh (pampasan) 1% ke atas baki belum dibayar yang timbul daripada transaksi runcit dan pendahuluan tunai, tertakluk kepada minimum RM10.00 dan maksimum RM100.00 dan akan dikenakan jika bayaran minimum tidak dibayar pada tarikh tamat tempoh berkaitan. 
Pengeluaran ATM / Pertanyaan Akaun PLUS/CIRRUS RM2.00 setiap satu.
Tukaran untuk transaksi luar negara 

Kadar pertukaran adalah tertakluk kepada ketetapan Mastercard International

atau VISA International dengan kos pentadbiran sebanyak 1% termasuk fi transaksi yang dikenakan oleh Mastercard atau VISA .

 

Pertukaran Mata Wang Dinamik (DCC) adalah servis yang ditawarkan oleh peniaga luar negara tertentu untuk memberi pilihan untuk membayar dalam Ringgit Malaysia (termasuk pembelian atas talian) untuk pembelian luar negara.

Tempoh Penangguhan

Bagi transaksi runcit – 20 hari kalendar dari tarikh penyata, jika anda membayar baki sepenuhnya dan tepat pada masanya.

 

Sekiranya anda tidak membayar sepenuhnya dan tepat pada masanya, caj kemudahan ke atas transaksi runcit akan dikira dari tarikh pengeposan transaksi.

 

Tempoh penangguhan tidak terpakai untuk pemindahan baki atau pendahuluan tunai.

Fi Kenaikan Had Kredit Sementara 

Atas permintaan pemegang kad dan tertakluk kepada budi bicara Bank. Bagi setiap permintaan yang diluluskan, Bank akan mengenakan bayaran kenaikan had kredit sementara (TCI) tahunan sebanyak RM24,000. 

 

Nota፦ TCI akan dihadkan pada maksimum 50% daripada had kredit asal. Caj TCI adalah fi pendahuluan tahunan selepas kelulusan dan perlu dibayar secara bulanan. Walau bagaimanapun, Bank boleh mengikut budi bicara mutlaknya memberikan rebat atau mengetepikan semua atau sebahagian daripada caj tersebut.

Rebat

Pembayaran penuh ke atas baki penyata sebelumnya: Jika Pemegang Kad membayar sepenuhnya caj mereka yang ditanggung pada atau sebelum tarikh tamat tempoh penangguhan 20 hari setiap bulan, Bank tidak akan mengenakan sebarang PFC untuk bulan tersebut (rebat penuh akan diberikan).

 

Pembayaran separa atau minimum ke atas baki penyata sebelumnya: Bank boleh pada budi bicara mutlaknya memberikan rebat atau mengecualikan semua atau sebahagian YFC. Rebat yang diberikan merupakan perbezaan antara YFC dan PFC. PFC akan berubah setiap bulan tetapi jumlah keseluruhan PFC setiap tahun tidak akan melebihi YFC. 

Fi Pendahuluan Tunai RM50 untuk setiap transaksi (pengeluaran maksimum RM1,000 bagi setiap pengeluaran).
Caj Kemudahan Perlu Dibayar untuk Transaksi Tunai 1.5% sebulan atau 18% setahun dikira berdasarkan kiraan atas baki harian dari tarikh transaksi sehingga tarikh ia diselesaikan sepenuhnya.
Fi Penggantian Kad RM10 untuk gantian pertama & RM50 untuk setiap gantian berikutnya.
Fi pengambilan semula Draf Jualan Tidak berkenaan
Fi Permintaan Penyata Tambahan RM5.00 setiap penyata bulanan.
Cukai Perkhidmatan RM25 akan dikenakan pada setiap kad kredit utama dan tambahan baru setelah pengaktifan dan pembaharuan tahunan kad kredit utama dan tambahan.
Fi Penyata Kertas RM2.00 untuk setiap penyata kertas kad kredit bulanan.
Fi Terlebih Had Tidak berkenaan
Fi Cek Tendang Tidak berkenaan
Duti Setem Terpakai untuk pemegang kad yang mengenakan/menjanjikan/menyerahkan deposit FRIA-i dengan CIMB Islamic Bank kepada Bank - Ad valorem duti setem mengikut Akta Duti Setem 1949 (Semakan 1989).