Cari
Back
Kiriman Wang  
CIMB@Work  
Perkhidmatan Perbankan Islamik  
Pelaburan  
Promosi Terkini  
CIMB Deals  
Aplikasi CIMB OCTO  
CIMB Clicks  
CIMB Partner Pay Solution  
DuitNow QR  
Tailoring Your Unique Financial Journey  
Pusat Bantuan Pelanggan  
You're viewing:
Perbankan Peribadi
Other Sites
Perbankan Seharian Anda
Akaun
Kad
Pembiayaan
Lebih Perkhidmatan
Perbankan Islamik
Pengurusan Kekayaan
Insurans/Takaful
Bantuan & Sokongan
Kadar & Caj
Kalkulator
Keselamatan & Penipuan
logo
MY - BM

Saya kena scam! Apa yang perlu saya lakukan?

 

Jika anda kena scam atau mengesan aktiviti luar biasa atau mencurigakan yang melibatkan akaun bank anda, sila hubungi kami.

Langkah 1

Maklumkan kepada Bank dengan segera melalui talian hotline  24 jam kami di  +603 6204 7788.

 

Sila pastikan maklumat berikut diberikan kepada kami dalam masa 3 hari bekerja apabila anda mengemukakan sebarang pertikaian untuk tujuan penyiasatan:

 

(a) Nama

(b) NRIC atau Nombor Pasport

(c) Nombor Akaun yang berkenaan

(d) Tarikh urus niaga

(e) Jumlah 

(f) Sebab mengapa ianya adalah transaksi yang dipertikaikan

Langkah 2

Anda mungkin perlu untuk membuat laporan polis dan hubungi kami.

Langkah 3

Segera kunci CIMB Clicks ID anda melalui aplikasi CIMB Clicks atau aplikasi CIMB OCTO. Rujuk sini untuk langkah demi langkah. 

Saya kena scam! Apa yang perlu saya lakukan?

 

Jika anda kena scam atau mengesan aktiviti luar biasa atau mencurigakan yang melibatkan akaun bank anda, sila hubungi kami.

Langkah 1

Maklumkan kepada Bank dengan menghubungi Pusat Pangillan Perniagaan kami di 1300 888 828 (Tempatan), +603 2297 3000 (Luar Negara) dari Isnin hingga Jumaat (8.00 pagi hingga 7.00 petang) atau Sabtu (8.00 pagi hingga 5.00 petang (tidak termasuk cuti umum).  Sebagai alternatif, anda boleh menghubungi talian hotline 24 jam kami di +603 6204 7788.

 

Sila pastikan maklumat berikut diberikan kepada kami dalam masa 3 hari bekerja apabila anda mengemukakan sebarang pertikaian untuk tujuan penyiasatan:

 

(a) Nama

(b) NRIC atau Nombor Pasport

(c) Nombor Akaun yang berkenaan

(d) Tarikh urus niaga

(e) Jumlah 

(f) Sebab mengapa ianya adalah transaksi yang dipertikaikan

Langkah 2

Anda mungkin perlu untuk membuat laporan polis dan hubungi kami.

Jangan jadi mangsa scam. Kenali jenis penipuan/scams terkini.

Keldai wang

 

Bagi scammer, memindahkan dana yang dicuri terus ke dalam akaun mereka akan mengakibatkan lokasi dan aktiviti mereka mudah dikesan oleh agensi penguatkuasaan undang-undang. 

 

Dalam usaha untuk kekal di bawah radar, keldai wang akan direkrutdan digunakan untuk memudahkan pergerakan dana kepada penjenayah. 

 

Dengan kata lain, keldai wang digunakan khusus untuk menerima dan memindahkan wang yang dicuri. 

 

Scammer akan cuba merekrut pelanggan untuk mengunakan akaun perbankan peribadi mereka sebagai akaun perantara dengan menjanjikan mereka ganjaran. Perekrutan biasanya akan dipromosikan melalui media sosial, sesi sembang atau iklan akhbar yang menawarkan pekerjaan dari rumah. 

Penipuan Cinta

 

 Jenis penipuan percintaan dalam talian yang dipanggil “Love Scam” atau “catfishing” melibatkan penjenayah siber mencipta identiti palsu untuk memperdaya mangsa. 

 

Scammer akan mengambil kesempatan daripada orang yang mencari pasangan romantis dengan bertindak sebagai bakal rakan kongsi di laman web atau aplikasi temu janji, atau sosial media.

Penipuan SMS/Panggilan Telefon

 

Pelanggan menerima SMS atau panggilan yang memerlukannya untuk menghubungi nombor yang diberikan untuk mengesahkan transaksi yang melibatkan kad kredit atau maklumat akaun pelanggan.

Penipuan Iklan

 

Iklan palsu boleh didapati di pelbagai laman web, platform media sosial dan internet. Pengguna media sosial dan pembeli dalam talian yang mencari produk tertentu adalah sasaran utama scammer. Mangsa mungkin sesekali menyukai produk itu dan ingin membelinya, itulah bagaimana penipuan iklan berlaku. 

Tingkatkan keselamatan anda ke tahap seterusnya dan lindungi kewangan anda.

 

Perjuangan menentang jenayah siber adalah tanggungjawab bersama. Ikuti perkembangan terkini dan ambil tindakan untuk melindungi diri anda daripada menjadi mangsa penipuan!

 

Lindungi Butiran Perbankan Internet anda

Sentiasa ingat untuk menyemak pautan URL perbankan internet anda.

 

Pastikan pautan URL tersebut lengkap dan tiada sebarang kesilapan taip:

 

CIMB Clicks: 
https://www.cimbclicks.com.my

BizChannel@CIMB:

https://www.cimb-bizchannel.com.my

 

CIMB Biz:
https://www.cimbbiz.com.my

 

Sentiasa ingat untuk log keluar setelah anda menyelesaikan transaksi perbankan anda.

Lindungi Kad & PIN anda

Simpan kad dan PIN anda di tempat yang selamat.

 

Pilih kata laluan yang kukuh yang mengandungi kombinasi huruf besar & kecil, angka dan simbol. Elakkan daripada menggunakan maklumat yang mudah diteka seperti tarikh lahir.

 

Tutup pad kekunci dengan sebelah tangan apabila memasukkan PIN anda di ATM atau terminal Point-Of-Sale (POS).

Lindungi Maklumat Peribadi Anda

Perhatikan notifikasi transaksi anda dan periksa aktiviti akaun anda secara berkala.

 

Sekiranya terdapat sebarang aktiviti luar biasa, sila hubungi kami dengan segera menghubungi nombor di belakang kad anda atau rujuk kepada halaman ‘Hubungi Kami’ laman web CIMB untuk butiran hubungan kami.

Lindungi transaksi di BizChannel@CIMB dan CIMB Biz

Sentiasa semak dan sahkan butiran arahan pembayaran selepas mencipta dan sebelum meluluskan pembayaran.

 

Serahkan pembayaran untuk kelulusan sekurang-kurangnya beberapa hari sebelum tarikh pembayaran untuk memberi masa yang mencukupi untuk mengesahkan pembayaran.

 

Apabila membuat pembayaran pukal, muat turun laporan daripada platform BizChannel@CIMB untuk mengesahkan dan memadankan data transaksi dengan maklumat sumber.

 

JANGAN luluskan transaksi tanpa pengesahan.

Jangan dedahkan butiran perbankan internet anda

Scammer sering menyamar sebagai wakil agensi kerajaan dan menggunakan taktik ketakutan untuk menggesa mangsa mendedahkan  butiran Perbankan Internet dan peribadi mereka.

 

Jangan klik pada pautan yang tidak dikenali/tidak disahkan atau buka lampiran e-mel daripada pengirim yang tidak dikenali. Ingat bahawa e-mel daripada CIMB sentiasa diakhiri dengan ‘@cimb.com’.

 

Jika tidak pasti , segera hubungi nombor di belakang kad anda untuk mengesahkan dengan CIMB.

Jangan Dedahkan Kad & PIN anda

Jangan tulis atau rekod PIN anda di tempat yang mudah diakses oleh orang lain atau menyimpan butiran kad anda di pelayar web anda.

 

Sentiasa gunakan PIN Kad yang sukar diteka atau rawak. Elakkan menggunakan tarikh lahir.

Jangan kongsi maklumat peribadi anda

Jangan sekali-kali berkongsi butiran anda dengan sesiapa atau memasukkan butiran ini ke dalam mana-mana laman web selain CIMB Clicks, CIMB OCTO, BizChannel@CIMB dan CIMB Biz:

  • Nombor Kad Debit/Kredit
  • ID Pengguna
  • PIN
  • Kata laluan
  • Kod Kebenaran Transaksi (TAC)

 

CIMB tidak akan pernah meminta anda untuk maklumat di atas di luar CIMB Clicks, CIMB OCTO, BizChannel@CIMB, CIMB Biz, dan cawangan CIMB, dalam apa jua keadaan.

 

Notis Penting : Lindungi diri anda daripada penipuan dan scam


Kod SMS rasmi CIMB ialah 68833, 68883 dan 62886.
 

Semua komunikasi SMS daripada CIMB akan dihantar hanya daripada kod SMS ini.

Jika anda menerima SMS yang bukan daripada nombor ini, sila jangan klik, hubungi, atau balas.
Segera sekat penghantar dan padamkan SMS tersebut.

#JanganKenaScam